WARGA SCP

Selasa, Ogos 23, 2011

MADINAH : SUASANA MALAM DI PERSEKITARAN MASJID NABAWI

pintu keluar selepas makam Rasulullah dan sahabatnya

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH

Suasana selepas magrib menjelang isyak merupakan suasana indah di persekitaran Masjid Nabawi. Jemaah tak putus2 menziarahi makam Rasulullah dan sahabatnya Abu Bakar dan Omar. Yang pasti tiada rasa jemu langsung dalam diri ketika menziarahi makam tersebut. Begitulah kecintaan kita terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W walaupun kita tak pernah bersua atau melihat wajahnya.

Itulah antara kurnian yang paling besar dari Allah buat kita yang menjadi salah satu sebab utama kita nak mengunjungi kota Madinah.. Aku juga tak lepaskan peluang menziarahinya bila sahaja hati ku tergerak kerana peluang sebegini bukan selalu hadir dalam hidup ku.

Suasana yang aku paparkan ini pasti tidak dialami oleh jemaah muslimah yang berkunjung ke Masjid Nabawi . Jadi serba sedikit gambaran yang aku letakkan di sini dapat memberikan satu pengalaman baru buat jemaah muslimah samada yang pernah berada di sini dan juga yang masih belum berpeluang mengunjunginya.

bahagian barat kawasan hadapan

selepas pintu keluar makam Rasulullah

bahagian selatan

bahagian utara

Masjid Nabawi sekarang begitu indah dan sangat luas bagi menampung jemaah yang semakin ramai saban tahun. Rasanya dari bahagian belakang nak ke hadapan beberapa km juga . Namun tu semua tak mematahkan semangat ku . Sekarang tempat solat bagi jemaah muslimah juga sangat luas dan besar berbanding dahulu .

Malam ni kebetulan aku solat di bahagian saf2 terhadapan juga , jadi sementara menunggu azan isyak, sempat aku meninjau keadaan diluar berdekatan pintu keluar dari kawasan makam. Ramainya jemaah rupanya di kawasan tu kerana ia dikira anatara saf2 yg terkehadapan walaupun dibahagian luar kawasaan dataran Masjid nabawi.

jangan solat melebihi garisan yang bertanda signboard hijau
kerana sudah melebihi imam






ni bahagian belakang

bersantai




kelihatan deretan hotel2 5 bintang paling dekat dgn masjid Nabawi

pintu masuk dan keluar bahagian belakang

10 ulasan:

  1. CR,

    Saya suka dengan semua gambar yang Cr rakamkan, tahun 2008 saya belum ada DSLR, so masa tu guna hp dan kamera compact Fuji....gambar pun tak berapa cantik, akan datang jika ada rezki ke sana saya pasti akan rakam guna DSLR....'geram' tgk semua gambar CR.....tp dlm masjid kena bawak yg compact jugak lah...takut kena rampas pulak...

    Apapun semua gambar paparan CR memudahkan bagi yang pertama sekali ke sana dan bagi yg pernah ke sana....utk menghilangkan rasa rindu.

    BalasPadam
  2. di tepi pagar masjid nabawi tu (zaman tu belum ada payung) ramai perempuan arab tunggu suami keluar masjid, kemudian jalan balik sama² berpimpin tangan... saya ingiiin merasa pengalaman tu

    lepas 4 tahun tuhan izin kembali ke situ dengan deris, alhamdulillah :)

    BalasPadam
  3. syukran pak itam...mudah2an ada rezeki kak nab ke sana lagi...

    BalasPadam
  4. en rosli

    Alhamdulillah, didalam Masjid Nabawi dan juga lamannya dengan Nokia N86 dan compact Nikon s210 je , tapi saya setting dulu ikut citarasa kameranya

    itulah salah satu tujuan saya sebenarnya, memberi gambaran kepada bakal2 tetamu Allah dan juga sebagai pengubat rindu dendam sesiapa yg dah pernah menjejakkan kaki ke sana

    insyallah

    BalasPadam
  5. kog

    alhamdulillah,
    Allah mendengar bisik hati dan hajat kog .

    akhirnya impian menjadi kenyataan, tentu bila mengenang saat2 sebegitu , sungguh indah rasanya kan

    BalasPadam
  6. syukran tok nab

    moga kita dijemput lagi Allah menjadi tetamunya , berulang kali pun takpe

    BalasPadam
  7. seronok menikamti view yang begitu pro

    BalasPadam
  8. az

    alhamdulillah

    kami budak baru belajar je hehe

    BalasPadam
  9. Hari ke hari , makin aku rindu selepas 2 bulan meninggalkan Mekah Madinah. Rasa macam itu tempat kelahiran ku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah


      tanamkan niat nak ke sana lagi

      Padam