بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
Alhamdulillah
Akibat keletihan kerana tadi selepas zohor baru menyelesaikan ibadah umrah , jadi aku ke Masjidil Haram tidak awal2 sangat mcm biasa untuk solat asar petang ni. Apabila kedengaran azan asar berkumandang , baru aku dan son of gun bergegas ke Masjidil Haram yang sepelaung je dari hotel penginapan .Dalam hati ku terdetik nak solat di dataran kaabah tapi pasti sukar kerana jemaah2 selalunya dah memenuhi dari pintu masuk lagi dan pasti agak sukar dan perjalanan terhalang nak ke dataran kaabah . Kat bahagian dalam banyak lagi ruang-ruang kosong sebenarnya. Tapi kebanyakkan depa suka duduk kat depan pintu masuk dan laluannya.
deretan van jenazah biasanya diletakkan di pangkal Ajyad Street ni
kerana ia dekat dengan dataran dan pintu masuk ke Masjidil Haram
Tak semena2 ketika kami sampai ke marmar dataran Masjidil Haram, muncul sebuah van jenazah dari Masjid Muhajirin baru tiba berhenti betul2 di tepi ku lalu aku signal kat anak aku , jom kita usung jenazah ni kerana pengalaman mengusung jenazah di Masjidil Haram pasti akan kekal sampai bila2 dan yang penting dapat melakukan kebajikan dan kebaikkan di sini .kerana ia dekat dengan dataran dan pintu masuk ke Masjidil Haram
Apa lagi , aku pun usung dengan kedua belah tangan ku di bahagian belakang sekali dan anak aku di tepi serta beberapa orang jemaah lain dan diangkat di atas kepala lalu berlari kami mengusungnya , barulah aku tahu punya la laju kami mengusungnya dan yang pasti usungan itu sebenarnya berat juga kerana kayu usungan tu diperbuat dari kayu yang baik serta bermutu dan tahan mcm kayu beroti merbau gamaknya , bukan mcm usungan tempat kita yang dibuat dari besi.
Termengah2 juga aku berlari namun sebelum tu aku dah ketatkan kain pelikat aku dulu hehehe
Rupa2nya jenazah akan dibawa masuk dari pintu bawah dan menuruni sedikit anak tangga tempat kawasan jemaah wanita bersolat berdekatan tempat paip minuman air zam2 dan aku tak ingat lah pulak nama pintu tu dan nombornya.
Setibanya di pintu masuk Masjidil Haram, seorang anggota polis menahan kami dan meminta surat seakan surat pengesahan atau tempat kita mcm permit lah sebelum dibenarkan di bawa masuk ke dalam masjid. Setelah mereka berpuashati, sekali lagi perlumbaan mengusung jenazah bermula hinggalah akhirnya kami turun ke kawasan dataran atau laman kaabah dan diletakkan berhampiran tingkap besar utama tempat pegawai masjidilharam memantau keadaan di laman kaabah dan kalau tak salah aku tempat bilal rasanya.
Kelihatan 5-6 jenazah telah terbaring kaku di dalam usungan kayu masing2 di situ dan lantas aku terus duduk di situ menanti solat asar dimulakan.
"Ya Allah, aku teringat tadi yang aku kepingin nak solat di dataran laman kaabah sedangkan aku lewat ke masjid,
nah, lihat sekarang aku berada dah di dataran laman kaabah atas kehendak Allah jua"
nah, lihat sekarang aku berada dah di dataran laman kaabah atas kehendak Allah jua"
Sesungguhnya Allah mengetahui setiap detik hati dan naluri setiap makhluk ciptaannya.
Dan dengan kehendaknya jua , aku dapat solat di dataran laman kaabah ni sekarang
Lepas selesai sahaja solat asar, aku menanti solat jenazah pula dan sangkaan ku jenazah ni akan diusung pula ke hadapan imam tapi sangkaan ku tidak tepat.
Sekonyong2 imam ketika itu diiringi polis dan pegawai masjid menuju di belakang jenazah yang terletak betul2 belakang ku . Jadi sekarang kedudukannya imam , jenazah baru diikuti pula aku dan jemaah2 lain dan solat jenazah dimulakan , mungkin agak pelik bukan tapi sebenarnya ia dibenarkan dalam islam untuk solat jenazah seumpama kita solat ghaib juga.
Rupanya jenazah yang aku usung tadi adalah seorang jenazah wanita yang mati bersalin kerana balutan kecil bayi yang meninggal dunia diletakkan di celah kaki ibunya dan diangkat ketika jenazah hendak disembahyangkan utk ditunjukkan kepada bilal di atas tu.
Usai sahaja solat jenazah , aku dan son of gun ku sekali lagi mengangkat usungan berdekatan kami dan sepantas kilat usungan bergerak kehadapan . Kalau sesiapa yang mengusung jenazah tu rasa penat terus sahaja lepaskan usungan itu kerana yg pasti sudah ada tangan2 lain yang akan menyambut usungan itu. Termengah2 juga dibuatnya kerana pergerakkan terlalu pantas laksana Usain Bolt nak tamatkan larian di garisan penamat 100 meter kuak lentang olympic.
Aku dan anak ku tak lepaskan usungan itu hinggalah sampai ke van dan sesungguhnya pengalaman ini akan kekal dalam ingatan ku selagi hayat dikandung badan .
Alangkah indahnya ...
Alangkah manisnya ...
Alangkah bertuahnya ...
jika suatu hari nanti , bukan aku yang mengusung jenazah tapi aku pula yang diusung keluar selepas disembahyangkan di Masjidil Haram buat kali terakhir di dunia yang fana' ini kerana itulah yang didambakan oleh setiap insan utk disembahyangkan oleh jutaan jemaah sebelum menuju ke perhentian terakhir yang pastinya pasti akan tiba jua .
Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui
Wallahualam.
Allahuakbar!
BalasPadammemang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan tu pak itam. DIA maha mendengar.
BalasPadamindah pengalaman tuan itu... saya sentiasa rindu ingin ke sana lagi
BalasPadamtok Nab
BalasPadamAllah Maha Besar dan Maha Mendengar
kak pah
BalasPadambanyak pengalaman serta iktibar dan pengajaran yang dapat saya kutip dalam kunjungan kali ini yg pasti kekal dalam ingatan
mohamadkholid
BalasPadamalhamdulillah
moga kita dijemput menjadi tetamuNYA lagi
pss
bagaimana keadaan cameron highlands sekarang, lama dah saya tak ke sana
salam,insan terpilih yang dapat merasai pengalaman alhamdulillah.
BalasPadamwaalaikumsalam norbaya
BalasPadamalhamdulillah
semuanya dari Allah jua buat diri ku hamba yg kerdil di sisiNYA