sekumpulan jemaah yg baru sampai utk melakukan umrah
siap pakai topi merah agar mudah dikenali ahli kumpulannya
siap pakai topi merah agar mudah dikenali ahli kumpulannya
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
Alhamdulillah
Lepas kembali ke hotel setelah selesai umrah tadi , semua dah kepenatan, keletihan . Kata orang seberang "capek", tapi bukan capek atau cacat tu hehehe
Dan ibu mertua ku yang kurang sihat juga begitu. Sedapnya kalau dapat mandi selepas basah kuyup akibat peluh tadi . Tapi perut harus diisi dahulu. Dalam lapar2 dan kepenatan, selera ku boleh tahan jugak . Kena pulak dengan sambal belacan . Apa lagi ...
Dah masuk bilik , luruskan kaki , baru terasa lenguh semua urat sendi. Maklumlah , umur kita bukan semakin muda. Katil kami sebaris 4 buah , namun banyak lagi ruang di hadapan dan di tepi ku . Aku dah "cop" katil kat tepi tingkap pasal senang aku nak skodeng menjenguk keluar nanti menikmati suasana "haram" secara "live" tanpa jemu.
Lagi satu yang "best"nya , segala yang berlaku di sekitar luar masjidilharam dan dalamnya serta kawasan kaabah dapat diikuti melalui tv yang terlekat di dinding melalui siaran langsung 24 jam tv saudi .

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Mak itam dah siap2 nak bobok dulu dan aku alhamdulillah masih ada sisa2 kekuatan yang Allah bagi pada ku masih tersimpan . Janjinya malam ni kejut dia dan pukul 12 malam nanti aku dan mak itam nak ke Baitullah , namun biasalah kudrat orang perempuan yang terbatas dan keletihan, maka aku berseorangan jam 11 malam tu ke laman kaabah dan tentu tujuan ku untuk mengucup Hajarul Aswad.
Aku yang kelihatan macho kerana botak licin bak kepala penyamun hanya mengenakan tracksuit dan tshirt sahaja malam tu . Setelah meninjau keadaan sekeliling kaabah melalui tv di bilik kami yang menyiarkan siaran langsung 24 jam dari masjidil haram, kelihatan ramai sekali jemaah malam ni sedang bertawaf. Namun itu sedikit pun tak mematahkan semangat ku untuk ke sana .
Langkah demi langkah ku atur hingga akhirnya sekali lagi Baitullah tersergam hebat di hadapan mata ku kala embun jantan dah keluar dah. Aku lakukan solat sunat taubat dan solat sunat hajat sebelum aku mula merapati dinding baitullah dan beratur mengikut barisan seperti kelazimannya yang aku lakukan jika aku berhajat untuk mengucup Hajarul Aswad.
Alhamdulillah,
Cabaran malam ini untuk mengucup Hajarul Aswad boleh tahan juga kerana ramai sekali jemaah malam ni . Namun itulah yang menariknya walaupun diasak dan ditolak serta dihimpit. Namun perasaan dan hati selepas sahaja melakukan kucupan itu bagai aku baru beroleh kemenangan besar dalam medan perang. Allah je yang tahu betapa gembiranya hati dan perasaan ketika itu.
Allah permudahkan niat dan hajat ku dan aku dapat melakukan kucupan ke hajarul aswad seperti yang aku hajati yang mana ia akan menjadi saksi kelak barang sesiapa yang pernah mengucupnya.
Insyallah.
Salam CR
BalasPadamGambar2 yg cantik dan menyejukkan mata. Group tu dr Turkikah? Unik tapi senanglah nak tau geng..
Doakan moga saya pun dpt kemudahan ke sana.Amin.
Assalamualaikum Tuan, saya sungguh teruja menatap gambar2 yang tuan ambil. Terima kasih, semoga tuan dan keluarga dirahmati Allah s.w.t. Doakan saya dan keluarga dapat berkunjung ke sana dalam masa terdekat ini. Ameen.
BalasPadamSalam dari Christchurch NZ.
CR,
BalasPadamSyukurlah dapat kucup Hajarul Aswad, memang best sgt perasaan tu....tak boleh nak bayang...lebih dari dapat emas 10kg...
Salam Encik,
BalasPadamboleh x saya tau encik menggunakan travel agent mana ye gi umrah dan ziarah?.. tq..
salam pak itam...
BalasPadambest baca citer ni...citer lagii
waalaikumsalam MJ
BalasPadamrasanya dari turki tu , baru sampai
kali pertama saya jumpa depa pakai topi
insyallah, semoga kita dijemput lagi menjadi tetamunya
waalaikumsalam mieza
BalasPadamusahlah bertuan2,just call me pak itam or CR hehehe
saya hanya hamba yg kerdil je di sisi Allah
saya juga mendoakan buat mieza sekeluarga agar sentiasa dirahmati dan dilindungi di bumi orang dan insyallah pasti mieza dan keluarga nanti akan menjadi tetamu Allah suatu hari nanti, niat nak ke sana dah ada cuma masa dan ketikanya je Allah yg mengetahui
insyallah
cik rosli
BalasPadamkalau siapa pernah merasai nikmat mengucup hajarul aswad, mmg perasaan dalam hati tu mengalah kita dapat emas sebungkal
walaupun 10-15 kali dapat kucup hajarul aswad tu , perasaannya tetap sama tak terkira
Allahuakhbar
waalaikumsalam tanpa nama
BalasPadamalhamdulillah
Rayhar travels
waalaikumsalam tok nab
BalasPadamAlhamdulillah
Allah telah bagi saya ruang utk bercerita dan berdakwah melalui penulisan yang tak seberapa ni
syukur kerana ada yang sudi membaca dan mengikutinya
kak nab mesti ikut sampai episod perjalanan ni berakhir tau dalam 2-3 minggu lagi hehehe