WARGA SCP

Jumaat, Januari 22, 2010

HPT


Dah hampir 2 tahun, setiap 2 bulan , pak itam akan pergi melakukan pemeriksaan rutin di klinik untuk pemeriksaan BP . HPT ini merupakan satu penyakit yang digelar "silent killer" HPT bahasa perubatan , kalau bahasa seharian darah tinggi. Sebenarnya pak itam pun tak tahu macam mana boleh dapat penyakit ni. Mungkin faktor genetik kerana ibu ku dan arwah bapa ku serta beberapa orang adik beradik mengalami darah tinggi ni. Tapi semuanya sebenarnya datang dari Allah jua.

Tapi sekarang alhamdulillah, semenjak dua menjak tiga menjak pak itam amalkan pemakanan sihat seperti bersarapan dengan quaker oat setiap pagi yg disediakan oleh isteri ku tersayang, kadar kolestrol telah berada di paras yang baik dan tekanan darah juga normal 120/80 .

Pemeriksaan rutin setiap 2 bulan sekali tetap perlu diikuti. Macam biasa selepas berehat di rumah, baru pak itam akan ke klinik . Kalau tanpa rehat terus melakukan pemeriksaan, mau masa tu BP 180/120 kerana sistem pengedaran darah kita sedang berkerja 100 %.

Semakin usia kita meningkat, paras tekanan tentulah semakin tinggi . Tapi semalam masa pak itam buat pemeriksaan di klinik, 140/90. Doktor kata atas ok, bawahnya lebih 10 . Kalau paras yang ok hanya 80. Kemungkinan pak itam semalam tak cukup rehat dan terasa keletihan .
Semalam juga mereka dah setkan temujanji untuk Pak itam buat pemeriksaan tahunan bagi kandungan gula dalam darah dan pemeriksaan mata yang rutinnya setahun hanya sekali utuk tahun 2010 ni.

Perubatan hanya salah satu ikhtiar dalam mengubati penyakit , tapi yang menentukan ialah Allah SWT jua. Makan ubat, jaga pemakanan dan berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa diberikan kesihatan yang baik agar mudah utk pak itam menjalankan tugas2 di dunia dan akhirat . Tapi bab makan ni yang susah sikit ngeh ngeh ngeh
Tengok sedap je, habis di"balun" he he he
Takpa lah, lapar lawannya makan, haus lawannya minum dan sihat lawannya sakit dan tentunya hidupkan lawannya mati
Alhamdulillah, aku masih diberikan kenikmatan oleh Allah dalam menumpang hidup dibuminya ini.

20 ulasan:

  1. Salam Rezeki,

    baguslah kalau kita dah jumpa penwarnya. Sesugguhnya setia penyakit ada ubatnya kecuali mati.

    Malah air kosong (bukan air mati nooo - air tawaisna oklah) itu pun sebenarnya adalah penawar yang hebat.

    BalasPadam
  2. salam,
    baguslah buat pemeriksaan berkala...
    umur2 dah meningkat ni mmg kena amalkan pemakanan sihat...dan selalu berwaspada.

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,
    Memang benar kata pak itam, "Silent Killer". Itulah yang pernah dikatakan Pembantu Perubatan kepada saya. Mula-mula tu seram saya, bila dah lama-lama & setelah mendisplinkan permakanan sekarang dah O.K. semula.

    Betullah tu pak itam, kalau usia dah melebihi 40an baiklah kita buat pemeriksaan selalu.

    BalasPadam
  4. ni nak kena kurangkan aktiviti menembak ayam hutan ni.. silap tembak, tak dapat, nanti naik lak BP tu sbb tension, ngeh ngeh ngeh..

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam,

    Smg Pak Itam sentiasa menjaga kesihatan. Akak dan adik masih memerlukan Pak Itam huhu.
    Sy doakan smg Pak Itam sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah.
    Mencegah lebih baik dari mengubati, sy amat setuju. Lebih2 lagi kos perubatan skrg sudah semakin meningkat.

    BalasPadam
  6. Baguslah pak Itam dpt jaga disiplin pemakanan. Mak Itam apa khabar, semoga sihat juga.

    Akak nie dah nak masuk 46, belum pernah buat routine medical check-up nie. Last sekali buat check up masa nak gi haji 2008. InsyaAllah setakat nie tak de apa2 penyakit, tapi kolesterol agak tinggi.



    Tapi risaulah jugakkan, di sykt tempat akak kerja nie ramai dah meninggal belum masuk 50 sebab mcm2 penyakit kronik (darah tinggi, k.manis/kanser/buah pinggang dll).

    T.kasih Pak Itam untuk n3. Akak baru tersedar kena gi buat checkup sebab mmg sykt ada bagi faedah buat check up 2 thn sekali. Sementara masih kerja, baik pergi. Kalau tidak sendirilah rugi...sendiri mau ingat maa.

    BalasPadam
  7. salam CR...

    Alhamdulillah Allah masih kurniakan kesihatan yang baik untuk kita bekerja dan beribadah kepadaNya...jangan kita sia-siakannya pula.

    Menjaga kesihatan adalah suatu pekara yang dituntut..marilah sama2kita jaga kesihatan kita....sebaiknya..kalau dah sampai masa..yang sihat pun dijemput juga....jgan kita alpa dari mengingatiNya

    BalasPadam
  8. Salam Rezeki,
    Penyakit ni lah yang bila dah start makan ubat...selamanya kena makan ubat, bila dah dapat, memang susah nak baik....

    Semoga sentiasa sihat dan terus dapat menyumbang khidmat.

    BalasPadam
  9. salam rezeki,

    pertama kali n3 nie..salam ziarah jua salm ukhuwah.
    selamat mengamalkan kehidupan yg sihat dan jgn lupa makn ubt sentiasa..
    jgn pecut laju2 nanti stress..
    cool but steady...

    adalah ubt ni juga dikenali dgn nama enalapril ? ( lebih kurang ler ejaan mcm nie tpi sebutan gitulaa)

    BalasPadam
  10. salam CR,

    kita sentiasa menzalimi diri kita.

    berubat sebagai ikhtiar itu wajib.
    berdoa adalah sunannah Nabi SAW.
    redha dengan sakit juga wajib.

    HPT adalah penyakit dari Al Maidah.
    namun ada juga dari keadaan semula jadi dalam badan.

    untuk merawat Al Maidah kenalah selalu berpuasa dan Allah telah mengingatkan dalam Al Quran.

    kak S mengingatkan diri kak S agar berpuasa sunat selalu.
    tapi kita hanya manusia biasa. buatlah sekadar yg termampu.

    kak S sarankan juga CR amalkan makan tablet hempedu bumi.
    untuk meneutralkan darah

    makanan kita lebih asidic.
    untuk membuang minyak yg kita makan cubalah makan Orlistat, tapi minta nasihat doktor dulu.

    CR boleh google Orlistat untuk lebih memahami.

    tapi CR lebih bijak dari kak S. kak S ni tak pandai sangat. sekadar menginatkan kak S juga.

    maaf jika terlebih sudu dari bubur plak.

    BalasPadam
  11. salam az

    insyallah semua penyakit ada buatnya kecuali mati saja

    BalasPadam
  12. salam catz

    betul tu catz tapi pak itam baru sweet 17 ngeh ngeh

    BalasPadam
  13. salam abg sulong

    biasalah bila umur semakin meningkat, alhamdulillah dgn segala kenikmatan allah pada kita

    BalasPadam
  14. salam CP

    pak itam tak menembak, pak itam menyumpit je ngeh ngeh

    BalasPadam
  15. salam syima

    mmg kos perubatan sekarang semakin meningkat

    semoga Allah sentiasa memelihara kita dari penyakit

    BalasPadam
  16. salam kak ina

    alhamdulillah, mak itam sihat

    pegilah buat medical checkup tu, sayang tak gunakan kemudahan yg diberikan secara percuma oleh sykt

    BalasPadam
  17. salam syami

    alhamdulillah dengan nikmat kesihatan dan umur yg diberikan oleh Allah

    BalasPadam
  18. salam datin

    makan ubat jaga pemakanan dan berdoa , insyallah

    BalasPadam
  19. salam ainhany

    alhamdulillah

    mmg ubat ni jenis enalapril, kesannya satu je asyik batuk

    pak itam tak pecut, just tekan minyak spi habis je ngeh ngeh

    BalasPadam
  20. salam kak S

    alhamdulillah dan terima kasih akan nasihat kak tu

    insyallah

    BalasPadam