WARGA SCP

Selasa, Mac 16, 2010

SINDROM GIGIL

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa lkerenda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Lagu ni dari dulu hingga sekarang masih popular dan membawa maksud yang amat mendalam sekali. Kalau dulu kecik2 , aku cukup suka mendendangkan lagu ni di samping sebuah lagu lagi

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Walaupun suara ku tak sedap, aku hanya menyanyikan lagu ni secara berbisik2 , cukuplah untuk pendengaran teliga ku sahaja.

Tapi sekarang, sindrom gigil ni telah mula merebak ke alam maya secara on line.Penularan sindrom gigil ni lebih hebat dari penularan H1N1 . Sindrom gigil ni tak kira umur, tak kira mak dara atau anak dara, tak kira bapak orang atau si bujang teruna. Sindrom ni sampai bila kala bulan mengambang tatkala N3 baru keluar di PDKM. Untuk mendapat gelaran ratu dan raja trek, bukannya mudah . Tapi kalau ada peluang hehehe

Tu yang sambil dok mengigil, sambil menaip tanpa menyedari apa yang ditaip. Tempohari En. Rosli sebenarnya nak tulis "begini" dah tertulis "berbini" , dah maksudnya lain hehehe
(jangan marah ye en rosli, hanya gurauan)


Kalau tak percaya, tanya abang sulong ,az serta ratu2 trek lain yang pernah jadi raja trek, bagaimana perasaan gigil masa tu

Sebenarnya gelaran ratu dan raja trek ni bukan apa2, sekadar suka2 oleh tuan punya blog dan kita semua . Usik mengusik membawa bahagia kerana PDKM dan macam sebuah keluarga besar . Hubungan silaturahim dan ukhwah dan macam sebuah keluarga yang besar ibarat antara ibu dengan ayah, anak dengan bapak , kakak dengan abang, atuk dengan nenek.

Setiap penyakit ada ubat dan penawarnya, dan penyakit gigil ni ada ubatnya, selalu2 lah dapat jadi ratu atau raja trek , hilanglah nanti penyakit gigil ni

Cerita pasal "typing error" ni, pak itam juga pernah sekali tersalah , sebenarnya nak tulis "semoga ayahanda sembuh sepenuhnya" . Tapi bila komen dah masuk rupa2nya , "semoga ayahanda semput sepenuhnya" , maksudnya dah tersangat lari jauhnya . Nasib baik ayahanda tak marah hehehe

sampai sekarang bila pak itam kenang2 , pak itam hanya tersenyum je

hadiah cepu mas untuk raja/ ratu trek PDKM
akan datang

jom durian 101
hehehe

22 ulasan:

  1. salam rezeki,
    waaaa..duriannnn..kuning pulak tuh..
    terus teringin.
    mana nak carik ni..

    BalasPadam
  2. salam rezeki.,..

    aduhh tergelak sakan cl nih..heheheh

    ye lah pernah kena tegur sebab cl salah taip...alahamdulila patut nyer alhamdulilah tapi bukan gigil cuma kena cepat jawap semua komen.

    maaf pak itam ..cl takleh bagi durian sebab takleh bau..busukkkkkkkk...nanti pengsan lah..heheh


    waslam

    BalasPadam
  3. salam rezeki,

    lar ingat ke penularan demam denggi dok mnggigil tu...Dok standby nak pi melawat dah nie...hihi.Upernya ade org dah masuk final..teruskan pecutan..:))

    pastu ada pic plak PDKM!! ingt ke kuih arab lagi ....Upernya duyan...mmmm tang ni tak tau hubungkaitnya..mungkinkah duyan dah berbuah???

    cuma kalau dah pecut laju2 tu amikla rehat degn santai bawah pohon durian..manalah tau masa tu boleh la kasi peluang utk pelari nie.. tahniaaaahh

    BalasPadam
  4. salam pak itam,

    Ya Allah! kak nab dok menggigil tgk durian D101 tu...hehehe

    extraordinary betul pak itam punyer idea..sgt kreatif! kak nab bagi A+ :D

    BalasPadam
  5. saya tak pernah nak dapat johan...asyik corot aje....takut gak sindrom gigil ni...kang jadi demam kekura pulak dah....cuba tetap cuba...mana tau kot nak bagi hadiah ratu corot

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Pak Itam

    Adakah agak nya ubat jangan jadi gigil

    mukin makan durian tak gigil kut
    he he he

    BalasPadam
  7. err 2 lagu nasyid evergreen, tak lekang dek panasa, tak lapuk dek hujan..

    durian? sedapppp tu

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,

    Tengok durian kuning, teringin la pulakkk... tapi tak laratlah nanti sendawa semuanyer jadi rasa durian. hehehe...

    Sindrom gigil sebab takut tak terlepas jadi ratu/raja trek... hehehe

    BalasPadam
  9. Salam Rezeki,

    Gelak bila baca tulisan you, perkataan berbini tu buat saya senyum memanjang ni..

    Sedap durian tu, saya memang 'hantu' durian, tp sbb kolesterol dan darah tinggi asyik naik jer...kena kawal sikit.

    BalasPadam
  10. Salam,

    Hih..Pak Itam ni..kalau dia buat cerita, baru baca sikit je dah terketar-ketar kita gelak. Ada-ada saja cerita dia..

    Betul jugak pak itam, masa masuk N3 baru memang banyak orang gigil.. masing-masing berebut nak jadi juara.. Tulah pasal nak berebut,sampai salah eja..jadi lain maksud.. Mana tak tergelak kawan baca, kena lagi yang pengeli hati..

    BalasPadam
  11. Salam CR,

    hhaha, pak itam mengingatkan az pasal typing error yang paling dahsat. heheheh besar betul rasa **malu** . nasib baik umi datang peringat

    BalasPadam
  12. salam catz

    hehehe tu D101 Lenga mari
    beli masa on the way balik HC kat tepi jalan , suruh dia kopek dan packing baik2 , kalau tak habis 1 kereta berbau

    BalasPadam
  13. salam cl

    tulah pasal , nak cepat , sekali taip dan enter lain jadinya hehehe

    laaa, cl tak suka durian hehe
    pak itam hantu durian ni, busuk pun busuk la hehe

    BalasPadam
  14. salam ain

    ain nanti pecut laju2 sikit kat PDKM ya, boleh dpt jadi ratu trek hehe

    BalasPadam
  15. salam kak nab

    org lain duk gigil kat PDKM, kak nab dok gigil tgk D101 heheh
    ni mesti kak nab pun suka mkn durian hehe

    pak itam ni kak nab kdg kala buat n3 ikut idea yg tetiba muncul je hehe

    BalasPadam
  16. salam SAK

    kalau kena demam kekura , tak psl2 nanti masuk balik hospital hehehe

    BalasPadam
  17. salam atuk

    kalau tak nak gigil ,kena makan bang sepangsa dua durian tu hehehe

    BalasPadam
  18. salam CP

    CP pun antu durian juga ya, kat pagoh tgh musim sekrg ni, kat kg CP kat segamat ada buah tak ?

    BalasPadam
  19. salam rosli

    samalah kita, antu durian

    pantang, pantang jumpa hehehe

    makan je, lps tu kita bedal ubat pulak hehehe

    BalasPadam
  20. salam zie

    mmg sedap durian tu D101 , semalam beli 5 biji on the way balik HC, depa kopek dan isi dlm bekas tu , packing bebaik, dpt 5 pek juga

    BalasPadam
  21. salam abg sulong

    kisah salah taip krn nak rebut jadi ratu trek mcm2 ada , ada satu krn nak cepat "seronok" jadi ....
    (tuttt , malu nak tulislah) hehehe

    BalasPadam
  22. salam az

    bila terkenang2 , tu yg tersenyum je sendiri

    tentu jadi kenangan sepanjang umur hehehe

    BalasPadam