WARGA SCP

Rabu, Januari 27, 2010

DAM



Mengikut pangajian pak itam, dam membawa maksud binatang ternakan al-An’am seperti unta, lembu, kambing atau qibas yang disembelih atau gantinya daripada makanan atau puasa yang dikenakan ke atas mereka yang menunaikan haji atau umrah di atas sebab-sebab tertentu.

Dam pula terbahagi kepada 3 bahagian iaitu

1. Dam Tertib dan takdir
Seseorg itu hendaklah mengerjakan satu demi satu mengikut tertib, bermakna tidak boleh dipilih atau diganti dengan yang lain kecuali tidak berkemampuan mengerjakannya.

2. Dam Takhyir dan takdir
Takhyir membawa maksud seseorang itu boleh memilih antara jenis-jenis dam yang diwajibkan. Takdir pula merujuk kepada kadar dam tersebut yang telah ditetapkan oleh syarak.

3. Dam Tertib dan Ta’adil
Maksud tertib Seseorg itu hendaklah mengerjakan satu demi satu mengikut tertib, bermakna tidak boleh dipilih atau diganti dengan yang lain kecuali tidak berkemampuan mengerjakannya.
Ta’adil pula ialah menukar kepada membayar dam dengan cara berpuasa jika tidak mampu mengelurakan makanan.

Apa yang hendak dikongsi di sini ialah seseorang yang mengerjakan haji atau umrah hendaklah berhati-hati daripada terlibat melakukan larangan semasa ihram haji atau umrah atau meninggalkankan perkara2 wajib haji dengan sengaja. Walaupun boleh ditebus kesalahan itu dengan dam tetapi dia telah terlibat melakukan dosa dengan sengaja

Cerita pasal dam, ni lagi satu dam juga. Dam bagi sesiapa yang mempunyai "kuda" yang perlu dibayar setiap tahun. Dam ni dengan ertikata lain perlindungan insurance dan cukai jalan yang perlu diperbaharui setiap tahun. Tapi dam bagi insuran ni ada discount setiap tahun dikenali NCB atau No Claim Bonus dengan syarat tidak pernah melakukan tuntutan .

- Tahun pertama 25% diskaun
- Tahun kedua 30% diskaun
- Tahun ketiga 33 1/3 % diskaun
- Tahun keempat 40% diskaun
- Tahun kelima 55% diskaun

kene bayar damnya sebelum 09/02/2010
alhamdulillah NCB dah 55 % + 5 % rebate

Sebelum tu “value” untuk "kuda" yang hendak diinsurance perlu dilakukan dahulu. Pastikan valuenya mengikut harga pasaran tahun dinilai . Jangan meletakkan valuenya terlalu tinggi krn syarikat insurance akan menanggung tuntutan sekiranya ada berdasarkan value semasa sahaja. Jangan juga letakkan terlalu rendah kerana sekiranya berlaku perkara2 yang tidak diingini seperti kehilangan, pihak kita yang akan mengalami kerugian . Tapi bab bayaran cukai jalan bergantung sepenuhnya dengan cc atau kuasakuda kenderaan tersebut seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

Tiada perlindungan insurans bagi sesebuah kenderaan itu melanggar Seksyen 90 (1) Akta Pengangkutan Jalan ’87 yang boleh membawa hukuman :

1) Anda boleh di denda RM1000.
2) Di penjarakan 3 bulan, atau
3) Kedua-duanya
4) Lesen anda boleh di gantung 12 bulan.

Jadi kepada sesiapa yang mempunyai "kuda" yang perlu diinsurancekan, ingatlah tarikh luputnya . Sendiri mau ingat maaaaa ngeh ngeh

6 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Ratu pecut disini jadik lah hehe
    Dam? Ilmu ini secara tak langsung buat sy recall balik yg pernah bljr dolu2x..
    Memang kena tau nie, kalo nak pi buat Haji & Umrah kan..
    Takpe2x nanti sy selak buku semula + apa yg Pak Itam share nie
    Thanks..

    BalasPadam
  2. Salam Tn Hj. CR,

    Akak nie tengah fenin nak ingatkan kat mana lah akak sumbat geran Kembara akak yang dah jadi hak milik kekal tu. Boleh ke byr dam kalau geran tak de? Rasanya kena byr dam unta nie.

    BalasPadam
  3. Salam CR,

    memang kena hati bila mengejakan umrah atau haji. Walaupun bayar dam tetapi ..............

    BalasPadam
  4. salam syima

    ilmu tak pernah habis spi bila2
    insyallah

    BalasPadam
  5. salam kak ina

    dam unta he he he bahaya tu kalau kena dam unta

    kalau hilang kena buat report polis dulu, then pergi JPJ utk dapatkan salinan geran yg ada pada mrk, baru boleh bayar damnya

    leceh sikit

    BalasPadam