Jam menunjukkan hampir 11.00 malam. Ku kuak jendela kamar bilik ku untuk menikmati suasana malam depan Haram yang bagai tidak dapat dibezakan antara siang atau malam .
Kebanyakkan aktiviti dipersekitarannya bertambah rancak di sebelah malam kerana dek siangnya yang panas.
Kalau di kota2 besar lain di seluruh dunia yang malamnya rancak dan ligat kehidupan malam yang penuh dengan hiburan , di sini suasananya sungguh berbeza sekali bak langit dengan bumi.
Tawaf mengelilinggi kaabah tak kira sama ada tawaf sunat atau tawaf umrah merupakan satu kenikmatan yang tak terhingga . Melangguk memandang Baitullah sahaja membuatkan kita sering leka dan mendapat pahala dan keberkatan .
Itulah "satu hiburan rohani dan jasmani" yang tak ternilai yang Allah kurniakan . Pandanglah dan tataplah Baitullah sepuas hati kita dan walau sejuta kali ditatap, perasaan jemu tidak akan timbul dan bersarang di hati.
#2
Begitulah kehidupan di kota suci Makkah ini . Setiap orang berlumba untuk meraih seberapa banyak pahala untuk dibawa bekalan ke akhirat nanti.
Aku keluarkan DSLR dan mula merakamkan beberapa keping foto . Macam biasa sebagai koleksi peribadi ku . Aku suka mengambil foto, tapi aku tidak suka berfoto hehehe
Ini sedikit dari ku buat tatapan kalian semua .

#1

Mana satu foto yang kalian suka untuk bapak buat rujukan dan adakah sama dengan citarasa bapak.
Tema malam ni :
HENING MALAM
Dari Jendela Kamar Al Massa
Dari Jendela Kamar Al Massa
2011
#4
#4
Tetiba sedang aku asyik merakamkandetik2 indah ini,
aku kedengaran suara teriakan memanggil-manggil nama ku di seberang sana,
Sheikh Itam, Sheikh Itam ............................
Ohhh, rupanya Sheikh Safwah Al Tower yang memanggil-manggil nama ku,
Nak kena pegi tu hehehe
Apalah yang Pak Sheikh Safwah Al Tower tu nak memalam ni hehehe