WARGA SCP

Selasa, Ogos 16, 2011

MADINAH : HERE I COME

dekat dah dengan makam Rasulullah

bahagian tengah Masjid Nabawi

ALHAMDULILLAH

Landing time , aku hanya tersedar apabila terdengar bunyi ting tong dan diminta memakai tali pinggang , nasib baik tali leher dan name tag dia tak suruh pakai pasal aku terus terang cakap mmg tak de tali leher pun hehehe

Ku singkap tingkap nakko kapalterbang dan nampak bumi Madinah berbalam2 kerana ketika ini hampir jam 2.30 pagi . Perjalanan singkat hampir 3 1/2 jam dari Istanbul tidak terasa kerana aku lebih banyak tidur je kerana selepas ini pasti fokus kami beralih arah untuk beribadat dengan sebaik mungkin .



Selamat mendarat dan terus menuruni anaktangga kapalterbang lalu mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditetapkan imam , dapat lagi aku menjejakkan kaki ku yang banyak dosa ini ke bumi penuh keberkatan .

Terus memasuki balai ketibaan dan kelihatan hanya beberapa kaunter imigresen sahaja yang dibuka. Biasalah , ini memang budaya kerja orang arab dan kita terpaksa menerimanya.

Beg2 besar kami yang beroda ditarik satu persatu dan kami agak mudah mengenalinya . Bagi jemaah yang menggunakan beg yang dibekalkan oleh agensi, memang pening kepala pasal begnya sama sahaja warna , bentuk serta coraknya . Tu sebab beg yang diberi oleh agensi pengendali umrah aku tinggalkan di rumah dan aku lebih suka pakai beg kami yang tahan lasak ini .

bahagian barat masjid nabawi

Namun di sini semasa aku sedang menunggu di barisan kaunter imigresen yang panjang, diperlihatkan oleh Allah kepada ku sendiri bagaimana sikap seorang wanita yang rasa ku agak kurang wajar kerana memberikan kata2 nasihat yang pada ku tak sepatutnya pada ahli kumpulannya seolah2 porter2 atau pengangkat barang yang berada di situ semuanya penyangak . Yang pasti aku tak kenal siapa wanita itu kerana dia bukan dari kumpulan kami .

Mungkin kerana dia pernah beberapa kali menjejakkan kaki ke sini dari gaya percakapannya kepada rakan2nya . Sebenarnya ia hampir mencetuskan pertengkaran antara "porter" atau pengangkat barangan di situ dengan beberapa jemaah akibat nasihat yg diberikan olehnya . Biasalah mereka ni gajinya kecil dan selalu mengharapkan sedikit sedekah atau tips dari jemaah sebagai tambahan atau sebagai upah dan kalau tak kasi pun , mereka takdelah sampai nak tumbuk atau lempang kita











Cuba kita buka minda dan pandang sesuatu tu dengan hati nurani kita .

Kita tahan boleh minum segelas capuchino dengan harga berbelas ringgit , kita tahan boleh beli jubah atau tasbih berbondon2 ,kita tahan boleh beli tudung yang jatuh harganya kekadang beratus juga , kita tahan boleh makan ayam KFC berbarrel-barrel , tapi apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan beberapa riyal jika kita sedekahkan kepada "porter2" tu ,

ingat .
besar sungguh pahala bersedekah di bumi Madinah dan juga Makkah .

Kalau kita tak nak rebut pahalanya , sudah
tapi jangan kita sakiti hati insan lain

Kekadang benda2 nampak kecik mcm ni banyak orang kita tak sedar .
Tapi kedua malaikat di atas bahu kiri dan kanan kita tak pernah leka dan lalai mencatatkan segala apa perbuatan baik dan buruk kita .

Ok, tiba dah giliran kami selepas hampir 1/2 jam juga beratur, aku sebagai mahram bagi ketiga2 individu di bawah jagaan ku akan diperiksa akhir sekali . Tiba giliran ku, habis semua jari ku kena letak kat mesin pengimbas biometrik serta muka ku yang handsome ni pun dia tangkap gambarnya , sib baik autograph je dia tak mau hehe
Opsssss rasanya esok pasti muka aku keluar kat Saudi Gezet dgn tajuk besar :
Pak Itam, Ahlan Wa Sahlan

8 ulasan:

  1. CR,

    Saya menunggu bahagian ini, puas sudah di Turki, menunggu part Madinah dan Makkah pulak....apa tips bawak kamera di MN skrg....kalau baca paper baru2 ni di Makkah dah boleh bawak kamera.

    BalasPadam
  2. salam pak itam,

    alhamdulillah...akhirnya kak nab lega sebab pak itam dah sampai Madinah...dok tunggu2 part ini lamaaaaaaaaam :))

    BalasPadam
  3. fuyoo.....syoknya! awat tak habaq kata nak pi....eh ada jumpa penyamunjeddah tak? Lotpi?

    BalasPadam
  4. bro rosli

    part madinah dan makkah ni boleh tahan juga panjangnya , masuk bulan haji nanti baru habis hehehe

    no tips bawa kamera ke MN hehehe

    sekarang lelaki boleh bawak , tapi saya suggest compact camera je bawak masuk, hari tu saya saya sempat shot dgn dslr dalam kawasan masjid, kalau dulu bawak lps pagar pun dah kena halau

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam tok nab

    hehehe

    buka apa petang ni, saya bukak mee sop tulang heheeh
    no rice today hehe

    tu mak itam tgh masak kat dapur bau sampai sini

    tq krn kak nab setia mengikuti perjalanan saya yg tak seberapa ni

    panjang lagi tau kembara ni, mungkin raya nanti break sekejap dan sambung sampai sampai penerbangan pertama musim haji hehehe

    BalasPadam
  6. uncle

    tak sempat jumpa sesiapa kat sana hehehe

    tak nak menyusahkan depa , nanti depa sambut dgn bunga manggar lah hehehehehehehe

    BalasPadam
  7. tahniah,

    anda seorang pencerita yang sangat baik

    BalasPadam
  8. AZ

    terima kasih

    kalau tulis buku pasti dapat royalti ni hehehe

    tapi dr penulisan saya di sini secara percuma tanpa ada bayaran, moga Allah mengurniakan saya royalti di akhirat kelak

    insyallah

    BalasPadam