بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
Alhamdulillah,Magrib kali ini aku bersolat kira kat bahagian atas anak tangga sebelum turun ke laman kaabah. Suasana menjelang magrib begitu meriah sekali dengan para jemaah telah mula mengambil tempat masing2 sambil menanti laungan azan bergema memecah keheningan kota suci Makkah.Kira tempat duduk yang aku pilih ni sungguh startegik sekali kerana pandangan ku terus menghadap ke Baitullah yang tidak pernah jemu ku tatap walaupun berjuta kali.
Kelihatan hanya beberapa jemaah sahaja yang masih tawaf dicelah2 barisan jemaah . Mungkin kerana mereka nak habiskan pusingan tawaf sebelum solat bermula . Itulah kelebihan yang Allah bagi, kalau tak habis , boleh sambung nanti semula . begitu juga dengan saei.
Kalau dulu aku sering ketemu dengan sang burung yang terbang di kawasan Baitullah seolah2 sama bertawaf, tapi sekarang aku tak kelihatan lagi kawanan burung2 tersebut. Agaknya kerana kerja2 pembangunan yang sedang hangat rancak di sekitar Masjidil Haram menyebabkan burung2 itu juga terpaksa berhijrah ke tempat lain. Tapi hakikatnya sebenarnya, itu semua kerja Allah.
Namun dalam menikmati keindahan di Masjidil Haram yang menempatkan Baitullah, pandangan mata ku juga tidak dapat lari dari apa yang berlaku di sekitarannya.
Melihat pembangunan Makkah ketika ini dengan bangunan pencakar langit berlumba2 dibina mengelilinggi Masjidil Haram dan Baitullah sungguh menginsafkan diri ku bahawa salah satu tanda kiamat telah "keluar" di kota Makkah sendiri.
Allah Maha Berkuasa ke atas segalanya . Suatu hari pasti hari pembalasan atau hari kiamat akan datang jua . Bila masanya , hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Namun di dalam al quran dan al hadis , telah ditunjukkan gambaran tanda2 bila kiamat akan menjelang .
” Akan terbina mercu tanda yang lebih tinggi daripada Kaabah sebelum berlakunya Qiamat ”
Yang pasti apabila aku mati, itulah "kiamat" bagi kehidupan diri ku .
Ya Allah, ampunilah dosa2 ku.
Allahuakhbar.
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamAllahuakbar
telah teserlah tanda2 Kiamat itu
Wassalam
salam dari Makkah....
BalasPadamallah maha besar....maha mengetahui...
waslam
Salam pak itam
BalasPadamKiamat tetap berlaku...bagi diri kita maupun kiamat dunia ini..
Allah Maha Besar lagi Maha mengetahui
Mudah-mudahan diri kita sekeluarga dipelihara oleh Nya untuk menghadapi semua tu...
CR,
BalasPadamSubhanallah....tqvm for sharing...rindu sangat....hati meronta bila kawan2 dah mula packing nak pergi buat haji. Allah Maha Mengetahui.Ameen
waalaikumsalam atuk
BalasPadamhanya Allah Yang Maha Mengetahui
waalaikumsalam CL
BalasPadambetul tu
detik dan saatnya pasti tiba
hanya Dia Yang Maha Mengetahui
waalaikumsalam shami
BalasPadammoga segala amalan kita diterima Allah yang akan menjawab bagi pihak kita di hari kiamat kelak
Cik rosli
BalasPadaminsyallah, giliran u pasti sampai juga, hanya Allah yg Maha Mengetahui
hati sayu bila setiap kali musim haji tiba kerana begitu manisnya setiap saat di sana