بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILAH
Kami sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan Allah sepanjang kami di sini. Kesihatan kami dalam keadaan baik sekali , begitu juga dengan selera makan. Walaupun masa tidur kami agak terhad , tapi bagi ku itu sudah memadai . Cuma kaki je dan pinggang lengguh sikit .Tapi macam biasa, "minyak panas" dan "Deep Heat" sebagai penemannya.
Kami sendiri belum berkesempatan ke Al Safwah Tower yang terletak bersebelahan blok Al Massa. Kelihatan Safwah Tower dan Hilton Tower begitu meriah di waktu malam dengan pelbagai aktiviti perniagaan . Mungkin esok lusa nanti , baru nak jenguk sekejap .

Selalunya aku selalu dok sekodeng panaroma indah ni dari jendela kamar Al Massa, tapi malam ni aku ajak mak itam untuk menikmati keindahan malam hadapan pintu masuk utama ke Masjidil Haram berhadapan dengan kompleks Safwah Tower.
Tujuan ku untuk mengabadikan beberapa keping foto sebagai koleksi peribadi ku yang pasti akan mengubat kerinduan ku nanti apabila aku pulang .
Backpack dslr ku sandang lalu jam 11.00 malam menuruni hotel dan menyusuri ke Masjidil Haram yang tak pernah sunyi dengan dengan jemaah tak kira waktu. Aku cari port baik punya di hadapan Hilton Tower dekat KFC tu.
Sambil duduk berdua-duaan, aku sempat merakamkan landskap malam yang pada ku begitu tenang, begitu syahdu, begitu indah yang tak terucap dengan perkataan .
Itulah salah satu kelebihan Masjidil Haram yang Allah kurniakan yang menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia .

Sedang aku asyik merakamkan gambar, tetiba aku ditegur oleh seorang pemuda berbangsa arab dengan pertanyaan
"are you photographer?"
jawab ku ,
"just an amateur photographer"
Pemuda tersebut mengajak ku "outing" untuk ke puncak gua Hira' mengikutinya dan sekumpulan photographer untuk merakamkan detik2 indah Makkah ketika matahari terbit nanti.
Aku mengucapkan terimakasih atas pelawaan itu dan terpaksa menolaknya kerana esok kami akan ke miqat di Jaaranah untuk melakukan umrah.

Diam tak diam, hampir sejam juga kami berada di situ ,
terpesona menyaksikan keindahan malam kurnian Allah di bumi Makkah Al Mukaramah yang pasti akan dirindui nanti .
Tak kenal maka tak cinta,
Dah kenal pasti sukar melupakan,
Rindu ku pada Kota Makkah, Masjidil Haram dan Baitullah pasti tak berkesudahan dan bertepian nanti.
Semoga rindu kalian juga sedikit terubat dengan gambaran yang sempat ku rakamkan .
Allahuakhbar
Alhamdulillah

rindunyaaaaa......
BalasPadamAssalam tuan,
BalasPadamMasya Allah!! cantik nya! Terima kasih atas pengonsian gambar gambar yang menarik dan berinformasi.
Hati begitu di gamit rindu... serindu rindunya pada Baitullah.
Ya Allah, KAU jemputlah kami di waktu yang terdekat.
AJ
WOW...MENARIK SEKALI GAMBAR2 YANG DI SNAPPED! aIK? tAK sempat eke safwah tower? sebelah tu ja...
BalasPadamRINDUku semakin membara niiiii....
BalasPadamAssalamualaikum Tn Hj,
BalasPadamMelihat kepada gambar-gambar di blog Tn Hj, menyebabkan hati ini menjadi semakin sayu & teringat akan kenangan beribadah di MH..
Rasa semacam tak puas-puas melihat gambar-gambar MH tersebut.. terima kasih...Tn Hj.
CR,
BalasPadamSetuju sangat dengan tajuk post....tak kenal maka tak cinta....bila dah pernah ke Makkah or Madinah Insyallah akan rindu selalu. Sentiasa berdoa agar dapat ke SANA selalu.
bhs
BalasPadamrindu yg tak pernah padam pada dua tanah suci
pi booking tiket hehe
waalaikumsalam AJ
BalasPadamhanya gambar yang dapat saya kongsikan sebagai pembakar semangat dan menambahkan rindu kita pada Baitullah dan dua kota suci
uncle
BalasPadamheheheh belum sempat , kalau uncle ada kat sana, lama dah saya sampai tu hehehe
kak nab
BalasPadamdah boleh rancang next year ke sana hehe
waalaikumsalam hj pesona
BalasPadamsedikit sumbangan dan perkongsian saya buat rakan2 sekalian
en rosli
BalasPadamsekarang rasanya tuan dah tahu apakah erti rindu pada dua tanah suci ini kan
alhamdulilah
tak kenal maka tak cinta