WARGA SCP

Selasa, Januari 05, 2010

GOLD COAST : JALAN-JALAN CARI MAKAN

Semalam penat masuk hutan
Hari ini jom ikut Pak Itam pi ronda-ronda, makan-makan dan shopping

Tempat yang dituju ialah Harbour Town Gold Coast
Tempat ini menempatkan segala factory outlet dan "duty free"
Boleh rambang mata keh,keh,keh




Selepas tu, kami pergi Gold Coast Marina
Pekena tandorri dgn roti nan dan beriani
kat restoren pakistan
sambil menikmati panorama yang indah
kat marina tu

Banyak pulak kapal layar parking kat situ
"mana pulak sampan aku ni keh,keh,keh"

















Lepas makan, pegi Pacific Fair.
Pusat membeli belah yang terbesar di Gold Coast
Ada 4 buah shopping compleks dalam 1 bumbung
memang besar
tak habis pusing

Apa yang menarik perhatian pak itam
ialah melihat seorang model sedang
disolekkan dengan gaya ala Elvis Presley
yang tak tahan tu seluar yang kat luar tu
siap mengelit-gelit lagi
ngeh,ngeh,ngeh




ni boleh kira tutup aurat tak he he he


Dah penat ronda , apa lagi kena baliklah
menuju ke Brisbane untuk pulang ke Malaysia
dengan SIA.

Flight yang hampir 8 jam
terbang tanpa sebarang masalah
kejenya makan, tidur, tgk movie
anak pak itam main game sampai ke Changi








kebas bontot duduk lelama dalam flight
cuba ada aktiviti memancing ka, main guli ka
sure tak boring
keh keh keh

8 ulasan:

  1. salam rezeki

    kalau dulu saya pasang seatbelt tu terus jer zzzz.. bangun untuk makan jer tapi lately ni kalau dalam flight saya dah jarang tidur. Saya tengok movies aje. Bayangkan 15-16jam perjalanan saya bantai tengok 7 movies hahahahaha.
    ooh... kaki pun dah gatal nak berjalan2.. cepatlah habis belajar XD

    BalasPadam
  2. salam rezeki,

    menarik percutian anda & keluarga...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Pak Itam,
    Seronok percutian Pak Itam. Alhamdulillah di atas rezeki yg Allah beri. Saya cukup kagum dgn rahmat kehidupan yg Allah berikan kepada Pak Itam dan juga mereka yg seperti Pak Itam. Walaupun pernah mencoba tapi belum ada rezeki dari
    Allah lagi. Teringin juga nak tahu bagaimana pak Itam mampu bangkit semula setelah ditipu dan belajar dari Pak Itam. Rezeki kita selain utk kita, utk org2 di sekeliling kita dan utk org2 yg telah pergi meninggalkan kita.

    BalasPadam
  4. Sebelum gi haji dulu berangan nak bawak anak2 gi Australia, tak kiralah, Gold Coast ke, Sydney ke mana2lah. Husband pulak dok plan nak bawak budak2 gi N.Zealand cuti sekolah bulan 6 nanti. Tapi skrg hatiku hanya terbuka nak gi Mekah aje (maklumlah, duit tak berapa nak banyak).

    BalasPadam
  5. salam khairyn

    mana tak boring kalau direct flight dr klia ke heathrow mau 13 jam he he he tu yg asyik bangun tidyr bangun tidur tak sampai2 ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  6. salam kak nab

    alhamdulilah, minat melancong tu timbul dr tahun 2001 , mula2 pakai pakej , lps tu rasa pegi sendiri lagi best dan tak terikat dgn jadual

    BalasPadam
  7. salam tanpa nama

    alhamdulillah, semuanya itu datang dari Allah SWT

    sebahagian rezeki yg kita dapat adalah milik org lain

    BalasPadam
  8. salam kak ina

    alhamdulillah, tanah suci makkah dan madinah tetap dalam hati kita semua dan menjadi keutamaan, insyallah

    semoga pintu rezeki kak ina dibuka seluas-luasnya oleh Allah

    BalasPadam