WARGA SCP

Ahad, Ogos 21, 2011

MADINAH : MASJID QUBA - EXTERIOR

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH

Masjid Quba adalah merupakan antara masjid tertua di Arab Saudi diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda dalam perjalanan berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Masjid Quba kemudian disiapkan oleh sahabat Rasulullah. Rasulullah s.a.w menghabiskan masa selama 20 malam(selepas hijrah) menunaikan solat fardhu dan solat sunat. Pada ketika itulah,inilah satu-satunya masjid yang ada untuk baginda s.a.w beribadah kepada Allah s.w.t.

Masjid ini telah disebut oleh Alah s.w.t di dalam Al-Quran(surah al-Taubah ayat 108 dan 109) sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa. Semasa dalam perjalanan berhijrah ke Madinah,Rasulullah s.a.w telah singgah di Quba selama 4 hari. Baginda tidak akan tinggal di satu-satu tempat itu,kecuali dengan mendirikan masjid. Atas dasar itulah maka masjid Quba telah dibangunkan atas dasar Taqwa baginda kepada Allah S.W.T.



Semasa hayatnya,Nabi Muhammad S.A.W kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a

"sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah berkunjung ke Masjid Quba dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki. "

Telah diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w menziarahi Masjid Quba pada setiap hari sabtu dengan menaiki tunggangannya.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w lagi:

"sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat di dalamnya,ganjaran pahalanya samalah dengan pahala orang-orang yang mengerjakan ibadah Umrah"


selalu terjadi jemaah yang yang tak kenal bas yang mereka naiki, haru jadinya

Keadaan persekitaran luarnya masih sama melalui pemerhatian ku walaupun masa berubah. Kelihatan peniaga2 jalanan pagi tu baru memulakan perniagaan mereka . Kelihatan agak banyak juga bas2 yang membawa jemaah telah berada di situ.

Yang pasti kunjungan ke Masjid Quba ini jadi suatu kemestian sekiranya kita melakukan ziarah luar di kota Madinah . Namun sebenarnya kunjungan ini hanya sekadar kunjungan sekiranya kita tidak mengambil peluang meraih pahala disebalik kunjungan ini .

Oleh itu , ambillah kesempatan untuk solat tahyatul masjid dan sekiranya telah masuk waktu dhuha, kerjakan sekali di sini .Sungguh besar pahalanya yang Allah dah sediakan untuk kita, jangan lepaskan peluang keemasan yang datang bukan selalu pada kita .

pagi2 bas dah berderet





8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam....

    Akak datang jengok2 ni :)

    Terima kasihhhh.

    BalasPadam
  2. salam pak itam,

    marveles. lagi sekali az minta dibukukan. sure sambutan yang hebat nanti

    BalasPadam
  3. Assalammualaikom wtb pak itam,

    Selamat pagi. Syukran atas perkongsian cerita yang ringkas tetapi ilmu padat.

    Bila dah sampai di Masjid Quba ini, tak sempurna kalau tak solat 2 rakaat. MasyaAllah


    JazakaAllah

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Pak Itam

    sekitar masjid dijaga dengan teratur dan bersih

    menunggu lama, jemaah gi shopping

    Wassalam

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam tok nab

    alhamdulillah, TQVM atas kunjunagn muhibbah ini hehehe

    rasa ada 30-40 episod lagi yg kak nab kena kunjung nanti hehehe

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam az

    alhamdulillah hehehe

    belum digerakkan hati oleh Allah utk berbuat demikian

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam MI

    alhamdulillah, objektif tercapai krn MI faham apa yang tersurat dan tersirat

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam atuk

    laaaa kesian

    sib baik kat quba takde Sogo hehehe

    kalau tak hehehe

    BalasPadam