WARGA SCP

Isnin, Mac 08, 2010

6 PLUNDERES

P Ramlee, satu nama agung dalam dunia perfileman kita suatu masa dulu. Aku dibesarkan dalam zaman kegemilangannya dengan filem2 yang hebat dan terkenal dan yang pasti tidak jemu kita menontonnya sehinggalah sekarang.

Allah swt mengurniakannya bakat semula jadi melalui pengarahan dan lakonannya yang bersahaja yang mencuit hati kita . Masakan kita boleh lupa dengan Tuan Hj Bakhil dan cikgu Murni dalam Nasib Si labu Labi. Pertarungan antara Joe Labi dan Rocky Labu dalam merebut anak Tuan Hj Bakhil si Manisah pasti mencuit hati kita.

Apa yang aku lihat, kebanyakan perkara2 yang berlaku di dalam filemnya sekarang benar2 berlaku dalam senario dan realiti dunia hari ini. Inilah bakat dan anugerah Allah kepadanya melalui filem .

Semalam pula di dalam tv , cerita madu 3 menyebabkan aku tak kering gusi. Melihat gelagat Abang Jamil beserta 3 madunya kak tipah, kak senah dan cik ani hehehe

Bila terlihat abang Jamil, teringat pula pada sahabat ku juga yang jauh di perantauan yang memang meminati setiap filem dan lakonan P Ramlee. Tapi abang jamil tu masih solo dan belum berpunya hehehe
Semoga "abang jamil" tu bertemu jodoh dan sekaligus 3 sekali hehehe
"Baru dunia ini ana yang punya " hehehe

Jangan marah abang Jamil, nanti kesemua hotel abang jamil ayahanda yang punya
hehehe

watak-watak dalam 6 jahanam

P. Ramlee ... Tantari
Noor Azizah ... Masmera & Mastika
Yusof Latiff ... Damburi
Osman Md. Amin ... Paragas
JB Yusoff ... Sujamang
Ahmad Dadida ... Karambit
Kamal Idris ... Katipang
Sharif Baboo ... Mumbala
Ibrahim Sabtu ... Jagindas
Idris Hashim ... Sanggabuana
Minah Hashim ... Isteri Sanggabuana


Pelakon2 Hebat dalam Nasib Si Labu Labi

P. Ramlee ... Labi @ Joe Labi
M. Zain ... Labu @ Rocky Labu
Udo Omar ... Haji Bakhil
Mariani ... Manisah
Ibrahim Pendek ... Haji Ibrahim
S. Shamsuddin ... Pengadil tinju
Murni Sarawak ... Cikgu Murniyati
Habsah Buang ... Guru Besar Habsah
S. Sudarmaji ... Cikgu Sudar
Aziz Satar ... Tok Kadi
Ahmad Nisfu ... Hakim
Dayang Sofia ... Pengadil Ratu Kebaya 1
Ahmad Mahmud ... Pengadil Ratu Kebaya 2
Rosnani Jamil ... Pengadil Ratu Kebaya 3
Omar Rojik ... Pengadil Ratu Kebaya 4
Sarimah ... Pengadil Ratu Kebaya 5
Saloma ... Penyanyi Malam Anekaragam

rasa-rasa dah terjawab persoalan siapakah Hj Bakhil dan Cikgu Murni hehehe

WATAK DALAM MADU TIGA

P. Ramlee ... Jamil
Sarimah... Rohani (isteri ketiga)
Jah Mahadi...Hasnah (isteri kedua)
Zaharah Agus ... Latifah (isteri pertama)
Ahmad Nisfu Haji Latiff

hehehehhe
mana pulak kak tipah dgn kak senah ni hehehe


LAGU NI KHAS BUAT ABG JAMIL YANG JAUH DIPERANTAUAN

Senangnya dalam hati
Kalau beristeri dua
Terasa dunia ini
Ana yang punya

Kepada isteri tua
Ana sayang padanya
Kepada isteri muda
I say - I love you

Isteri tua merajuk
Balik kerumah isteri muda
Kalau dua-dua merajuk
Ana kahwin tiga

Mesti pandai pembohong
Mesti pandai temberang
Tetapi jangan sampai
Hai pecah tembelang

untuk para suami2 , jangan buat mcm dalam lagu ni noooooo

22 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Siapa yg tak kenal P.Ramlee. Walau beribu-ribu kali tengok ceritanya tak pernah jemu malah semakin terhibur. Yg pelik tu budak2 tadika pun minat. Di rumah saya, anak2 beli CD P.Ramlee sebagai koelksi. Berbeza dgn cerita masa kini yg kononnya menggunakan teknologi canggih, tengok 1 x pun dah kira baik.

    BalasPadam
  2. salam Rezeki...


    aduhai..details dia bagi jawapan...Mana si Tipah/senah dan aini nih..?jawap ..jgn tak jawap...!!! abang jamil sini dah expired dahhh...bukan butang baju aku mana pahhhh...heheheheh


    waslam

    BalasPadam
  3. Salam..


    menyambung dialog abang jamil..

    abang ni tak pernah-pernah pakai baju melayu,tiba-tiba pakai baju melayu ni ada apa-apa kah....

    setahu tipah orang yang pakai baju melayu orang tu yg nak kawin,jangan-jangan abang jamil yang nak kawin tak?????

    untuk pengetahuan pak itam Cm hafal dialog2 dan lagu2 pilemm P.Ramlee..

    kita tunggu dialog senah lak...

    BalasPadam
  4. salam kak ina

    mmg tak jemukan walau beribu kali ditonton

    byk sindiran sosial dlm cite2 tu

    BalasPadam
  5. salam cl

    hehehe abg jamil tu kan mcm kelapa , makin tua makin byk santannya hehehe

    BalasPadam
  6. salam cm

    kak senah lum balik noreh lagi hehehe

    BalasPadam
  7. Salaam Pak Itam,

    Kak chiq lebih gemar pelem2 P. Ramlee zaman studio Jalan Ampas...
    pelem2 era Studio Merdeka macam kurrenng skit...

    Apa2 pun, P.Ramlee is the best!

    Al-Fatihah buat arwah seniman sepanjang zaman ini.


    VpeaceV

    BalasPadam
  8. Salam CR...

    Bakat kalau di pertontonkan akan jadi ingatan ramai.....tambahan pulak yang memberi tauladan heheh

    p/s: Mari kita kirimkan doa padanya moga ingatan kita berbaloi dengan teladan yg di tunjukkan....al fatihah

    BalasPadam
  9. salam...:) tak yah ulas lah... cuma tabik spering larr...bnyak gak bahan rujukan tuh...tahniah yer...nak minta jasa baik...sila k blog saya...n beri komen...di alu2kan...TQ

    BalasPadam
  10. Salam Pak Itam,

    Tgk tu pak itam, cm hafal dialog filem tu ,jangan main2, tulah kelebihan seniman agung kita, tak de dua dan tiga.

    BalasPadam
  11. salam Pak itam..

    'alamak! laki aku.. ini gambar suami cik rohani ye.. (saya) cubak saya tengok.. amboi manisnya.. mukanya seakan-akan suami saya.. siapa namanya.. (Jamil).. Jamil??.. nama suami saya Jamot.. heh heh..

    seniman sepanjang zaman.. memiliki pemikiran yang luas.. AL-Fatihah untuk arwah..

    BalasPadam
  12. suka btul blog nieee....

    BalasPadam
  13. Salam CR,

    sungguhla citer P Ramlee di tengok berapa kali ulang pun,masih segar berketawa.

    Semalam az tengok nujum pak belalang, memang gelak sakan betui

    BalasPadam
  14. Tanpa NamaMac 08, 2010

    salam pak itam,

    hanis gelak baca n3 pak itam nie...gelak terbayang cerita madu 3 tu...dulu gelak sbb tengok cite tu...sekarang gelak sbb teringat abg jamil kak mekkah & kak senah & kak tipah tu....hahhaha

    BalasPadam
  15. salam kak chik

    pak itam semua sekali boleh layan cite p lamlee ni

    BalasPadam
  16. salam shami

    al fatihah buat arwah seniman agung kita

    bakat semulajadi yg dikurniakan kpd Allah kpdnya

    BalasPadam
  17. salam kak ana

    nti saya jenguk umah kak ana

    BalasPadam
  18. salam kak sidah

    saya lebih suka menonton cite p lamlee ni , jarang menonton filem2 baru yg ada di pasaran sekarg

    BalasPadam
  19. salam kak ngah

    amboi kat tipah ni hehehe

    abg jamot ye hehe

    BalasPadam
  20. salam shimitiniy

    tk , saja2 menulis ni ikut rasa dan idea

    BalasPadam
  21. salam az

    matilah kita malam ni belalang hehehe

    1000 kali tgk pun tak jemu

    BalasPadam
  22. salam hanis

    walaupun lubang hidung mu .... namun kau ttp menjadi pujaan abg jamil, kak tipah dan kak senah hehehe

    BalasPadam