Ikan Pari atau nama saintifiknya Dasyatis uarnak adalah sejenis ikan yang sedap dimakan dan terdapat diseluruh dunia. Melihat ikan ni dalam air yang bergerak dengan lemah gemalai sekali menyebabkan aku menyimpan niat suatu hari nanti , aku akan ke Menado untuk menyelam bersama2 bung nazir utk meneroka alam lautan pula melihat keindahan alamnya yang dicipta oleh Allah s.w.t yang tiada tolok bandingnya.
pari kat akuarium under water world singapore
Ikan Pari adalah bersaudara dengan ikan jerung. Tetapi tidak seperti ikan jerung, yang merupakan pemangsa yang menggerunkan dengan rahang yang berkuasa, ikan pari jarang sekali mengancam manusia dan mulutnya yang kecil bukanlah ancaman sama sekali.
Berhampiran pangkal ekor ikan pari terdapat taji sekitar 8 inci yang diselitupi dengan bahan yang sama yang membentuk sisik yu, yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa.
Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan,
Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk mempertahankan diri," mengikut Nancy Passarelli dan Andrew Piercy bagi Florida Muzium Sejarah Semulajadi. "Walaupun ditikam oleh ekor ikan pari amat menyakitkan, ia adalah jarang menjadi ancaman kepada nyawa manusia."
Terdapat kira-kira 200 spesies ikan pari. Ia terdapat di kedua-duanya air tawar dan di lautan. Kebanyakannya tidak mempunyai keupayaan untuk menyengat. Antara spesis yang terkenal :
1. ikan pari lang
2. ikan pari ekor lembu
3. ikan pari tapir
4. ikan pari hantu
5. ikan pari sarban
6. ikan pari kebas
7. ikan pari nyonya
8. ikan pari benting
9. ikan pari pasir
10 ikan pari harimau
Alhamdulillah
Allah berfirman dalam Al-Quran
surat An Nahl ayat 14. Ayat tersebut berbunyi:
"Dan Dialah Allah yang menundukkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar, dan kamu mengeluarkan dari lautan perhiasan yang kami pakai. Kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurniaNya supaya kamu bersyukur"
akhirnya ikan pari ini berakhir di dalam akuarium juga,
tapi akuarium periuk mak itam di dapur
dari akuarium periuk, lalu ia melompat pula ke dalam pinggan pak itam
jangan terperanjat, tengok pak itam punya nasi dalam pinggan tu kerana pak itam makan nasi sehari sekali je
hehehe
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamMoga Allah sampaikan hajat Pak Itam untuk menyelam tu
Wassalam
salam Pak Itam
BalasPadamkalau ada pertandingan memasak asam pedas, tentu Mak Itam Juara
sampaikan salam pd Mak Itam
Wassalam
salam
BalasPadamya allah notii yer...sian abg jamil kat mekah tu,terliur dia.tgk asam pedas ikan pari tu,paberett dia tu..
Salam CR,
BalasPadamhulallala, kat sini pun rozali raja pecut.
ekor salah satu pari itulah yang menjadikan raja buaya berhenti jadi orang kan pak itam. AZ lupa pulak nama raja buaya tu. hehheh dah tua, pelupa lah.
Salam CR,
BalasPadamNanti pak itam dive kat sana, jangan lupa bawak balik ikan pari tu no... hehehe
Salam Pak Itam,
BalasPadamYa Allah..ending si pari-pari yg tak tahan tuh..ada plak terselitnya asam pedas..aduhai bisa kecur air liur nie ish3x..
salam rezekii..
BalasPadamnoti aaarrr....bukan Duhai Si Pari Pari...heheheh
waslam
Salam pak itam, telan air lior saya tenguk asam pedas tu...... ni pak itam saje je ke menyakat CL
BalasPadamdemam asam pedas!! semalam pi beli asam pedas ikan pari..tak tahan godaan pak itam nih!
BalasPadamSalam Pak Rezeki..
BalasPadamsedap nampak ikan pari tu...
sini orang tak makan ikan pari.. diorang kata hancing.biasalah dah duduk dekat laut sure nak ikan sedap2 jer hehehe. kalau dapat pon diorang lepaskan balik..
so kalau diving mmg senang nak jumpa si pari2 ni.
err sampai la ni CP tak makan ikan pari2..
BalasPadamx tau naper takleh masuk tekak ni
Salam Pak itam...
BalasPadamHeheh, sedap nampak asam pedas..ikan pari tu feberet saya juga tu...
Kalau yg kecik tu orang utara panggil ikan tuka..bakar atau rebus cicah air asam sedap....heheh
p/s: CP..tu kalau mem dia masak sure makan punyarlah nanti..heheh
Salaam Pak Itam,
BalasPadamKak chiq rasala kan, CL kena bukak buku 3 lima khas untuk Pak Itam sorang jer. Special Edition. Bab variasi asam pedas tu pun mau separuh buku tuu... mana tak nyer, asam pedas ikan pari aje pun dah 10 jenis...(psstt tapi kalau masak asam pedas ikan pari tapir, jangan kasitau kak ngah naa...sensitip... bergenang pulak ayaq mata kak ngah cheq nanti terkenangkan tapir-tapir yang Pak Itam dah juai tu...heheh)
Nanti Pak Itam pi menyelam kat Menado kak chiq nak kirim Manta Ray yang rongak tu sepasang, na? ;]
VpeaceV
salam atuk
BalasPadammoga2 dimakbulkan, last dulu scuba kat tioman , seronok
salam atuk
BalasPadamitulah satu2 mak itam ku, tiada duanya hehehe
salam cm
BalasPadampak itam tak notti, nakal sikit je
salam az
BalasPadamjgn cakap tua, veteran a.k.a org lama hehehe
salam tikah
BalasPadamoreiittttt , pak itam bawak pari tapir balik hehehe
salam syima
BalasPadammasa pak tam nuntut dulu, finishing mesti baik ehhehe
salam cl
BalasPadamsungguh, sumpah , wallah mmg si pari pari hehehe
tu mcm diolog dlm madu 3 je hehe
salam kamato
BalasPadamusik seorg sahabat , kalau menyakat lagi teruk heheheh
salam kak nab
BalasPadamheheheh ni baru racun sikit je hehe
dah kak nab pi cari ikan asam pedas kari hehehe
salam bung nazir
BalasPadamadusssss, bung kata hancing ikan tu hahahaha
dlm duk hancing ikan tu, dah 2-3 ketul juga habis hehehhe
pak itam tahu knp mrk kata hancing , psl pari ni pun dia mcm org juga, suka kencing , tu yg hancing hehehe
salam CP
BalasPadamalamak , CP kita ni rasanya byk pantang hehehe
pak itam sebat je semuanya, kayu dgn batu je letak tepi hehehe
salam shami
BalasPadamnanti kita tgk , kalau cp dah kawin mem dia masak ikan pari tu, dia makn ke tak hehehe
salam kak chik
BalasPadamalamak, buku 3 5 spesil edition hehehe
kak chik, kak ngah dh tak sayang dgn tapir2 dia lagi, kasih dia telah bertukar arah heheheh