WARGA SCP

Ahad, Mac 14, 2010

PAK ITAM IN WONDERLAND


Pagi2 tadi masa pak itam bukak PDKM, masa tu n3 CL , mendaki ke gua hira. Alhamdulillah, CL dah sampai ke puncaknya. Lalu pak itam pun fikir, aku ni pagi2 ni nak panjat gua mana .
Takkan nak panjat gua batu caves pulak .

Kebetulan pak itam di KL menziarahi anak dara pak itam ni yg dah 3 bulan tak jenguk, yang bongsu pula bercuti dari asrama . Lalu pak itam pun ajak mereka, jom kita panjat , tapi panjat Mid Valley je lah


Kami sampai lebih kurang pukul 10.00 pagi juga . Lalu pak itam pun tolonglah bukak pintu gua Mid Valley tu. Kebetulan pagi tu ada show "alice in the wonderland"

Tak kena tajuk tu, lalu aku tukarkan jadi "Pak Itam in Wonderland " hehe
Biasalah , tentu seronok jalan dengan anak2 yang sekarang masa pak itam dan mak itam terhad untuk mereka kerana si akak di KL dan si adik pula di asrama. Jadi sesekali mereka jumpa abah mereka, tentunya mereka pakat2

"Abah, nak itu, abah nak ini" hehehe

"sila2 jemput, jemput, apak bayar " hehehe son of gun hehehe

semasa anak bongsu ku membeli sepasang kasut converse, aku pun tengok cantik juga, boleh tahan lalu pak itam berkata,

"mamak, kasut ni lagi satu "

kami beli sepasang sama , anak bapaklah katakan .

mereka berdua pun berkata,

"wah, abah, rugged. Lepas ni mesti abah nak kena hip hop , rapping atau shuffle"

mak itam pulak menyampuk
"dahsyat , kasut bloggers"

diiringi hilaian ketawa kami anak beranak

Kebetulan lalu kat situ ada pulak money changers, lalu aku pun bertanya

"mamak , ada Rand tak"
"ada apppa"

dalam hati pak itam berkata,
"alamak, muka mamak ni macam mamak yg kira makan kami kat pelita nasi kandarlah,"

pak itam pun tukarlah sikit kerana kalau esok2 mana nak cekau matawang rand ni bila dah balik hutan.
Tapi biasalah , pak itamkan otak bisness, sebelum tukar runding dulu untuk mendapatkan nilai yang terbaik,

"mamak, berapa ?
"anji , nalek,una, nalek, amaaa 4.65"
"taknak, kasi baik sikit lagi "
"amma , appa , ayaaa, ayoyo, yanggapo 4.60 "
"wokeyyyy "



sambil lepak kat england optical, tunggu si kakak test mata untuk cermin mata barunya

SA Rand


Gardens


Malam ni, lps magrib tadi mak itam ajak aku pegi Kg. Baru nak pekena bubur nasi kat sana. Aku rasa dah hampir 20 tahun aku tak ke sana. Tiba kat sana suasana memang meriah. Manakan tidak, perkampungan melayu di tengah2 kota Kuala Lumpur yang menimbulkan suasana yang sangat unik sekali.

Memang banyak betul kedai makan kat Jalan Raja Musa , Kg Baru tu. kiri kanan penuh kedai, cakap je nak makan apa kat situ , semua ada. Cuma satu je, susah nak dapat parking kereta.

Kami pekena bubur nasi yang lauknya sayur kangkung goreng, telur asin, paru, limpa serta ikan bilis goreng dan burung puyuh goreng.Sambil tu kena kerang bakar.

Alamak, habis diet pak itam yg tak makan malam kalau ke KL, takpalah , sekali sekala. Nanti balik ke tepi hutan, boleh jumpa dukun Senah, suruh dia buat lenggang perut pak itam hehehe

Esok pagi pak itam dah nak masuk hutan semula, banyak kerja yang perlu diselesaikan

Alhamdulillah.

Menara KLCC dari Kg Baru

sempat melawat stable kuda pak itam hehehe
rupa2nya stable steak house

meriah suasana kat sini

21 ulasan:

  1. bila cuti seronok berjalan2 ni....tapi saya kena rehat! kwang-kwang....nanti lah tiba masa saya akan berjalan jugak!

    BalasPadam
  2. salamm pak itam..

    baru arinih cl tau yang pak itam ada dukun senah baut lenggeng perut..heheheheh..cm mesti gelak nihhh sebab dia pun ada dukun senah...


    waslam

    BalasPadam
  3. salam pak itam


    mahu gugur jantung cm membaca nama dukun senah.adakah sama dukun senah belaan pak itam dgn dukun senah belaan CM?????jangan2 dukun ni main kayu 3..ngan pak itam pun dia makan dgn cm pun dia makan..CM kn siasat ni!!!


    una nalek,una nalek!!! pasti buat aku ketawa terbahak sbb dukun senah belaan cm bila menjampi baca una nalek,una nalek gak!!!

    BalasPadam
  4. Salam CR,

    seronoknya cuti-cuti Malaysia yer

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Pak Itam

    saya dapat tahu dukun senah belaan pak itam,sama dgn dukun CM
    bila pak itam dtg dukun senah pakai rambut perang, bila CM dtg, ia pakai rambut pacak
    ia sudah main kayu 5

    toing toing

    Wassalam

    BalasPadam
  6. pak itam punyer entri membuatkan kak nab tak kering gusi!

    BalasPadam
  7. pak tam tak pekena ke nasi lemak antara bangsa yg terkenal itu...

    BalasPadam
  8. Salam Pak Itam,
    Cuti sekolah ni sesak KL, ramai yang jalan2 macam pak itam sekeluarga, seronokkan...

    Dah tengok ke citer 'alice in wonderland', macam seronok je...

    BalasPadam
  9. abahhh... nak kasut tu juga.

    huhuhu

    erk... *pelan pelan keluar tingkap*

    BalasPadam
  10. Dear Pak Itam.
    Kelas kalau dah pakai kasut converse....umur boleh discount 15 tahun!

    BalasPadam
  11. salam cik SAK

    rehat2 dulu hingga betul2 sihat , cuti sekolah pjg lagi

    tadi kami sempat ronda bandar melaka dlm perjalanan pulang

    BalasPadam
  12. salam cl

    hehehe pak itam punya dukun senah, cm punya dukun senak hehehe

    BalasPadam
  13. salam az

    tak cuti2 malaysia , hanya bawak anak2 beli keprluan mrk je

    BalasPadam
  14. salam atuk

    ni dukun senah talam 8 muka hehehe

    BalasPadam
  15. salam kak nab

    kalau kak nab gembira tepuk tangan hehehe

    BalasPadam
  16. salam kamato

    lalu je kat gerai nasi lemak antarabangsa tu, ramai org, terlupa pulak ambik gambar

    BalasPadam
  17. salam zie

    hanya sekejap je kat kl , 2 hari

    tak tgk lagi, mak itam ajak si bongsu tgk, tapi dia cite mcm ni kurang sikit hehehe

    BalasPadam
  18. salam khairyn

    hehehe saya pun tak sangka saya boleh beli converse psl tu kasut anak2 muda hehehe

    BalasPadam
  19. salam uncle

    hehehe

    bukan 15 , up lagi 25 tahun lebih muda heheh

    sepasang anak beranak heheh

    mcm manalah saya boleh beli hehehe

    BalasPadam
  20. ke south afrika??
    wahhh..bes..bes...

    BalasPadam
  21. salam catz

    hopes Allah permudahkan perjalanan kami nanti ke sana, insyallah

    BalasPadam