WARGA SCP

Khamis, September 29, 2011

MAKKAH : BUAT AYAHANDA TERCINTA

Masjid di Jaaranah

Alhamdulillah,
Aku selamat menjejakkan kaki ku di bumi Jaaranah.

Ia merupakan kawasan tanah halal dan menjadi salah satu miqat bagi berniat umrah.

Kain ihram ku bawa bersama dan insyallah akan melakukan umrah lagi sepanjang aku di kota Makkah .Selain mencari keredhaan Allah , aku cuba melakukan seberapa terdaya ibadah dan meraih seberapa terdaya pahala di sini kerana esok lusa aku sendiri tak tak tahu , adakah jasad ku masih menghuni dunia yang fana ini menuruti jejak langkah arwah ayah ku terdahulu.


deretan kedai sepanjang perjalanan


Aku berhajat untuk menyedekahkan pahala umrahnya nanti setelah selesai tahalul kelak kepada arwah ayahanda ku .

Oleh kerana arwah dahulu telah pernah menunaikan fardhu haji dan umrah yang wajib baginya, jadi hari ini aku akan melafazkan niat umrah untuk diri ku dan selepas selesai nanti, barulah diniatkan pahala umrah buatnya.

Kain ihram disalin dan sebelum aku membimbing 3 orang anak2 ini melafazkan niat umrah,aku lakukan semakan terakhir , takut nanti depa terlupa bukak boxer yang di pakai, karang kena dam pula.

Kalau dam aji takpe, ni dam seekor kambing .

Selipar yang mereka pakai juga ku pastikan jenis selipar tidak menutup belakang dan hadapan jari kaki .

Hari ini ada 5 jemaah dibawah jagaan ku, isteri ku, ibu mertua ku, anak ku serta 2 orang lagi rakannya yang sebaya.

Kami tiba ke Al Massa hampir sejam lagi sebelum waktu zohor . Jadi aku ambil keputusan untuk melakukan tawaf sebelum solat zohor. Keadaan matahari yang terik menyebabkan kain ihram ku dibasahi peluh.

Berhenti seketika untuk solat zohor sebelum kami meneruskan pula dengan saei dan bergunting dan bertahalul. Kerana kepala kami semua dah botak licin,
belum tumbuh rambut lagi, maka gunting dilalukan sahaja di atas "batu jemala" ku sebagai syarat.
Sebelum bersaie tadi , kami mengupah orang untuk menyorong ibu mertua ku melakukan saie kerana kesihatannya tidak mengizinkan, tapi ia masih bersemangat melakukan umrah. Kebetulan anak bongsuku boleh sesikit berbahasa arab , maka urusan menjadi sedikit mudah.Bayarannya SR 50.00

Alhamdulillah, tak sia2 aku hantarnya ke sekolah agama berasrama penuh yang mana bahasa arab menjadi salah satu subjek utamanya di sekolah.

Memang kuyup kain ihram ku kerana suhu hari ini agak panas.

terik sangat, tak ramai jemaah

Buat Ayahanda Tercinta,
Anakanda tidak sempat dan tak dapat berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan yang Allah kurniakan buat anakanda sekeluarga dengan ayahanda .

Anakanda tidak sempat dan tak dapat berkongsi segala limpah kurnia Allah buat anakanda bersama ayahanda .

Hanya inilah sumbangan kecil yang dapat anakanda berikan buat ayahanda di sana
selain titipan doa dan sedekah fatihah yang tidak
pernah anakanda lupakan setiap lepas solat.

Semoga ayahanda sentiasa berbahagia di sana.

Semoga pahala umrah anakanda hari ini sampai kepada ayahanda yang telah lama pergi meninggalkan kami

Insyallah

AL FATIHAH


3 abdul yg ku pimpin melakukan umrah hari ini
dengan pose istimewa selesai sahaja umrah tadi
aku nak belanja depa semua hari ni makan kat food court di Hilton Tower
dah lepas semua pekerjaan umrah,
dah terlondeh kain ihramnya nampak pusat
hehehe

senggeh kegumbiraan setelah selesai umrah tadi
putih nampak gigi je hehehe


12 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    Insyaallah, moga pahala umrah itu akan dikecapi oleh Allahyarham bapa bapak

    Wassalam

    BalasPadam
  2. alfatehah BHS sedekah kan buat arwah ayahanda tercinta....ameen...

    BalasPadam
  3. Assalam Pak Itam,

    Semuga mendapat umrah yang mabrur.

    Gambar gambar yang menarik.

    Panjantkan doa buat saya dan keluarga buat umrah hujung tahun ni dan di permudahkan semua urusan.

    Terima kasih.

    AJ

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...satu kepuasan bilamana kita dapat melakukan ibadah dan menyedekahkan pahala buat arwah ayahanda yang terchenta...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Tn Hj,

    Alhamdullilah Tn Hj dapat membuat umrah bersama keluarga dan semuga pahala dan rahmatnya yang disedekah akan sampai kepada Aruah Bapa Tn Hj......

    Hati semakin sayu melihat gambar-gambar di MH di blog Tn Hj ini....

    BalasPadam
  6. salam,

    saya berhajat untuk umrah ziarah turki tahun depan. tertarik dengan pakej yang saudara pergi ini (menginap di hotel al massa ). boleh saya tahu agency apa yang di ambil dan ongkosnya sekali?

    ummunazeer.

    kalau tak nak beritahu kat sini harga pakej, mohon email saya di

    ummunazeer@yahoo.com

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam atuk

    alhamdulillah

    insyallah

    BalasPadam
  8. BHS

    alhamdulillah

    al fatehah

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam AJ

    alhamdulillah

    sama2 kita berdoa agar sentiasa dijemput menjadi tetamuNYA, insyallah

    rasanya visa umrah hanya dibuka awal januari atau selewat2nya febuari

    BalasPadam
  10. kak nab

    alhamdulillah

    betul tu, kepuasan yg tak terkata kerana hanya itulah sumbangan yg boleh dilakukan buat arwah ayahanda tercinta

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam hj pesona

    alhamdulillah

    insyallah, moga tuan sekeluarga dijemput lagi menjadi tetamuNYA

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam ummunazeer

    alhamdulillah

    moga hajat puan ke sana tercapai dengan izin Allah

    saya dah email butiran berkenaan pakej tu seperti yang dipinta

    wasalam

    BalasPadam