WARGA SCP

Sabtu, Mac 20, 2010

KALAU SALAH EJA JADI TORREKS

latarbelakang hijau kuning

latar belakang biru kuning

Alhamdulillah, hari ini aku seharian di JB ditemani isteri dan anak ku kerana menguruskan percetakan beg rasmi ni. Semalam seharian aku mengadap lappy ni utk menyelesaikan dan menyiapkan rekabentuk seperti yang dikehendaki oleh pelanggan ku. Nampak macam mudah , tapi kerja2 ni sangat memerlukan kreativiti dan ketelitian dalam memenuhi kehendak pelanggan. Tu yang semalam agak lambat juga siap rekabentuknya. Manakan tidak, sambil2 tu sempat berblogging, nasib baik aku siap, kalau tidak jadi batu blok aku semalam
hehehe

Namun hasilnya agak lumayan juga kerana apabila dicetakkan nanti dalam kuantiti yang banyak juga . Takpalah, penat sikit takpa, asalkan hasilnya memuaskan.Gambar2 pula perlu di ambil sendiri oleh ku mengikut garis panduan yang diberikan.

Aku sangat mementingkan kepuasan hati pelanggan ku dalam satu-satu kerja yang diamanahkan .Kerja2 pengeditan terpaksa dilakukan berulang kali sehingga mencapai tahap yang diingini dan sedap mata memandang .

Akhirnya 2 rekabentuk tercipta . Sekarang aku akan memilih mana yang sesuai bersama persetujuan mereka sebelum kerja2 percetakan dijalankan .

hasil setelah dicetak di kilang untuk pemilihan terakhir sebelum di cetak

Rasa-rasa kalian, mana yang cantik ???

Pada ku kedua-dua nya nampak cantik , tapi terpulanglah kepada mereka untuk memilih.


kalau dah siap jadilah ia sebegini
ini beg yg aku buat untuk tahun2 terdahulu

Dalam pada tu, aku sempat juga menghantar sehelai jersi pasukan bola sepak Spanyol untuk dicetak nama dan nombor pemain yang diminati.

Puas juga pikir, nak letak nama PAK ITAM dengan dengan no 10, pak itam tak main untuk pasukan Sepanyol,

Pak Itam hanya main guli je kat kampung yang tak pakai jersey dan berlenggeng je hehehe

Akhirnya aku memilih TORRES dengan jersi no 9 untuk ditampal di jersi tersebut. Tapi aku pesan kat staff tu

"Dik buat keja pelan2, janji hasilnya bagus dan memuaskan,"
"Jangan sampai salah eja, karang nak letak TORRES jadi TORREKS "
TORRKES tu orang yang berpenyakit keluar nanah dari telinga"

Alhamdulillah, hasilnya memuaskan hati




23 ulasan:

  1. Tanpa NamaMac 20, 2010

    salam pak itam,

    cam saiz baju hanis aje jersi tuuu... leh bg hanis ;-)

    BalasPadam
  2. Salam,

    Hasil kerja yang memuaskan.

    Pak itam buat design beg tu guna photoshop atau adobe illustrator (software)..

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Cantik hasil kerja pak itam... warna hijau tu namoak cantik...

    BalasPadam
  4. hehehe... tgk, dah salah eja...

    nampak... bukan namoak

    BalasPadam
  5. salam from makkah...

    cl suka yang warna more to hijau..nampak cool sikit...

    hmm baju untuk cl takda kah..?hehheheh

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Pak Itam

    Alhamdulillah bertambah rancak perniagaan

    kalau saya, pilih latar belakang biru kuning

    Wassalam

    BalasPadam
  7. salam hanis

    tu kalau hanis pakai , mau sampai lutut hehehe

    BalasPadam
  8. salam abg sulong

    alhamdulillah

    tu pakai words je hehehe

    pakai AI

    BalasPadam
  9. salam tikah

    pak itam pun berkenan dgn warna hijau tu , lembut warnanya

    BalasPadam
  10. salam tikah

    aiks, tikah pun kena sindrom gigil tu hehehe

    BalasPadam
  11. salam cl

    betullah, hijau nampak lembut je kan

    nanti pak itam pi SA, pak itam belikan utk cl ye, insyallah

    saiz M atau L

    BalasPadam
  12. salam atuk

    alhamdulillah dgn rezeki yg datang dr Allah

    ingat nak buat 2 sekali beg tu ikut colour, namun belum dapat kata putus dari kilang percetakan kerana kalau 2 colour yg berlainan, bermaksud 2 blok dh kena buat, mungkin harganya lain

    BalasPadam
  13. Salaam Pak Itam,

    Pada kak chiq, yang hijau kuning tu nampak cantik tapi yang biru kuning tu lagi 'timbul' gambar & tulisannya. :)

    kalaulah staff tu tersalah eja jadik "TOREH", harus pak itam hadiahkan jersi tu kepada anak menakan pak itam si towkei estet tuh...ehehe

    VpeaceV

    VpeaceV

    BalasPadam
  14. salam kak chik

    akhirnya warna hijau dipilih utk cetakan beg tu krn dah beberapa tahun asyik warna biru je

    toreh heheheh mana kak ngah ku , takkan noreh hujan2 ni

    tu kalau pakai mau sampai lutut heheh
    psl pak itam suka pakai baju yg besar2 , selesa sikit hehehe

    BalasPadam
  15. Salam pak itam, kalau pelanggan suka lain kali di ulang lagi

    BalasPadam
  16. salam kamato

    setakat ni alhamdulillah, byk job diberikan atas kepercayaan ke atas mutu keja kami

    insyallah, cuba melakukan yg terbaik demi pelanggan

    BalasPadam
  17. salam pak itam,

    alhamdulillah..banyak rezeki pak itam..dapat kontrak dari ppd tuh! berkat kesabaran, berkat pak itam bersedekah, berkat beri makan kpd orang,berkat beri makan kpd kucing2,berkat segala kebajikan yg pak itam lakukan, insya Allah rezeki akan bertambah!

    BalasPadam
  18. salam,

    design untuk beg yang hijau tu nampak lebih menyerlah .. itu pilihan akak lah :)


    bestnya dah ada jersey .... way to go Pak Itam Torres !!

    BalasPadam
  19. salam kak nab

    alhamdulillah, syukur yg tidak terhingga kepada Allah, banyak saya bersyukur, sikit pun saya tetap bersyukur

    semoga segala amalan kebajikan kita semua sentiasa diterima oleh Allah dan penuh keberkatan di dunia dan akhirat kelak

    alhamdulillah

    BalasPadam
  20. salam kak ina

    yessss, mmg yg hijau tu menjadi pilihan utk dicetak begnya

    tapi tadi sempat buat sedikit pengubahsuaian dlm bentuk tulisan utk Final Draft sebelum mula dicetak hari isnin ni , alhmdulillah

    kenapalah tak lepas bulan mac terus bulan jun hehehehe

    BalasPadam
  21. Salam Tn Ismet Ulam Raja..

    pergh!! dah lama tak guna nama tu.. nama saudagar besar.. saudagar beg.. emm.. kak ngah minat bangat yang keler ijau tu.. 'Go Green'.. nanti pak itam order lebih skit arr.. bleh bagi kat kak ngah dalam 2/3 kotak.. nak wat letak nasik bungkuih & ayaq kopi.. heh heh

    ala la.. suka pakai baju besaq!!.. wa ha ha.. ye ke?? emmmm.. bukan dah memang besaq ka??.. DESYUMMM.. ampun pakkkkk..

    BalasPadam
  22. salam kak ngah

    hehehe mengutuk ye haha

    saya pun berkenan hak wana hijau tu , tu beg rasmi mereka

    pakai baju bebesar tak rimas heheh menutup dari nampak btk badan heheeh mcm aurat org pompuan juga pak itam ni hahaha

    BalasPadam
  23. Salam...hasil kerja yang menarik.
    pak itam suka main bola juga ye...

    BalasPadam