WARGA SCP

Sabtu, Ogos 27, 2011

MADINAH : KE LADANG KURMA KITA DI SUMUR USMAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah,

Tadi bas kami hanya mampir sahaja di Masjid Qiblatain serta medan perang khandaq sebelum perjalanan diteruskan ke ladang kurma . Cuaca dah mula panas dan terik kerana bulan ni adalah permulaan musim panas di sini.

Kalau nak ikut aturcara takde sebenarnya ke ladang kurma , tapi depa dah bawak kita ikut jelah.

Kalau sesiapa tak pernah lihat pokok kurma, ianya seakan pokok kelapa sawit juga . Tapi pokok kelapa sawit yang dah tua lah dan daunnya seakan2 sama juga. Rasanya depa ni kira satu keturunan .

halal, halal, halal

Tapi kerana buah kurma masa putik lagi dan belum masak , jadi tengok jelah dari jauh . Diladang kurma ni yang terletak di sumur usman memang merupakan salah sebuah kawasan penanaman kurma yang sangat terkenal dengan hasil2 kurmanya yang bermutu tinggi. Rasanya tanah kat sini sesuai sangat dengan pokok kurma. Sama juga kita kalau tanam pokok buah kat belakang rumah, kalau tak tak sesuai , tak menjadilah pokok tu.
Sumur Ar-Rumah atau Sumur Usman merupakan punca air atau sumber air Madinah yang dibeli oleh saidina Usman dengan harga sangat mahal ketika itu sebagai wakaf untuk kaum muslimin ketika itu sebagai menyahut seruan dan saranan Rasulullah ketika itu yang mana pahala dan syurga sebagai balasannya . Ladang kurma ini terletak di dalam kawasan sumur Usman ini.

Ketika ini, kelihatan ramai pengunjung di pasaraya kurma di ladang ni yang menempatkan pelbagai jualan hasilan kurma . Tapi harga yang ditawarkan di sini agak tinggi berbanding harga di pasar kurma Madinah kerana di sana banyak persaingannya sedangkan di sini kira monopoli.

Setelah puas membelek2 , akhirnya aku beli 2 botol air mineral sejuk je kerana terasa tekak sangat haus dan nanti kurmanya aku akan beli di pasar kurma madinah yang kami akan kunjungi sebentar lagi.

ni dia towkeynya

mutawif rasanya ni dari bangsa indonisia




buah kurma belum masak lagi



lebat sungguh


4 ulasan:

  1. CR,

    Terus terang saya cakap, bab pokok kurma ni saya sangat teruja...terliur wpun kurma muda..saya sgt suka.... skrg sedang nego dengan sorang kawan yg dah dapat PR Arab Saudi, mintak dia 'belikan' saya dua batang pokok kurma di sana...tp biar di Madinah..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    kenyang saya kat ladang ni...
    makan macam2 kurma ...he he

    ‘TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)

    Wassalam

    BalasPadam
  3. rosli

    tu kira kurma wakaf ke atau nak bawak balik sini

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam atuk

    halal, halal hehehehehe

    BalasPadam