Zaman kanak2 tentu indah sekali jika dikenang-kenang . Dulu aku bersekolah di SK Larkin 1, JB dari darjah 1 - 6 . Pergi sekolah naik bas yg di"charted" berbekalkan duit saku 20 sen . Masa tu kalau tak salah aku sebelah petang. Dulu2 , tahap 1 darjah 1,2,3 kami pakai seluar pendek biru dengan baju putih je ,dah darjah 4,5,6 baru pakai seluar panjang , tak macam sekarang.
Matapelajaran dulu juga agak berbeza dari sekarang. Kalau dulu ada belajar sejarah dan alam dan manusia, tapi sekarang dah takde rasanya. semuanya telah di berubah mengikut peredaran zaman
Kalau dulu juga, bawak 20 sen sudah mencukupi sebagai belanja. 10 sen beli mee atau nasi lemak dan 5 sen boleh beli air dan 5 sen lagi boleh beli kuih.
Tapi sekarang seringgit pun aku rasa tak cukup .
Kalau dulu , walau dimarah atau dibantai sekali pun ,hatta dimaki hamun, semua nya akan tersimpan rapi dalam hati sehingga tidak diketahui oleh kedua ibu bapa, kalau tau, pasti bapa ku akan menambahlagi hukuman tersebut.
Tapi sekarang, rasanya guru2 menghadapi dilema , kalau terjentik sikit pun ada yang sampai kes saman menyaman.
Terkenang pula aku semasa di sekolah menengah , aku punya seorang guru sejarah , namanya kalau tak silap aku yahya puasa, tapi kami dah tukar namanya menjadi yahya puaka hahaha
Kenapa ???
Cikgu yahya ni mmg garang teramat sangat serta bengis. Di jarinya tersemat sebentuk cincin suasa dengan batu yg besar. Dia kalau naik angin, akan di pusingkan batu cincin kebahagian bawah lalu menyepak kepala kami , bayangkan lah . Mana tak benjol kepala kami.Tu sebab kami gelar dia yahya puaka kerana bila dia mengamuk, betul2 mcm ada puaka di dalam dirinya.
Setakat maki &*^%$# , **^@!~%^* biasalah bila moodnya tak baik hari tu.
Kemarahannya serta anginnya mmg tidak boleh dijangka. Macam puting beliung ikut moodnya hari tu. Kalau setakat pemadam kayu tu melayang, jangan cakaplah. Kadangkala, dia akan mengamuk tak tentu pasal.
Tapi kami semua tidak pernah berdendam dengannya .
Cuba sekarang, mau rasanya bebudak yg kena tu di gores kereta cikgunya mcm peraduan gores dan menang, selagi tak kena , selagi tu lah digores hehehe
Itulah perbezaan dulu masa aku jadi pak itam junior tentu tak sama macam pak itam junior zaman sekarang.
Tentu rakan2 sekalian punya cerita2 menarik utk dikongsi bersama semasa menjadi "junior" dulu
hahahahah