WARGA SCP

Sabtu, Mac 27, 2010

HARI BERDUA-DUAAN



Alhamdulillah, hari ni selepas menguruskan sedikit pekerjaan di kilang percetakan di JB utk projek poket file dan beberapa urusan lagi, aku dgn mak itam pun menghabiskan masa kami berdua-duaan .

Jam menunjukkan pukul 11.30 pg.Ingat nak terus lunch di Manhanttan , tapi mereka hanya memulakan perniagaan pukul 12.00 tgh. Alamak, perut dah lapar ni psl kami memang belum sarapan lagi. Akhirnya, kami lepak di Starbucks kena Capuchino dan Ais Blend serta kek dan croissant .



Sambil duk minum2 tulah, kami dah berbincang mengenai tarikh yg sesuai utk kami mengunjungi Baitullah nanti dan melakukan umrah kelak. Dah rasa rindu sebenarnya nak ke sana. Akhirnya tarikh yang kami pilih kalau tak pada hari raya puasa nanti atau selewat2nya pada bulan Mac 2011. semoga Allah perkenankan dan menjemput kami menjadi tetamunya nanti

Lepas tu apa lagi, puaslah kami tawaf dari tingkat 1 hingga 3 Jaya Jusco tu mencari sedikit barangan. Kami menikmati hidangan tgh dalam jam 2 ptg jugadi Manhanttan. Aku memilih Salmon Grilled dan isteri ku Fish & Chips. Alhamdulillah.



air kelapa pandan ni sedap dan manis, beli bawak balik rumah
ni kalau dukun senah nampak , mesti dia marah
habis susuk hilang hehehehehehehehe

16 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    saya turut serta aminkan hajat Pak Itam n Mak Itam

    Wassalam

    BalasPadam
  2. salam pak itam,

    alhamdulillah...kak nab pun nak gi jugak nih..insya Allah!

    BalasPadam
  3. Semoga berbahagia....memang penting sekali-sekala berdua! Jelez ni...

    BalasPadam
  4. Salam CR,

    tadi masa bertelefon dnegan SAK, terpikir juga nak g umrah ni,amacam kita buat rombongan sama-sama.

    BalasPadam
  5. Salam CR,

    Dari pdkm akak jengok kat sini pulak, memang hari cuti hari berduaduan bagi kita yang anak dah besar2 ni, kadang2 sunyi jugak ..akak ziarah atuk kat kelang tadi..dua duan jugak.

    Seronok dgr Cr nak g umrah..insyaallah akan sampai tu jika diizinkan allah..

    BalasPadam
  6. salam from Makkah


    Aminnn...
    Pak Itam dtg lah time raya..
    taklah cl kesaorangn heheh
    leh raya sesama..

    waslam

    BalasPadam
  7. Salam pak itam,
    Saya sudah doakan tuan di 'sana'(walaupun tak diminta). Starbuck pun ada di Mekah dan madinah, cuma tastenya ada sikit lain.

    Kalau nak raya dgn CL, beritahu saya boleh join sekali, insyaALLAH. Ajak Kak Nab dan suami sekali.

    BalasPadam
  8. salam atuk

    alhamdulillah, semoga diperkenan dan dimakbulkan oleh Allah swt

    BalasPadam
  9. salam kak nab

    alhamdulillah, masih dlm perancangan dan insyallah

    BalasPadam
  10. salam uncle

    hehe

    langkawi - kl jap je uncle, terbang je hujung minggu ni hehe

    BalasPadam
  11. salam az

    nanti kita tunggu feedback dr cl berkaitan pakej yg diorganise tu, mana tahu impian jadi kenyataan utk sama2 kita pergi beramai2

    insyallah

    BalasPadam
  12. salam kak sidah

    anak sikit atau ramai, akhirnya tinggal berdua je juga akhirnya kan kak sidah hehe

    insyallah , spilah nanti ke sana tu

    BalasPadam
  13. salam cl

    insyallah, buat umrah sambil nak merasa berhari raya di kota makkah pula , tapi masih dlm perancangan krn hajat hati nak bawa anak2 sekali, kena tgk hari cuti mereka

    kalau jadi , kita sama2 raya kat sana ya hehehe

    BalasPadam
  14. salam dr

    jutaan terima kasih krn kesudian dr mendoakan kami , hanya Allah yg dpt membalasnya

    masih dlm perancangan lagi krn hajat hati nak bawak anak2 sekali, tapi kena tgk cuti sekolah mrk

    insyallah, jika diizinkan Allah

    BalasPadam
  15. salam cr

    Pak itam tak pantang ke?

    Pegi Africa s nanti bawak Mak Itam tak?

    BalasPadam
  16. salam mama ju

    heheh
    takde pantang2 saya ni, pantang jumpa adalah

    insyallah, mana mungkin mak itam yg dikasihi ku tinggalkan bila ke SA nanti hehehe

    anak pun ikut sama

    insyallah

    BalasPadam