WARGA SCP

Sabtu, September 10, 2011

MAKKAH : KE MIQAT DI TANAIM

Masjid di Tanaim tempat miqat yang paling dekat dengan kota Makkah

ALHAMDULILLAH

Sepatutnya pagi ni adalah program ziarah luar , tapi kerana semalam baru sampai dan selesai melakukan umrah dah dekat lepas isyak juga , maka sedikit perubahan dilakukan iaitu pagi ni hanya akan ke miqat Tanaim dan berniat umrah di sana bagi sesiapa yang berhajat melakukan umrah. Aku tak nak lepaskan peluang ni kerana bukan selalu dapat menjejakkan kaki ke sini. Lainlah kalau Makkah ni letaknya dekat rumah aku, boleh selalu mai sini .

Aku tanya isteri ku larat tak dan ia menggangguk tanda larat. Ibu mertua ku yang mangalami masalah injap jantung tu kami tak kasi buat umrah kerana tentu ia masih keletihan .Suruh dia rehat dulu kerana esok nanti bila ke Jaaranah, boleh buat umrah lagi. Jadi hanya kami yang pergi dengan beberapa jemaah lain juga dan juga jemaah dari kumpulan2 lain dalam sebuah bas .



Perjalanan ke Tanaim mengambil masa dalam 30-45 minit juga pagi tu. Sebelum tu di hotel seperti biasa kami dah mandi sunat ihram dan buat apa2 yang disunatkan .

Sekarang umrah dah menjadi trend dalam masyarakat kita , tetapi pada ku trend yang bagus ni perlulah diikuti dengan melaksanakan segala tuntutan umrah dengan sebaik-baiknya mengikut tertibnya tanpa meninggalkan perkara2 sunat disebaliknya. Maksud ku perkara rukun dan wajib pasti tak boleh tinggal dan disulami dengan yang sunat.

Sebenarnya tiadalah langsung terniat , aku nak malukan sesiapa pun atau aku nak kata aku ni bijak pandai dalam bab hukum umrah ni, tapi aku kisahkan disini agar yang pertama peringatan buat diri ku dan isteri ku serta anak2 ku dan anggota keluarga ku serta para pembaca budiman mengambil iktibar dan pengajarannya darinya .Peluang kita ke sini dijemput menjadi tetamu Allah bukan selalu dan senang. Jadi bila dah dibagi peluang oleh Allah S.W.T, kita cuba buat sehabis baik.
Sebenarnya banyak juga perkara yang disunatkan sebelum memakai ihram yang jemaah kita tak buat , antaranya memakai wangi-wangian sebelum mengenakan ihram dan cukur dan buanglah bulu2 seperti bulu ketiak, ni tidak...

Bila kita istilam je semasa tawaf di penjuru hajarul aswad, angkat tangan, berserabut panjang mengurai bulu ketiak .

Perbandingan yang aku buat simple je, cuba kalau kita nak keluar pi keja , bukan main lagi kita bersiap , berwangi-wangian dan sebagainya agar nampak kemas di mata orang, ni kita nak mengadap Allah dalam keadaan "serabai" je
tu sebab perkara2 yang disunatkan sebelum memakai ihram perlu kita titikberatkan kerana kita nak meraih sebanyak2 pahala yang boleh .Kajilah hikmah dan apa yang tersirat disebalik perkara2 yang yang disunatkan tu . Barulah kita dapat merasai hikmat dan erti nikmat melakukan umrah tu yang sebenar-benarnya.

Teringat satu peristiwa yang pernah aku terbaca di mana jemaah wanita yang ambil sambil lewa dan pakai stokin nipis telah diarah oleh mutawif naik ke atas dan pakai 2 helai stokin kerana salah satu satu syarat sah tawaf ialah dalam keadaan menutup aurat .

Sebenarnya aku dan isteri ku serba salah nak tegur , sebelum tu pernah isteri ku meminta salah seoarang dari jemaah wanita dalam kumpulan kami meminta agar menjaga dan memasukkan rambutnya yang terkeluar tapi salah seorang jemaah wanita lain pula menyampuk,

"ahhh , takpe , sikit je tu, jangan fikir2 sangat "

sedangkan ketika itu semua dalam keadaan berihram lagi.

Lepas tu terus isteri ku diamkan aje , dah lepas tanggungjawab sesama islam.
Nanti lebih2 pula , orang kata nak tunjuk pandai .
Lepas sahaja peristiwa tu , orang tanya aku kemusykilan , baru aku jawab .
Kalau tak tanya , lebih baik aku mendiamkan diri sahaja kerana golongan sebegitu punya sifat ego dalam diri dan tidak suka ditegur walaupun demi kebaikan .

Aku bukan ada tauliah tapi alhamdulillah aku punya pengalaman dan sedikit ilmu .

Aku bukan mutawwif tapi aku tahu hukum hakam serba sedikit




Kerana kekurangan ilmu dan malu bertanya , kerap kali kita dengar di kalangan jemaah wanita yang bertolak dari Madinah apabila tiba di Miqat Bir Ali langsung tak berniat melakukan umrah sedangkan ia dalam perjalanan ke Makkah buat kali pertama.

Alasannya dia dalam keadaan haid sedangkan dalam keadaan haid sekalipun, wanita boleh memakai ihram dan berniat umrah. Cuma ia tak boleh tawaf selagi dia belum bersih dan mandi hadas besar kerana haram bagi wanita yang dalam keadaan haid memasuki ke dalam masjid dan salah satu syarat sah tawaf ialah dalam keadaan berwuduk.

Dan ada pula wanita yang kedatangan haid pula yang masuk dalam masjid nabawi kerana nak lakukan ziarah wada ke makam rasulullah sedangkan takkan dia lupa perkara paling asas sekali bagi wanita yang kedatangan haid ialah tidak dibenarkan memasuki ke dalam masjid dan hukumnya haram.

Tu kira serupalah dengan majlis akad nikah yang dilangsungkan di masjid dengan ada antara mereka yang datang haid dengan rasa selamba memasuki ke dalam masjid akibat ceteknya ilmu agama mereka.

alhamdulillah
10.25 pagi dah selesai umrah kami
dan balik ke bilik rehat sekejap sebelum zohor

Seperti yang aku katakan, tak tahu kita belajar .
Aku pun dulu kurang ilmu dalam
bab2 ini, tapi aku belajar dan aku tak kisah kalau orang nak tegur aku demi kebaikan ku juga. Kita sebenarnya kena buang jauh2 ego dalam diri kita .


Tapi ada sesetengah orang dia tak boleh terima teguran , itulah masalahnya kerana nanti bila ditegur, masam nanti mukanya sedangkan teguran tu demi kebaikkan dan nak betulkan mana yang silap dan kurang

Jangan orang pegi umrah, kita pun nak pergi kerana mengikut trend .
Nanti nak dapat pahala , sebaliknya dosa yang terpaksa kita tanggung kerana banyak melakukan kesalahan dan pantang larang dalam mengerjakan umrah.

sekali lagi tiada niat ku untuk memalukan sesiapa
sekali lagi aku bukan berniat untuk mengatakan yang aku ni pandai atau memandai
aku juga manusia yang lemah yang tak pernah lepas dari salah silap
aku juga insan yang tidak sempurna

tetapi aku bercerita di sini sekadar iktibar kepada kita semua
renung-renungkan lah

34 ulasan:

  1. Assalam,

    Terima kasih atas pengonsian ilmu umrah.

    semoga menafaat buat semua.

    AJ

    BalasPadam
  2. Salam Rezeki.
    Teringat2 saya kat sana dulu bila baca entry ni...thanks a lot!

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Pak Itam

    saya pernah tegur juga
    tapi saya minta maaf banyak2 terlebih dahulu, mana yg terima teguran, dia ucap tq banyak2, mana yg tak terima tu, lain kali tak berani nak tegur dia

    Wassalam

    BalasPadam
  4. salam dari Makkah...


    alhamdulilah...moga mendapt umrah yang mabrur....


    waslam

    BalasPadam
  5. Salam pak itam

    Terima kasih atas perkongsian pengalaman.

    Bab menegur orang..heheh kalau diterima baik tak pa..kalau tidak kadang2 mengkelan balik heheh cabaran berdakwah tu kan...yg baik tetap kena laksana...yg tak baik kena sama2 bendung.

    BalasPadam
  6. Salam Syeikh;

    saya setuju sangat bab2 penjagaan kebersihan fizikal ni. Ramai Muslims (lelaki khususnya) tak ambil berat bab2 "rambut" di badan ni, kadang2 tu yg pangkat ayah pun masih jahil & pemalas lagi. Tempat SYAITAN bergayut tu, free2 je bagi Syaitan tempat tinggal.

    Wassalam

    Dr. HaiRuL

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam AJ

    demi kebaikkan kita semua

    alhamdulillah

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam uncle

    tempat jatuh lagi dikenang hehehe

    inikan pula tanah barakah

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam atok

    tu yang kekadang kita jadi serba salah dibuatnya

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam cl

    moga segala amalan kita diterima Allah

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam shami

    kekadang takut sebenarnya teguran kita disalah ertikan

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam dr hairul

    alhamdulillah

    moga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayat kepada kita semua

    BalasPadam
  13. tok mama nab

    hehehe

    kita ni termasuk saya sendiri manusia yg lemah yg tak lepas dari salah dan silap

    BalasPadam
  14. terimakasih infonya, oiya jangan lupa cek paket umroh 2017 lengkap di website Travel Umroh Terbaik ya. Terimakasih

    BalasPadam