WARGA SCP

Selasa, Mac 23, 2010

HUJAN OH HUJAN

suasana lenggang pagi di HC semasa aku menunggu isteriku
membeli keperluan di pasar tani

dah mula kembali segar

orang kata kalau bela pokok ni tempat
pontianak suka, entahlah

Alhamdulillah, cuaca yang panas serta kering akhirnya berakhir dengan izin dan kehendak Allah jua. Hampir berbulan lamanya, hujan tidak turun. Akibatnya banyak juga pokok2 ku di teratak kami di HC mati kelayuan. Ialah, kami hanya berada di situ pada hujung minggu sahaja.

Tapi sejak seminggu lalu, hujan telah mula turun dengan agak lebatnya setiap hari membasahi bumi yang kering kontang.

Syukur kepada Allah.



Pokok2 ku mula kembali segar dan menghijau kembali, nanti ada masa boleh aku trim sikit dan buang rumput2 yang tak diingini

Cerita pasal hujan ni, minggu lepas masa aku dok relax2 sambil menunggu nasi lemak ku yang dibungkus siap , aku terdengar perbualan antara 2 orang pakcik di situ.

Perbualan mereka berkisar tentang hujan yang ada kaitan dengan kenduri kahwin yg tentunya banyak berlangsung pada setiap musim cuti sekolah tiba.

Kata Pakcik Kordi ,

"bila sibuk kemarau panjang , mulalah panggil bomoh minta hujan turun"
"lepas tu dah mula hujan, tak berhenti2 pula , pasal bomoh tu "LUPA TUTUP SUIS" masa minta hujan"

"musim hujan ni kalau orang buat kerja kawin, susah sikitlah, silap2 jemputan tak ramai"
"mulalah lepas tu tuan rumah dok sibuk cari bomoh hujan , tolak hujan pula"
"depa ni dok lupa, kan ini semua kuasa Allah, kalau dah tertulis sejak azali, jemputan ramai yg datang walaupun hari hujan, meraka pasti datang "

Alhamdulillah, pakcik ni sangat memahami konsep qada dan qadar serta ketentuan Allah.

subur jika di siram
layu jika dibiarkan
begitulah juga kiasannya
dengan keimanan kita


Hari ni pula matahari telah mula memancarkan sinarnya. Tengok "kereta kebal" ku dah berdanau kerana hujan dah seminggu.

Apa lagi, rutin ku mencucinya pun bermula sementara menunggu isteri ku yang sedang menyiapkan hidangan tengahari kami,


baru lepas basuh

12 ulasan:

  1. salam CR,

    Pokok2 selepas hujan memang segar.

    BalasPadam
  2. salam from makkah..

    alahai..'kereta kebal' rezeki pun rim tayar cantiklah.boleh cl pinjam tak..?heheheh


    wasalm

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam...

    Hujan rahmat tu...

    BalasPadam
  4. salam CR...
    lepas ni akak pun nk tiru CR gak tayang kete hubby akak yg baru polish masa balik Kedah ,
    tp malu deh , kete tak berjenama . he he he

    BalasPadam
  5. salam pak itam,

    cantik pokok2 tu..minat!

    kete pak itam berkilat..kak nab punyer kete berkulat!

    BalasPadam
  6. salam az

    mmg segar lps tu, hidup balik pokok ku

    alhamdulillah

    BalasPadam
  7. salam cl

    boleh , apa salahnya hehehe

    BalasPadam
  8. salam kak ummi

    keta juga kak , hari ni saya bawak proton lagi yg dh bertampal mcm italian job hehehe

    saya tak pernah htr keta basuh kat tmpt cuci kereta , suka basuh sendiri

    BalasPadam
  9. salam kak nab

    hehehe
    saya ni entahlah, jenis tak suka tgk keta kotor bila nak memandu , rasa mcm tak sedap pula hehehe

    pokok2 tu nak kena tambah tanah lagilah kak nab, kemudian banyak rumput2 liar hidup pula

    BalasPadam
  10. salam tikah

    alhamdulillah, rahmat allah yg turun kepada kita

    BalasPadam
  11. salam..di sini pun susah nak hujan. allhamdullah akhirnya ahad mlm isnin turun hujan dari Allah sedikit dan sebentar.

    BalasPadam
  12. salam MI

    panas atau hujan , semua rahmat Allah pada hambanya


    syukur kita kepadaNYA

    alhamdulillh

    BalasPadam