WARGA SCP

Rabu, Ogos 24, 2011

MADINAH : JABAL UHUD


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH

Antara persinggahan bagi program ziarah luar di kota Madinah ialah Jabal Uhud di mana kita semua sedia makluman akan peristiwa perang Uhud yang berlaku di situ sehingga mengorbankan ramai para pejuang islam kita di tangan tentera kafir tetapi kematian mereka tidak sia2 kerana syurga adalah balasan mereka yang mati syahid seperti janji Allah S.W.T.

Walaupun lebih kurang 10 pagi kami sampai di situ, tapi matahari telah mula terik kerana sekarang adalah permulaan musim panas bagi negara2 arab. Seperti biasa kita dengan tertib menyampaikan salam buat para syuhada yang terkorban dan dikebumikan di tanah perkuburan uhud ini yang mana hanya jasadnya sahaja mati tapi rohnya diangkat dan dimuliakan Allah .

Pernah berlaku banjir besar di sekitar perkuburan ini sehingga banyak perkuburan terbongkar dan yang menakjubkan ialah kelihatan darah2 mengalir keluar sama2 membanjiri seolah2 mereka baru sahaja dikebumikan sedangkan peristiwa tersebut berlaku beribu tahun dahulu. Namun ini semuakan kuasa Allah .




Sekarang terdapat kepingan plastik tebal lutsinar (arcyclic) menutupi dibelakang pagar yang terdapat ti sekeliling perkuburan ini . Ini dilakukan kerana sebenarnya banyak perkara bidaah yg sering berlaku di sini . Ada yang suka mencampakkan keratan2 kertas yg ku rasa doa dan juga ada yg mencampakkan wang ke dalam kawasan perkuburan . Jadi tu yang depa tutup pakai arcyclic tu. Tapi ada juga yang nakal pi buat lubang kecil kat situ. Tu yang aku dok sorong lensa aku kat lubang tu dan ambil gambar bahagian dalam perkuburan tu yang kita sedia maklum takde tanda atau batu nisan di situ.




Kelihatan juga ramai jemaah pagi ni yg tak lepaskan peluang memanjat bukit pemanah yang dulunya semasa perang Uhud menempat sekumpulan pemanah di atas sini . Sebenarnya segala yang berlaku dan terjadi di sini memang telah tertulis dalam perancangan Allah dan hanya Allah sahaja yang tahu sebab dan musababnya dan kita sebagai umat islam perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku di sini .
Bukit yg dikenali sebagai Jabal Rumat atau Jabal Ainain atau Bukit Pemanah kerana disitulah Nabi menempatkan 50 org pemanah diketuai Abdullah bin Jabir yg ditugaskan utk memanah tentera kaum musyrikin . Kemenangan pada mulanya berpihak ditangan tentera Islam. Tetapi akibat engkar akan perintah Nabi supaya tidak berganjak dari situ, mereka telah turun dan mendapatkan harta rampasan dan tentera musyrikin telah menyerang mereka dari belakang yang menyebabkan ramai para sahabat terkorban dan Nabi S.A.W sendiri patah rahangnya. Antara pengajaran yang boleh diambil dari kekalahan tentera Islam itu ialah, jika kita inginkan kesejahteraan dan keselamatan di dunia dan akhirat, kita mestilah mentaati peritah ALLAH dan sunnah Rasulullah.

Kelihatan juga peniaga2 di sini yang menjual pelbagai barangan dan akar2 kayu pun aku lihat banyak di jual di sini.

Alhamdulillah, walaupun ini bukan kunjungan ku kali pertama di sini, namun aku tak pernah rasa jemu kerana yang pasti kunjungan di sini penuh dengan kerahmatan dan keberkatan Allah .






mutawif kami dok pegang bendera


para peniaga






sekumpulan jemaah berdoa dari jauh



6 ulasan:

  1. salam ziarah,

    alhamdulillah, seolah-olah baru balik melawat Madinah bila melihat n3 mu ini

    BalasPadam
  2. salam pak itam,

    syukran. ziarah pagi2 ni..:))

    BalasPadam
  3. CR,

    Gambar dah lengkap dan jelas. Kekadang terbayang2 camana pemanah2 tu dulu boleh tamakkan harta dan ingkar arahan Rasulullah s.a.w.

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam az

    kenangan di sana akan sentiasa segar dalam ingatan

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam tok nab

    cucu tok apa khabar hehehe

    bagaimana persiapan raya tahun ni

    BalasPadam
  6. en rosli

    itulah perancangan Allah yang kita tak tahu dan tentunya ia bersebab dan perlu kita ambil iktibar dan pengajarannya

    antara iktibarnya jika dulu para sahabat nabi pun boleh leka dan alpa akan perintah Rasulullah, inikan kita pula

    namun yang pasti semuanya yang terkorban ketika itu dalam keadaan syahid dan diangkat ke syurga

    BalasPadam