WARGA SCP

Selasa, April 16, 2013

PART 26 TANAH SUCI MAKKAH : APAK BERSEORANGAN ANTARA SAFA MARWA

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم 
ALHAMDULILLAH

Mana depa pegi ni .....
Puas aku tunggu, pengabis aku pegi mendaki kat area menghala ke Safa dan Marwa . Melilau bijik mata aku perhatikan namun tak nampak batang hidung. 

Biasalah kalau nak cari memang payah dengan jemaah yang ramai dan kebanyakkan putih je pakaian dan hampir serupa dan lepas tu botak licin je kebanyakkannya. 

Kalau botak licin kat sini adalah lumrah, tapi jangan dibuat kat tempat kita jalan reramai botak licin, mau di tahan pak polisi hehehe

Pengabis bila tak jumpa, aku turun balik ditempat yang dijanjikan dan tunggu dalam 10 minit lagi hingga akhirnya aku ambil keputusan saei sorang-sorang dengan harapan nanti bertemulah kami nanti jika ada rezeki tetengah saei nanti.
 



Pagi tu setelah mendapat rehat yang mencukupi, aku rasa dapat menghabiskan saei dengan kadar masa yang singkat dan bertenaga sekali dan setiap kali tiba di kawasan penanda lampu hijau yang disunatkan kepada jemaah lelaki berlari-lari anak, aku pun sama lari-lari bapak .

Allah tu Maha Mengetahui sebenarnya. Dianjurkan  kita jemaah lelaki hanya berlari2 anak di sini , tapi ada juga yang aku nampak dah macam pelari 100 meter pulak laju gamaknya .

Rasa segar sungguh bersaei pagi ni dan semua itu atas kehendak Allah S.W.T di mana aku tak lupa berdoa dan solat hajat agar segala keletihan dan lenguh2 dibetis lenyap walaupun tapak kaki aku dah tak rupa tapak kaki habis merekah kulitnya.Ni kalau dapat rendam kaki aku kat spa kaki yang ada ikan kat dalam tu,mau aku rasa tobat ikan tu .

Pusingan pertama, kedua, ketiga ,keempat,kelima , keenam dan ketujuh dapat aku harungi hinggalah aku menapak ke atas Bukit Marwa lalu hanya melalukan sahaja gunting di atas kepala ku sebagai syarat kerana kepala aku dah botak licin dari hari tu.

Memang licin sungguh kerana tetaip hari masa mandi , aku bercukur dan dengan kepala2 sekali aku cukur . Jadi mana nak sempat tumbuh rambut tu.

Selesai semuanya,aku turun kembali ke tempat yang kami janjikan tadi.

 
aku dok tunggu bawah sebelah ni
nilah permulaan laluan sementara ke Safa dan Marwa
sambil nunggu
aku ralit menghadap Baitullah
satu pandangan yang tak pernah jemu
walau sejuta kali memandangnya


depa pulak dok tunggu sebelah sini
mana nak jumpa hehehe



lepas dah siap semua rukun pagi tu
ada tarikan magnet memanggil-manggil aku
apa dia kesudahannya...

ni laluan kira dari kawasan mataf (tawaf)
menuju ke Safa dan Marwa
lihat tingkat 2 saei dok tengah kena runtuh tu

tarikan magnet semakin kuat
untuk aku ......

Namun kelibat bayang ahli keluarga aku langsung tak nampak masa aku melakukan saei tadi hinggalah tamat . Takpalah , nanti dengan izin Allah pasti bertemu juga. Aku ambil keputusan turun ke tempat yang kami janjikan memula tadi. Aku leka mengadap Kaabah dari situ. 

Rasa tenang 
Rasa aman
Rasa damai

Memang takda pandangan dan tempat yang paling mendamaikan pada ku di dunia ni selain memandang Baitullah Al Haram.

Tak dapat nak diucapkan dan nak bayangkan apa yang aku rasakan pagi tu dan mungkin juga kerana rasa gembira sangat dapat sempurnakan umrah dan  atas dasar ingatan dan kasih sayang ku terhadap kedua orang tua aku yang telah pergi meninggalkan ku, sebagai bakti dari sorang anak, aku harap pahala umrah ni sampai kepada kedua orang tua aku  dengan izin Allah dan semoga damai mereka di sana.

Tu yang buat aku dekat dengan kedua orang tua aku walaupun zahirnya kami telah terpisah dengan dua  alam yang sangat-sangat berlainan.

Tetiba anak pompuan aku jerit,

Bapak,
Bapak,
Bapakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Laaaaa , mana eko poi tadi tigo beranak , 
pueeehh apak nunggu.

Memang anak pompuan aku kekadang panggil aku bapak atau apak.

Laaaaaa kami tunggu kat situ  puehhh jugo, pengabis lama nungggu , kami pun pi la saei dengan harapan nanti jumpo apak kek sano hehehe


makin lama , aku makin ke depan...

Rupo2nya , dia orang tunggu kat sebelah kiri laluan sementara menghala ke saei dan leka dok melayan sekor kucing kat situ manakala aku pulak nunggu kat sebelah kanan, mana nak jumpo hehehe

Aku dah selesai semua rukun pagi tu manakala mereka baru saei masuk round ke 2, aku suruh mereka habiskan dan  lepas tu kalau dah selesai nanti,  aku suruh depa pi kat tempat yang aku dok tunggu ni .

Sebenarnya ada hikmah di sebalik semua peristiwa tersebut yang sangat besar dan mendalam sungguh . Allah kan Maha Perancang dan dia Maha Mengetahui apa yang terbaik dan apa yang dirancang terhadap hambanya.

Apa dia hikmahnya , nanti aku ceritakan .

Insyallah

8 ulasan:

  1. Tanpa NamaApril 16, 2013

    Assalamualaikum bapak..
    saya mengikuti crita2 bapak di sini... ada crita yg membuatkan saya tersenyum sorang2...suke sangat.. saya nak bertanya ngan bapak sikit.. klu bapak pergi tanpa pakej.. mcmana cara nak dapat kan visa umrah dan boleh tak bapak berkongsi pengalaman cara2 bapak menguruskan booking hotel,transport dan apa yg perlu kita buat klu pergi tanpa pekej... harap sangat bapak boleh berkongsi pengalaman umrah tanpa pekej...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam tuan/puan/cik

      tak tahu mana satu nak panggil, jadi letaklah semua tu hehehe

      Alhamdulillah

      ni bapak copy & paste dari email yang bapak reply untuk seorang hamba Allah yang dihantar pada bapak , semoga sikit penerangan bapak dapat membantu

      "Untuk pengetahuan tuan, visa umrah hanya boleh dipohon hanya melalui 21 syarikat pengendali umrah di Malaysia yg diiktiraf oleh kerajaan Saudi. Jadi nak tak hendak, kena melalui mereka . Namun ada syarikat pengedali tersebut yang boleh menguruskan visa tersebut tapi dengan bayaran tertentu kerana dah jadi dasar kerajaaan Saudi yang pihak pengendali di Malaysia mesti mempunyai syarikat bersekutu di Saudi yang mereka panggil "muassasah" yang mana nanti dalam rekod mereka masa ketibaan nanti, dah tercatat syarikat mana nanti di Saudi yang terlibat.

      Jika syarikat di Malaysia bersetuju utk menguruskan visa sahaja, tuan boleh matchkan atau padankan nanti tiket penerbangan dgn visa yang dikeluarkan dan tiket penerbangan boleh dibeli secara online melalui syarikat penerbangan yg tuan berminat seperti Saudia, MAS, Air Asia atau apa saja sementara tempahan hotel jugak boleh dilakukan secara online. Tapi hanya hotel 5 bintang je yang mempuyai kemudahan tempahan secara online.

      Namun kekadang polisi kerajaan Saudi berubah sebelum visa diberikan yang kekadang mereka nak pengesahan yang hotel penginapan serta penerbangan pergi balik dah ditempah dan confirm . Jadi kena buat semua tempahan terlebih dahulu . Kita hanya merancang, Allah yang tentukan krn walaupun semua tempahan hotel dan penginapan dah dilakukan, itu bukan jaminan yang visa umrah kita akan diperolehi. Jika berlaku sedemikian, hangus semua wang yg kita dah keluarkan jika kita membeli tiket penerbangan bagi kelas Y yang ada terms and conditionnya seperti "no refunds" atau "must fly on that date" jika visa kita tak dapat seperti tarikh yang kita kehendaki .

      Macam saya nyatakan tadi , kita hanya bisa merancang, Allah yang akan tentukan.

      Lagi satu pilihan jika tak mahu tanggung risiko , masih boleh pergi juga tanpa mengikuti pakej yang disediakan iaitu secara "special Request" dgn syarikat pengendali umrah di Malaysia dan ikut kesesuaian kita berapa hari kita nak berada di sana dan segala pergerakan hanya melibatkan anggota keluarga kita sahaja dan pilihan penerbangan dan hotel jugak ikut kehendak kita.

      Harap penerangan ringkas saya ini dapat membantu tuan dan semoga urusan tuan ke sana nanti dipemudahkan."

      Padam
  2. Salam bapak,
    Ya Allah sedihnya tengok gambar-gambar ini..
    harap saya dijemputNYA untuk kembali ke sana lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      Insyallah
      doa dan usaha , pasti impian ke sana lagi terlaksana

      Al Fatehah buat arwah bapa LW

      Padam
  3. As salam...
    Menarik sungguh n3 bapak...ini pertama kali singgah menulis...selalu jenguk membaca sahaja....Rindu rasanya untuk pergi ke sana lagi...doakan saya dan keluarga yer....

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam pokde

      sebut pokde, terkenang pokde bapak yang baru sebulan meninggalkan dunia , AL Fatehah

      Insyallah,
      doa dan usaha utk ke sana, insyallah
      Allah akan permudahkan

      Padam
  4. Tanpa NamaApril 17, 2013

    Assalamualaikum bapak...

    Alhamdulillah... syukor sesangat kerana bapak sudi menjawap pertanyaan saya.. Pejelasan yang jelas dari bapak telah membolehkan saya memahami risiko jika pergi umrah tanpa pakej... Insyaa Allah jika dengan izinnya saya ngan suami mmg ingin menunaikan Ibadah Umrah tahun ini.... melihat gambar2 dan membaca catatan perjlnan bapak membuatkan kerinduan saya semakin menebal untuk sampai kesana..

    Terima kasih sekali lagi pada bapak di atas segala perkongsian ilmu yang amat bermakna buat saya... Insyaa Allah akan saya jadikan jua sebagai bekalan untuk saya menjalani Ibadah Umrah nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      alhamdulillah

      moga urusan puan dan suami nanti dipermudahkan oleh Allah
      insyallah

      Padam