WARGA SCP

Rabu, April 10, 2013

PART 22 TANAH SUCI MADINAH : DATES MARKET

ALHAMDULILLAH

Mandi-manda dengan kambing dan ayam sudah. Maka kami lanjutkan persinggahan kami ke Pasar Kurma yang terletak dalam 2-3 km juga dari Masjid Nabawi .

Kalau masa musim haji , pasar kurma ni sentiasa menerima pengunjung yang tak putus2 , tapi kerana aku pergi disebelah petang lepas waktu zohor, maka keadaan agak lenggang sikit . Jadi takdalah kelam-kabut nak memilih dan membeli.


 Tokey Kurma
Bangsa Arab

 Biasalah pekerjanya Bangladesh  atau Pakistan

Aku hanya minta Abdul Karim tunggu aku dalam 30 minit je kerana nak beli kurma tak serumit nak beli tudung . Masa ni bukan musim kurma berbuah, jadi nak dapatkan kurma yang benar segar sukarlah sikit . Tapi kurma-kurma tetap melambak kat sini.

Kami menuju kedai yang hujung sekali dan terus masuk . Jamah beberapa biji kurma yang diberi sambil diiringi perkataan "Halal", "Halal".

Pilihan ku macam biasa kurma Ajwah atau dikenali Kurma Nabi kerana ia menjadi kesukaan Baginda Rasulullah.  Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang khasiat kurma ini yang bermaksud:

Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda:


 “ Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.





Menurut sejarah berkaitan asal usul kurma ajwah, pada suatu hari Baginda Rasulullah S.A.W  berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa,  satu makanan pun tidak ada ketika itu untuk dimakan oleh Baginda Rasulullah. Malaikat Jibril yang melihat keadaan Baginda Rasulullah S.A.W  merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangannya berbuka puasa.

Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian pula ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwah ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwah tidak akan hidup dan tumbuh  serta berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.

Kurma Ajwah ni sebenarnya banyak grednya dan yang paling mahal Gred Super Jumbo berharga hampir SR200 sekilo dan paling murah SR60.00 sekg. Rasanya sama, cuma saiznya tak sama . Aku capai dalam 2 kg juga buat stok nanti pada bulan puasa selain dalam 3 kg untuk kurma Ambar.

Kalau nak cerita tentang kurma ni, sebenarnya terdapat hampir 1400++ jenis kurma termasuk di Saudi dan seluruh dunia antaranya Kurma Ajwah, Kurma Anbar, Kurma Aseela, Kurma Burhi, Kurma Dakheni, Kurma Deglet Noor, Kurma Deglet Ubend, Kurma Fankha, Gattara, Kurma Hilali, Kurma Khalas, Kurma Khodri, Kurma Majdoul, Kurma Maktoomi, Kurma Meneifi, Kurma Nabtat Ali, kurma Nobouth Saif, kurma Nobouth Sultan, kurma Rushodia, Ruthana, Ruseiz, Safawi,  Shagra, Sheishe, Shibibi, Sukkari, Sullaj dan banyak lagi .

 


Lepas tu biasalah beli jenis kacang sikit macam kacang cerdik, kacang tak cerdik , badam sikit dan kismis .Sikit-sikit jadi bukit jugak dalam SR400.00 juga untuk semuanya. Biasanya untuk stok kami nanti sikit je kerana yang lain untuk diberikan dan dijamahkan buat rakan anak kami di sekolah, adik beradik dan rakan-rakan. 

Tapi pasti kali ni aku rasa sedih sikit kerana kalau nanti kebiasaannya sebelum kami pergi umrah , pasti kami menjenguk dulu ibu di kampung mohon doanya untuk kami dan lepas balik nanti jenguk lagi dan bawakan kurma dan air zam-zam untuknya.

Tapi kini semua rutin itu dah takkan berulang kembali .Aku hanya dapat menjenguk pusara ibu ku serta bapa ku sebelum bertolak hari tu.

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    makan kurma bila berbuka ajer......he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      hehehe bapak makan tak kira hari kurma kalau ada

      Padam
  2. Salam bapak. Dah terbiasa saya bila tengok kurma ja teringat puasa. Padahal bila2 pun boleh makan kurma tu, hehe.

    Al-Fatihah buat yang telah pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ciku

      bapak makan kurma tetiap hari kalau ada pasal dia byk serat

      terima kasih ciku sedekah fatihah buat mereka yg telah pergi

      Padam
  3. Salam Bapak,
    saya kagum masa pertama kali pi pasar kurma tu sebab depa kata ada kurma untuk lelaki, wanita, kurma awet muda dan etc..pada saya kalau dah kurma tu, paling nak makan adalah kurma nabi dan selebihnya kurma yang nampak sedap..ehh ada ke kurma tak sedap? hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam LW

      kurma ajwa mmg istimewa krn khasiatnya

      kurma tak sedap hehehe
      ada tau kurma tak sedap tapi lupalah namanya hehehe

      Padam