WARGA SCP

Selasa, September 20, 2011

MAKKAH : JABAL RAHMAH , ANTARA TAIK UNTA DAN UNSUR BIDAAH


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Jika sesiapa yang pernah mengunjungi Jabal Rahmah tak kiralah masa buat umrah atau buat haji, pasti apabila melihat foto2 yang dipaparkan ini, pasti ingatan kita melayang dan diterjah oleh gelagat jamal a.k.a unta yang banyak di Jabal Rahmah ini dan juga suasana di sini .

Turun je dari bas, penjaga2 unta ni dah berkejaran dan "memprovoke" dan "mempromote" bagai nak rak suruh kita naik untanya dan bergambar

hehehe

Kalau USA bangga dengan Pasadena Rose Paradenya dengan kereta berhias, di sini unta2 juga tidak kurang hebatnya dihiaskan dengan bunga2 plastik indah berwarna-warni, cuma dia tak pakaikan gincu je kat bibir unta tu . Alis matanya memang original melentik kurnian Allah.

Tapi paling bahaya bila mata kita dah nampak unta dipakaikan sari pun cantik,
terutama musim haji dan dah lama duk kat Mekkah

hehehe

sekarang moto roda tiga pun boleh buat bisnes kat sini


Teringat daku kecik2 dulu masa tengah berhingus , masa arwah atuk dan arwah abah ku pulang dari mengerjakan haji. Di tunjukkan sekeping "gambar segera" a.k.a poloroid yang dibawa dengan berposingkan di atas unta . Pada masa itu hanya gambar yang ditatap dengan perasaan gumbira tanpa mengerti apa2 pun yang ada dan istimewa di sana.

Semasa arwah ayah ku dan ibu mengerjakan fardhu haji , aku ketika itu baru memasuki sekolah menengah. Masa tu kalau tak salah aku perbelanjaan mengerjakan haji hanya empat lima ribu je .



Namun masa tu wang sebanyak itu sangatlah besar nilainya . Wang tersebut dikumpul oleh bapa ku selama berpuluh tahun juga sedikit demi sedikit dan hanya impiannya ke sana menjadi kenyataan selepas pencen .

Sekembali dari sana, pasti yang menarik perhatian ku ialah sekeping dua gambar poloroid sebagai kenangan2 mereka di sana. Dulu bukan ada kamera mcm sekarang ni dan rasa tak mampu memiliki kamera ni . Dan yang pastinya gambar di Jabal Rahmah ni pasti ada sebagai kenangan-kenangan . Tapi semua dalam warna yang seakan2 pudar dan kusam ala-ala retro .

Sehingga kini , masih ada lagi jurugambar di sana dengan kamera segera juga yang menjadikan unta sebagai model dengan bayaran 10 sr . Mungkin ini generasi entah keberapa dari tukang ambil gambar semasa zaman arwah datuk dan ayah ku dahulu.

Sedangkan mereka telah kembali ke rahhmatullah, namun Jabal Rahmah masih tetap utuh seperti dahulu dan dikunjungi oleh jutaan manusia setiap kali musim umrah dan musim haji.


Entah mengapa, setiap kali kunjungan ku ke sana, kami memang tak pernah naik ke atas puncak dan tak tergerak naik ke sana. Hanya suka melihat dan menyaksikan kehebatan Jabal Rahmah dari bawah yang menyaksikan pertemuan semula Adam dan Hawa selepas lama terpisah.

Tentu teman2 sekalian pun punya kenangan indah di sini .....




unta terlepas tali , mencicit lari dikejar tuannya
kalau tak dapat tangkap tu, mau dia lari sampai Balakong hehehe



Namun itu ada beberapa perkara perlu diambil berat di sini agar kita tidak menjadikan diri kita terjerumus dalam perkara2 yang merugikan dan berunsur bidaah antaranya seperti kita mempercayai bahawa menulis nama sendiri dan perempuan yang kita suka di batu-batu dan binaan di Jabal Rahmah , Allah akan memakbulkannya dan menjodohkan kita . Itu semua adalah bidaah.

Ingat , jodoh pertemuan di tangan Allah.

Tiada menjadi kesalahan untuk mendaki dan memanjat Jabal Rahmah serta berdoa,

tapi yang menjadinya salah apabila kita beranggapan mendakinya dan berdoa di atas Jabal Rahmah berkaitan jodoh merupakan satu kemestian dan kewajipan kerana mustajab di sana.

Jadi berhati-hatilah ketika di sana,

Selain dari kita berhati-hati dan berwaspada takut terpijat taik unta yang banyak dan berselerak,
kita juga mesti berhati2 dan berwaspada dari terikut2 dan melakukan perkara2 berunsur bidaah dan khurafat.

Kalau dah terpijak taik unta, yang tu pasti bukan bidaah hehehe

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang lalu.

Insyallah


6 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    saya pun tak pernah naik unta tu...

    baru nak tulis nama ...makcik sebelah dah jeling...he he

    Wassalam

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam atuk


    heheheh
    mana tak jeling, atuk nak tulis nama rossa hehehehehe

    saya kalau naik unta tu, menangis unta tu hehe

    BalasPadam
  3. berdoa nak dapat jodoh, kat tepi meja makan pun boleh, hehehe

    BalasPadam
  4. akak pernah naik sampai ke atas..sib baik tak terpijak al-taik tuuu..hehehe...
    gambar polaroid pun pernah ambik...lama tu..1992 masa buat haji...kenangan di jabal rahmah...

    BalasPadam
  5. kog

    betul tu, sambil mengadap popia gulung hehe

    BalasPadam
  6. kak nab

    mesti simpan tau gambar tu,

    dah 19 tahun tu, kira antik hehe

    BalasPadam