Rasulullah s.a.w bersabda
"Barang siapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya"
(HR : Muslim)
"Barang siapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya"
(HR : Muslim)
Wuduk yang sempurna disertakan niat yang jelas pasti dirahmati Allah.Insyallah kita akan dapat melakukan solat dgn khusyuk dan diterima Allah. Banyak hikmahnya berwuduk disertakan dgn niat kerana ia sangat berguna didunia dan diakhirat juga
KETIKA BERKUMUR
berniatlah,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"
kenapa
Kerana setiap hari tanpa kita sedari, kita kadangkala bercakap perkara yg tidak berfaedah dan dengan niat sedemikian , kita tidak lagi memperkatakan sesuatu yg tidak membawa kebaikan.
KETIKA MEMBASUH MUKA
berniatlah,
"Ya Allah, putih dan serikanlah wajah ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini"
kenapa
Ahli syurga, wajah mereka berseri2 dan semoga kita tergolong di kalangan mereka
KETIKA MEMBASUH TANGAN KANAN
berniatlah,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kanan ku ini"
kenapa
Ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan, semoga kita tergolong dlm golongan ahli syurga.
KETIKA MEMBASUH TANGAN KIRI
berniatlah,
"Ya Allah, janganlah kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku"
kenapa
Ahli neraka akan diberi hisab melalui tangan kirinya nanti, semoga kita terhindar dari menjadi golongan ahli neraka.
KETIKA MEMBASAHKAN KEPALA DENGAN AIR
berniatlah,
"Ya Allah, lindungilah aku dari panas terik pancaran matahari di Padang Masyar dengan Arasy Mu"
kenapa
Panas di Padang Mahsyar nanti , matahari hanya sejengkal dari atas kepala
KETIKA MEMBASUH TELINGA
berniatlah,
"Ya Allah, ampunilah dosa2 telinga ku ini"
kenapa
Setiap hari kita ada mendengar dan terdengar org mengumpat, mengkeji dan memfitnah dan juga perkataan2 buruk dan tidak elok didengar.
KETIKA MEMBASUH KAKI KANAN
berniatlah,
"Ya Allah, permudahkanlah aku ketika meniti titian Siratul Mustaqim nanti"
kenapa
Kalangan ahli syurga akan menitinya sepantas kilat nanti
KETIKA MEMBASUH KAKI KIRI
berniatlah
"Ya Allah, bawalah aku pergi ke tempat2 yg mulia seperti masjid dan majlis ilmu, bukan ditempat2 maksiat"
kenapa
kerana semua ketentuan qada dan qadar ditentukan oleh Allah jua
Marilah kita sama2 mengamalkannya semasa kita berwuduk,
hanya perlu niatkan sahaja dlm hati semasa kita berwuduk
nanti kita akan dapat rasa kepuasannya semasa berwuduk
kerana pak itam dah merasai nikmat ketika melakukannya
semoga wuduk kita sempurna seperti yg disarankan dan doa2 kita itu nanti dimakbulkan Allah swt .
Insyallah
hanya perlu niatkan sahaja dlm hati semasa kita berwuduk
nanti kita akan dapat rasa kepuasannya semasa berwuduk
kerana pak itam dah merasai nikmat ketika melakukannya
semoga wuduk kita sempurna seperti yg disarankan dan doa2 kita itu nanti dimakbulkan Allah swt .
Insyallah
salam from makkah...
BalasPadamSUBHANAALAH....
MEKASIH SHABAT....
WASLAM
Salam Pak Itam,
BalasPadamTkasih atas perkongsian yg bermanfaat ini..
Semoga wuduk kita sempurna..dan dosa-dosa kita diampunkan Allah..InsyaAllah..AMIN.
Wassalam
Salam pak itam...syukran dgn infor yg diberi. semoga kita dapat amalkan dan kita pesankan pada kawan2 kita yang lain. Bagus ilmu yg kita ketahui kita kongsi bersama.
BalasPadamSalam
salam pak itam
BalasPadaminsyallah cm nk print ,tampal kt surau bilik guru yerr...
mekasihh pak itamm,kongsi lagi apa yg patut dunia dan akhirat yerr itu lah sahabat bermanfaatt,,,
kami semua cayangg pak itamm
psssst napa lakk,tempe tu tak turun2 lagi...tajuk wudukk nii...nanti makan byk terbatal wudukk camnerr...dukun senah ada petua control batal wudukk...
Terima kasih dengan tazkirah ini...sangat-sangat berbesar hati...terima kasih pak itam...
BalasPadamsalam dari hamba yang dhaif
boxhousestudio
Salam CR,
BalasPadamalahmdulillah. Tazkirah yang amat bermakna
salam pak itam,
BalasPadamAlhamdulillah!bagus artikel pak itam ni..tazkirah utk kita semua.
salam CR...
BalasPadamterima kasih ingat mengingati , kadang2 selalu terbabas jer nk cepat konon.
akak cuma ada doa yg dlm bhs arab je , ni nk campur dgn yg bhs kita plak , mdh2an lg berkesan jika iamalkan...
akak cedok doa tu ek.
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamAlhamdulillah
suatu peringatan yg baik
Wassalam
Salam CR...
BalasPadamPeringatan yang baik...mari kita perbaiki cara kita ambik wuduk..biar sempurna sebaiknya...mengikut sunnah rasul kita...
Ratakan wuduk serata2nya kawasan yg disyariatkan biar meresap dalam kulit kita..terutama wajah....hehehe petua awet muda dari ustaz saya...terutama kala waktu tahajuj..insyallah
salam cl
BalasPadamtulah gunanya sahabatkan
alhamdulillah
salam azima
BalasPadamsemoga kita dpt menghayati falsafah berwuduk
insyallah
salam MI
BalasPadamilmu yg bermanafaat harus dikongsi bersama, betul tak
salam cm
BalasPadamalhamdulillah, bersama2 ke arah kebaikan , insyallah
tempe tu lupa turunkankan cm hehehe
salam BHS
BalasPadamalhamdulillah, kita sama2 kongsi sedikit ilmu yg pak itam ada demi kebaikan bersama
salam az
BalasPadamsekadar berkongsi sedikit ilmu yg saya ada
salam kak nab
BalasPadamsekadar berkongsi, alhamdulillah
salam kak ummi
BalasPadamsaya hanya niatkan dlm hati semasa membasuh anggota wuduk tu, terasa lebih nikmat
salam atuk
BalasPadamsekadar perkongsian ilmu saya yg tak seberapa ni, insyallah
salam shami
BalasPadaminsyallah, alhamdulillah
betul tu...cayok..hehehe
BalasPadamsalam wbt,
BalasPadamdah lame saye nak cari doa ni kt intenet.. tok sy pernah ajarkan dulu tp dah lupe sbb x amal.. terima kasih kongsikan bersama.. minta izin sy kongsikan dgn org lain juge :)
jzkk~