WARGA SCP

Selasa, Ogos 09, 2011

ISTANBUL : MENYUSURI SELAT BOSPHORUS part 4



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Setelah melakukan persiapan yang teliti dengan perancangan yang jitu, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fatih telah tiba di hadapan kota Costantinople pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857H bersamaan 6 April 1453M.

Di hadapan tentera yang anggarannya hampir 250,000 orang, beliau telah menyampaikan khutbah mengingatkan para mujahid tentang kelebihan berjihad, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT .

Beliau juga membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadis Nabi Muhammad SAW tentang pembukaan kota Costantinople. Ini semua memberikan kesan semangat yang tinggi dan jitu pada bala tentera itu lantas mereka menyambutnya dengan zikir, pujian dan doa kepada Allah SWT.

bawah jambatan gantung antara benua asia dan benua eropah

Kehadiran para ulama di tengah-tengah saf para mujahid itu juga telah meniupkan semangat dan menguatkan lagi keazaman mereka untuk menunaikan kewajipan berjihad . Keesokan harinya, Sultan Muhammad Al-Fatih telah menyusun dan membahagikan tenteranya kepada tiga pasukan.

Pertamanya adalah pasukan utama yang bertugas mengawal kota yang mengelilingi Costantinople. Di belakang pasukan utama adalah pasukan tentera simpanan yang bertugas menyokong pasukan tentera utama di hadapan.

Meriam Diraja pula telah dihalakan ke pintu Istana Topkapi. Pasukan pengawal juga diletakkan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan-kawasan bukit di sekitar Kota Byzantine itu. Kapal-kapal laut Othmaniyyah juga diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople.














2 ulasan:

  1. alhamdulillah,mengimbau kenangan aku satu ketika dulu. bila nak sampai lagi terk

    BalasPadam
  2. az

    seronokkan pegi turk , kalau musim dingin bulan dec pasti lagi seronok dan paling seronok senang nak makan

    BalasPadam