WARGA SCP

Isnin, Ogos 01, 2011

ISTANBUL : PI SINGGAH TEMPAT YANG TAKDE DALAM ATURCARA

rasanya 6 line dah kenderaan ni

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN
BUAT RAKAN2 SEMUA
SEMOGA KITA MEMPERTINGKATKAN AMALAN IBADAT KITA
DAN MERAIH SEBANYAK2 PAHALA DI BULAN YG MULIA INI


Kami tinggalkan Grand Bazaar setelah hampir 3 jam juga di sana. 3 jam tak habis pusing pasal tempat tu besar sangat.

Kerana musim panas yang siang nya panjang , maka tourist guide kami telah mempelawa kami ke sebuah pusat membeli belah yang kalau tak salah aku terletak di Thaksin yang merupakan antara kawasan yang sibuk. Manakan tidak, terpaksa hampir 1 jam juga nak sampai walaupun jaraknya yang dekat. Katanya 'just a small shopping centre" , tapi bila aku tengok "mcm ni dia kata small pasal aku tengok Kanyon ni punya besar , Suria KLCC pun kalah. Maksudnya kalau "big shopping centre" macam mana la gamaknya


Nak masuk kanyon ni mcm nak masuk check in kat airport pulak pasal beg kena scan dan lalu bawah pintu khas yang mengesan sebarang logam. Aiiitttt, ketat sungguh langkah2 keselamatan di sini. Tadi aku lihat kereta2 dan motosikal yang nak masuk parking kat bahagian bawah Kanyon ni pun kena berhenti dan buka bonet belakang dulu. Akhirnya aku dapat jawapan kerana di sini terdapat banyak pejabat2 yang menempatkan syarikat2 multinasional antarabangsa dan mereka takut ia menjadi sasaran penganas , maka tu lah sebabnya mereka mengambil langkah2 keselamatan sedemikian rupa.

Aku anak beranak masuk dan tak ronda semua tempat kerana takde benda nak ku cari , jadi kami just lepak dan minum kat starbucks sambil menikmati gelagat dan panorama di dalamnya.



kecik ke apa hehehe
4 tingkat punya la panjang ada east wing dan west wing

layan capuchino kat sini




pejabat yang menempat syarikat2 antarabangsa
di Kanyon
tengah syok2 nak ambik gambar bangunan ni
sorang pak guard turki sound aku
"no picture"
dia ingat aku pengganas ke hehehe

vespa untuk di sewa



Lepas Kanyon, terus dibawa pula ke Leather Factory Outlets yang takde juga dalam aturcara. Semua barangan berasaskan kulit dari jaket ke beg tangan serta kasut dan entah apalagi . Aku hanya cuci2 mata je pasal jaket kulit aku dok bergantung kat dalam almari kat rumah tu .

Aku lihat barangan kulit di sini semua bermutu tinggi kerana memenuhi pasaran eropah. Kulitnya lembut dan aku rasa depa guna kulit anak lembu .

Balik ke hotel , aku dah berkira2 dengan mak itam yang kami tak nak makan kat hotel dan nak ubah selera . Kat depan hotel ada restoran Mak Jah jual pelbagai kebab . Tapi Allah mendengar niat ku nak ubah selera kerana malam tu menunya di restoran hotel antaranya ialah spaggeti . Tak jadi aku makan kebab gamaknya.




2 ulasan:

  1. Assalamualaikum,Ramadhan Kareem.

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam cikgu pinat

    salam ramadhan buat cikgu sekeluarga juga

    BalasPadam