WARGA SCP

Isnin, Ogos 22, 2011

MADINAH : MASJID QUBA - INTERIOR


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH

Ini kunjungan ku kali ke 3 ke sini. Kali terakhir tahun 2007 masa musim haji. Jadi masa tu ramai sangat jemaah dan sesak sikit. Seperti yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W berwuduklah dari rumah dan solatlah solat di dalamnya , pahalanya menyamai pahala melakukan satu umrah.

Besarkan pahalanya, jadi jika sesiapa yang berpeluang mengunjunginya , jangan lepaskan peluang ini yang kekadang kita tak tahu , mungkin ini kali terakhir kita mengunjunginya.

Tetapi kekadang bagi individu yang kurang berpengetahuan, ada yang berkata,

"wah , tak payahlah buat umrah, memadai solat di sini kerana dah dapat pahalanya"

Yang diberikan oleh Allah jika bersolat di Masjid Quba hanyalah pahala yang menyamai satu umrah . Umrah yang wajib tetap wajib bagi sesiapa yang belum pernah mengerjakan .



Alhamdulillah, kerana kunjungan kami ke sini di waktu pagi lebih kurang jam 9.00 , maka dapatlah aku tunaikan sekali solat sunat dhuha di sini . Keadaan dalaman Masjid Quba pada pandangan ku telah berubah sekali berbanding dulu. Mungkin telah melakukan banyak proses penambahbaikan bagi menampung kunjungan jemaah yang ramai terutama pada musim haji.

Lepas dah selesai segala urusan ku dengan Allah, aku berundur ke bahagian belakang sekali masjid untuk merakamkan keindahan masjid ini. Lensa ku panjang, jadi aku dapat zoom terus ke hadapan untuk merakamkan detik2 indah di sini dan yang penting tidak menggangu jemaah lain.

Ada sesetengah individu berkata dan berpendapat,

"dah takda kerja lain ke rakamkan gambar dalam masjid"

tapi pada ku tidak menjadi kesalahan selagi aku tidak melanggar hukum agama , tidak menggangu jemaah lain yang sedang beribadat dan jika aku fikirkan kembali apa tujuan aku memahat potret ini, pastinya tujuan untuk berkongsi dengan umat islam yang lain yang tidak berpeluang ke sini dan sebenarnya salah satu tujuannya adalah berdakwah melalui gambar yang boleh menyuntik satu semangat dan rasa kecintaan kepada agama islam . Di samping itu, mungkin boleh menjadi panduan kepada tetamu2 Allah yang lain yang berkunjung ke sini suatu masa nanti.
Sekurang-kurangnya aku dapat juga tempias pahalanya selagi apa yang aku potretkan ini membawa kebaikan kepada umat islam dan juga kepada agama islam.

Kita yang kekadang apabila rindukan suasana Masjidil Haram pun kekadang sering tertunggu siaran tertunda khutbah jumaat dari Makkah atau Solat terawih dari Masjidil Haram yang pastinya dirakamkan menggunakan kamera dan pastinya tujuan siaran itu untuk membangkitkan rasa kerinduan dan kecintaan kita menjejakkan kaki ke sana sebagaimana dianjurkan oleh Islam .
Kalau menyalahi hukum agama, pasti kerajaan arab tak bawa siaran langsung ini ke luar negara untuk ditayangkan.

Aku berkata demikian kerana Allah telah mempertemukan aku dengan seorang individu yang berfikiran " menjadi satu kesalahan baginya mengambil gambar dalam masjid " , apabila kami bukak topik balasan di kota Makkah dah tak secepat mcm dulu2 masa zaman datuk nenek kita , maka terkeluarlah dari mulutnya yang katanya "manakan tidak, salah satu faktornya ramai jemaah suka ambil gambar semasa berada di dalam Masjidil Haram " lalu tetiba dia terperasaan yang aku memang minat ambil gambar lalu terus perbincangan terberhenti begitu je. Aku sikit pun tak kecik hati atau berasa hati kerana menjadi lumrah yang Allah menjadikan sesuatu itu berbeza2 , begitu juga dengan pemikiran dan pendapat .

Agaknya mereka yang berpemikiran sedemikian lebih menerima apabila mengambil foto yang menghairahkan atau tidak menutup aurat dan menjadi kesalahan pula apabila mengambil foto dalam masjid .

Islam itu mudah dan janganlah kita menjadikan islam itu susah dan sempit.
Islam tu mudah tapi jangan ambil mudah tentang Islam.

Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram.

wajib tetap wajib
halal tetap halal
haram tetap haram
makruh tetap mahruh
harus tetap harus









12 ulasan:

  1. salam pak itam,

    kak nab setuju dengan pak itam...ambik gambar dalam masjid bertujuan untuk tatapan mereka yang tak berpeluang ke sana...mudah2an terbuka pintu hati untuk ke sana...ataupun boleh juga mengubat rindu orang macam akak ni!

    BalasPadam
  2. CR,

    TQVM for sharing, saya pun setuju sgt, niat amik foto bukan nak jual beli, kita nak paparkan untuk menafaat orang lain. Teruskan amik foto. Umrah saya 2008 wpun saya amik 200 foto masih terkilan kerana tidak cukup banyak...bila rindu saya mesti tgk foto umrah

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Dah besar Masjid ni laa pak itam,
    masa akak pergi tahun 2008..masih sempit lagi..Alhamdulillah..terima kasih pak itam dengan perkongsian ilmu ini..

    BalasPadam
  4. alhamdulillah kerana telah berpeluang kesana....pada yang sihat, dinasihatkan pilah sana dulu....

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam tok nab

    itulah salah satu impian saya golongan marhaen yg tak seberapanya ini berdakwah atau menyampaikan ikut cara saya melalui penulisan dan foto di SCP

    rindu kak ya, nanti ada rezeki dijemput Allah boleh pi

    BalasPadam
  6. en rosli

    sesuatu ciptaan kalau digunakan utk kebaikan, insyallah kebaikan kita dapat

    sebagai contoh penggunaan internet, kalau mencari maklumat utk kebaikan , itu yang kita dapat.

    kalau gunakan utk keburukan , dosa menanti kita

    tapi kekadang ada manusia yang sengaja tak mahu faham , terus jatuh hukum ikut selera mereka

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam kak nab

    tu yg saya kagum sangat, kini tersergam indah dan luas buat menerima kunjungan jemaah yang semakin bertambah

    dijaga kemas dan bersih sekarang ni

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam uncle

    betul tu sesangat saranan uncle

    insyallah , kita akan jumpa sesuatu yang sangat berharga di sana nanti

    BalasPadam
  9. memang sesuatu yang amat menakjubkan rekaan ilmuwan islam... kami dah pun ke sini tidak lama dulu. Rasa macam nak ke sini lagi.

    BalasPadam
  10. smartradz

    alhamdulillah, sapa pernah menjejakkan kaki ke sini pasti merindui nak ke sana lagi

    BalasPadam
  11. Tanpa NamaApril 05, 2013

    assalamualaikum..terima kasih untuk entri dan gambar2 ni.insyaaAllah saya akn kesana bln 6 nti..entri dan gambar2 yg tuan letak dlm blog ni betul2 dpt membntu saya yg br pertama kali nk pg..at least saya dh dpt sedikit gmbaran serta info ttg ibadat umrah.terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      moga bermanafaat dan membantu dan moga perjalanan tuan/puan dipermudahkan nanti, insyallah

      Padam