بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
Alhamdulillah
Terik sungguh matahari hari ini. Aku mengambil keputusan dengan anak ku untuk bersolat zohor di tingkat dua Masjidil Haram. Sementara menunggu masuk waktu zohor, aku leka di tepi pagar memandang Baitullah Al Haram dari atas.
Kelihatan juga jemaah sedang melakukan tawaf walaupun matahari di atas kepala mengisnsafkan dan mengingatkan aku apabila kita dikumpulkan di Padang Masyar kelak, matahari hanya sejengkal di atas kepala kita dan hanya amalan dan syafaat Nabi Muhammad S.A.W sahaja yang menyelamatkan kita ketika itu.
Adakah aku telah bersedia untuk menghadapi teriknya panas mentari di Mahsyar kelak. Hanya amalan baik yang diterima sahaja yang dapat membantu kita. Semuanya nanti akan ditunjukkan Allah di padang masyar kelak. Moga segala amalan ku selama ini diterima olehNYA dan menyelamatkan aku ketika itu.
Matahari diterbitkan oleh Allah tepat di atas kepala dengan jarak hanya sejengkal sahaja sehingga manusia terpanggang oleh teriknya matahari Bagi orang yang beriman dan beramal soleh serta banyak mengerjakan kebaikan akan terlindungi dari teriknya sang mentari . Teringat aku akan sebuah hadis ,
sabda Rasulullah SAW :
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.”
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.”
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Jadi persiapkan lah diri kita selagi kita belum didatangi 5 perkara tersebut kerana kita tak tahu bila roh dan jasad kita akan berpisah dan semoga bekalan tersebut yang kita bawa membantu kita dari panasnya mentari di Mahsyar kelak.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang dilindungi Allah semasa di Padang Mahsyar kelak .
Semoga segala amalan ku dan kita semua diterima Allah .
Ya Allah, Ampunilah segala dosa-dosa kami.
Semoga segala amalan ku dan kita semua diterima Allah .
Ya Allah, Ampunilah segala dosa-dosa kami.
Teriknya mentari di Masjidil Haram hanya sekelumit sahaja berbanding di Mahsyar kelak.
dorang ni kebal dengan panas. tengahari macam tu buat derk je mundar mandir. Kita tabiklah pada mereka yang boleh bertawaf bawah curahan cahaya matahari cam tu..
BalasPadamSemoga bertambah tebal iman......aminnn!
BalasPadamkak pah
BalasPadamdepa dah biasa, kulit dah lali hehe
pernah sekali tawaf masa sebelum zohor, meleleh peluh jantan, peluh betina semua keluar, kuyup
uncle
BalasPadamamin
insyallah
kak nab pernah kena tawaf wida' selepas zohor....
BalasPadamkak nab
BalasPadammesti masa tu nak bertolak ke airport sebelum asar tu