kedudukan hotel yang tersusun
dapat sebiji best ni , buat pi kebun
hehehe
Alhamdulillah
Bagi sesiapa yang pernah berada di Kota Madinah dan juga di Masjid Nabawi, pasti tak kan boleh melupakan saat-saat manis ketika berada di sana. Masjid yang tersergam indah lagi mendamaikan jiwa adalah antara 3 buah masjid yang disarankan oleh islam bagi yang berkemampuan agar dikunjungi selain Masjidil Haram di Makkah dan Massjidil Aqsa di bumi Palastine.
Sememangnya bumi Madinah itu sendiri adalah bumi yang sungguh menenangkan. Baginda Rasulullah S.A.W pernah berdoa,
اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْمَدِينَةَ كَحُبِّنَا مَكَّةَ أَوْ أَشَدَّ
“ Wahai Allah, jadikan kami mencintai Madinah, seperti kami mencintai Makkah atau lebih dari mencintai Makkah.”
roundabout yg cukup popular di sini
Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah berdoa:
اللَّهُمَّ اجْعَلْ بِالْمَدِينَةِ ضِعْفَيْ مَا بِمَكَّةَ مِنَ الْبَرَكَةِ
"Ya Allah. Limpahkanlah keberkatan berganda terhadap Kota Madinah sebagaimana yang Engkau telah kurniakan terhadap Kota Makkah"
Suatu masa dahulu sebelum sampainya islam di sini, kota Madinah dikenali dengan nama Yatrib dan merupakan sebuah pusat perdagangan. Kemudian ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Makkah, kota ini diganti namanya menjadi Madinah
Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda:
"Kota Madinah adalah Tanah Haram. Sesiapa yang melakukan suatu perbuatan dosa atau memberi perlindungan kepada orang yang melakukan perbuatan dosa, maka dia akan dilaknat oleh Allah dan para Malaikat serta seluruh manusia. Pada Hari Kiamat kelak, Allah tidak akan menerima taubat dan fidyahnya."
Hadis Abdullah bin Zaid bin Aasim r.a:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Nabi Ibrahim a.s telah memuliakan iaitu mengharamkan Kota Mekah dan mendoakan keberkatan terhadap penduduknya. Maka sesungguhnya aku pun memuliakan iaitu mengharamkan Kota Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim a.s telah memuliakan iaitu mengharamkan Kota Mekah. Dan sesungguhnya aku juga telah mendoakan keberkatan makanan di Kota Madinah, sebagaimana yang pernah didoakan oleh Nabi Ibrahim a.s kepada penduduk Mekah"
Namun dalam ketenangan kota Madinah dan redup mentari di Masjid Nabawi, jangan kita sangka tiada perkara2 yang berkaitan dengan jenayah tidak berlaku di sini. Kalau semua aman, takdelah pak polisi di sini. Kalau semuanya aman takdelah penghuni neraka
Itulah kejadian yang Allah jadikan di mukabumi ini
Ingatan ni ku tujukan terutama kepada jemaah muslimah kerana seringkali berlaku kecurian dikalangan mereka semasa nak pulang dari mengerjakan solat. Dua tahun sudah, seorang isteri sahabat ku yg telah kehilangan segala dokumen dan segala wang apabila dicopet semasa di Masjidil Haram.dia pun tak perasan dan begnya dikepit , tapi tak perasan bila masa dia ambik. Kebiasaannya benda ni berlaku masa jemaah tengah berpusu2 nak keluar lps solat.
Mak itam juga semalam kena copet, tapi yang dia dapat botol air je hehehe
botol air tupperware pulak tu hehehe
katanya kejadian tu berlaku masa nak keluar lepas solat, tetiba dalam ramai2, ada 2-3 orang muslimah rasanya kulit gelap sikit mcm pakistan atau india yang meluru himpit-menghimpit dan dia perasaan ada tangan selok dalam beg , tapi dalam beg yang ada hanya botol air pasal nak isi air zam bawak balik
Tu sebab biasanya segala benda berharga termasuk wang kami simpan kat peti simpanan keselamatan yang ada kat dalam bilik , kalau pi masjid hanya bawa cukup je samada nak buat sedekah dan sebagainya
Kalau lihat logik , siapalah nak buat keja ni, kat Masjid Nabawi pulak tu, tapi sebenarnya syaitan dan iblis koreng berada di mana dan sentiasa menghasut dan menghasut agar melakukan benda2 keji ni walaupun di Masjid Nabawi ,
waima di hadapan Baitullah sekali pun.
salah satu pintu utama
Ok kita sambung balik sikit sejarah perkembangan Kota Madinah ini
Begitulah antara keistimewaan Kota Madinah yang pernah dari apa yang pernah diucapkan sendiri dari lidah baginda Rasulullah.
Menurut sejarah islam , tiga khalifah yang memerintah Madinah selepas kewafatan Rasululllah iaitu Abu Bakar, Umar bin Khattab dan Othman bin Affan.
Pada masa Ali bin Abi Talib pula, pemerintahan dipindahkan ke Kufah di Iraq kerana berlaku gelombang politik akibat terbunuhnya khalifah Othman oleh kaum pemberontak. Selanjutnya ketika kekuasaan beralih kepada bani Umaiyyah, maka pemerintahan dipindahkan ke Damaskus dan ketika pemerintahan berpindah kepada bani Abassiyah, pemerintahan dipindahkan ke kota Baghdad.
Pada zaman Rasulullah, penduduk kota Madinah adalah orang yang beragama Islam dan orang Yahudi yang dilindungi ketika berada di sana . Namun kerana pengkhianatan yang dilakukan terhadap penduduk Madinah ketika perang Ahzab, maka kaum Yahudi diusir ke luar Madinah. Hinggalah ke hari ini , di haramkan bagi golongan yang bukan beragama islam menjejakkan kaki ke sini selain kota Makkah. Dan ketika hari kiamat hampir tiba, yang pasti Dajjal yang ketika itu telah merosakkan segala apa yang ada di muka bumi ini ketika itu tidak akan dapat memasuki Kota Madinah .
ALLAHUAKHBAR
aku akan sentiasa merinduinya
DIKESEMPATAN INI JUGA
BAPAK SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
JUTAAN AMPUN DAN MAAF
ATAS
SEGALA SALAH SILAP BAPAK
SAMADA DISEDARI ATAU TIDAK
DAN JIKA PENULISAN BAPAK
ADA MENYINGGUNG HATI KECIL KALIAN
BUAT
PARA PEMBACA SCP DAN FOLLOWERS
DENGAN IZIN ALLAH
DAN
SOKONGAN KALIAN MEMBUATKAN
BLOG SCP INI TERUS BERCAHAYA
DAN DOAKAN BAPAK AGAR TERUS DAPAT BERKARYA
DI SINI
KEPADA YANG AKAN PULANG KE KAMPUNG
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
MOGA SELAMAT DAN SENTIASA
DALAM PERLINDUNGAN ALLAH
KEPADA YANG BERADA DIPERANTAUAN
CL, HJ ARSHAD DLL
SEMOGA BERGUMBIRA DI PAGI SYAWAL
DI MANA SAJA SAMA SAHAJA
KERANA KITA MERAYAKAN KEMENANGAN
SEBENARNYA DI BUMI ALLAH
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
IKHLAS DARI PAK ITAM, MAK ITAM DAN ANAK2 ITAM