WARGA SCP

Rabu, Ogos 10, 2011

ISTANBUL : MENYUSURI SELAT BOSPHORUS part 5



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Malangnya, kapal-kapal tentera islam tidak berjaya memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk yang merentangi selat antara bahagian tebing asia dan bahagian tebing eropah. Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras untuk menghalang kemaraan tentera Othmaniyyah daripada mendekati pintu-pintu masuk kota . Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut. Bunyi meriam itu pula telah menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada penduduk Costantinople sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan.



Pada 18 April 1453M, pasukan tentera Othmaniyyah telah berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah Lycos yang terletak di sebelah barat kota. Tentera Byzantine telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari serangan itu. Pertempuran sengit berlaku bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat. Pada hari yang sama juga, beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah cuba merempuh rantai besi di Tanjung Emas (Golden Horn).



Tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan Eropah telah berjaya menangkis serangan itu menyebabkan beberapa buah kapal Othmaniyyah telah musnah lantas yang lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing untuk mengelakkan kemusnahan yang terus berlaku.
Dua hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi serangan laut antara kedua belah pihak. Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai. Beliau telah menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang.

Katanya,

"sama ada kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup"
Ketika itu juga, Sultan Muhammad Al-Fatih menunggang kudanya sehingga ke pinggir laut sambil menjerit dengan sekuat hati nama panglima perangnya yang mengetuai misi berkenaan, Palta Oglu, untuk memberikan semangat.










mengerace

salah sebuah jambatan utama

puncak Camlica dari jauh

sibuk dgn bot2 pelancong

8 ulasan:

  1. aik, kekadang bendera turki tu macam bendera johor pulak.

    BalasPadam
  2. pemandangan yang cantik2 dan err.. tak yah bukak buku sejarah dah ni pak itam..
    selamat berpuasa.

    BalasPadam
  3. CR,

    Saya suka dengan semua foto2, semangat saya terus membara untuk berusaha ke sini satu hari nanti...menjejaki CR....

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaOgos 10, 2011

    salam ramadhan...

    biru air laut itu... subhanallah ~

    BalasPadam
  5. AZ

    betul tu , tapi bulan bintang tu kat bendera kita dalam kotak kecik je

    BalasPadam
  6. kak pah

    seronok menghayati sejarah zaman kegemilangan islam di sana

    saya ni suka mengkaji sejarah ketamadunan hehe

    BalasPadam
  7. rosli

    insyallah, doa saya agar hajat tuan tercapai , kira dah boleh rancang tu

    BalasPadam
  8. salam ramadhan buat manje juga

    air dia kekadang biru kehijauan, menandakan lautan tu tak tercemar dan kehidupann organisma dalam laut tu subur

    BalasPadam