WARGA SCP

Jumaat, Ogos 26, 2011

MADINAH : LAGI FOTO2 BUAT TATAPAN SEMUA

payung kuncup

Cuaca di kota Madinah sekarang telah beransur2 panas . Terasa hangatnya sesekali angin bertiup menyapa muka. Namun panas dunia tentu tak sepanas di akhirat kelak . Jarak hotel penginapan kami Dallah Taibah ke dataran Masjid Nabawi memudahkan pergerakkan kami . Tadi aku ke supermarket kecil di hadapan hotel . Tentu jus manggo menjadi perhatian ku.

Dia punya pekat , Allah sahaja yang tahu walaupun harganya sekarang dah naik sedikit dari dulu. 2 botol besar ku bawa balik untuk disejukkan ke dalam peti sejuk di penginapan.

Mini Market tu semua ada , kira lengkaplah hingga sabun serbuk pun ada serta pelbagai keperluan harian. Yang pasti getah sekerap memang takde.

Setiap hari ku lihat, peti sejuknya sentiasa diisi dengan pelbagai jenis minuman . Pastinya perniagaannya sungguh bagus.

Disebelahnya pula terdapat deretan kedai makan antaranya kedai menjual kebab . Tapi aku dah tak boleh tengok kebab dahhhh hehehe
kanak2 penjual al quran wakaf menawarkan diri utk dipotretkan

aku suka menara sebalik payung ni

kuncup dan berkembang

kubah dalam "rule of third" dalam dunia photograpi

Setelah beberapa hari makan kebab di Turkeye, kini selera makan ku berubah dengan hidangan lauk pauk di restoran hotel . Rasanya kalau begini, mau berat badan ku bertambah.

Takpelah, sesekali . Rutin sepanjang beberapa hari di Madinah seperti biasa . Awal ke masjid Nabawi di waktu subuh, kemudian lepas subuh kalau berada di saf hadapan terus menziarahi makam nabi dan para sahabatnya baru pulang ke hotel penginapan untuk sarapan pagi.

Lepas tu bobok sebentar hingga jam 8-9 pagi sebelum menunggu waktu zohor pula . Sekarang keadaan jemaah tidak begitu ramai di Madinah , namun kalau lambat ke masjid, agak sukar nak masuk. Bukan kerana masjid nabawi penuh, tapi terdapat jemaah yang suka duduk kat bahagian luar dan pintu masuk sedangkan bahagian tengah , timur dan barat Masjid Nabawi lengang sekali.

Tu sebab aku suka pergi awal dan boleh berada di bahagian hadapan .

Keadaan jemaah berbeza antara musim haji dengan musim umrah. Yang pasti musim haji , Masjid Nabawi akan dipenuhi dengan jemaah dan mula lenggang apabila semua jemaah dah berada di tanah suci Makkah menanti hari wukuf.

Aku tinggalkan perkarangan masjid Nabawi setelah hampir sejam juga situ , merakamkan puluhan foto juga buat koleksi ku dari pelbagai sudut dan komposisi.

Inilah antara beberapa foto yang dapat aku kongsikan dengan kalian semua sebelum aku beredar pulang ke penginapan ku.


dalam kawasan masjid nabawi



cuci lantai









8 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Masa akak disana dulu ..payung ni masih sikit jer..sekarang dah penuh yer..

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,

    Cantik payung besar sekitar Masjid Nabawai. Masa kakak last January 2009 balik dari sana banyak belum berpayng lagi. masa tu cuma yg menghadap perkuburan Baqi dah berpayung. Kakak tengok sekarang dah penuh keliling. Cantiknya!!...

    Selamat Hari Raya, kakak mohon maaf ye...

    BalasPadam
  3. SALAM,
    SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN ! PIHAK LF AKAN MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA (JIKA ADA, YG SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA)

    BalasPadam
  4. kak nab

    time kacih hehe

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam kak sidah

    penuh dah kak keliling masjid nabawi

    dulu tahun 2007 , masa tu tiang2 ada baru nak bina, saya ingat dibuat apa tiangnya hehe

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam kak zakie

    mmg cantik bila dibuka atau di tutup

    sama la juga saya kak, mohon ampun maaf jika ada salah silap, selamat hari raya buat akak sekeluarga

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam buat LF

    saya pun begitu juga ,
    selamat hari raya buat tuan sekeluarga

    BalasPadam