pak itam jumpa org tua ni kat Orchard Road, Singapore
dengan hanya berbekal kemahiran, si tua ini boleh menyara hidup dan mendapat
pendapatan yang lumayan
agak2 kalau dia duduk je tanpa berbuat sesuatu
boleh ke dia menyara kehidupan
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup
dengan hanya berbekal kemahiran, si tua ini boleh menyara hidup dan mendapat
pendapatan yang lumayan
agak2 kalau dia duduk je tanpa berbuat sesuatu
boleh ke dia menyara kehidupan
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup
Cerita pasal ulat dalam batu pun boleh hidup, aku tertarik dengan senerio dunia hari ini terutama di nagara kita. Rata2 kita lihat banyak sektor2 terutamanya perkhidmatan diisi oleh warga asing yang diimport lantaran tiada pemuda dan pemudi dari negara kita yang berminat . Mereka (bukan semuanyalah) suka duduk melepak tak tentu arah .
Aku dulu pernah bekerja di kilang membuat puting jenama JAPLO dan juga kondom . Masa tu gaji ku kecil hanya RM 7.00 je sehari . Tapi penatnya tidak boleh digambarkan kerana masa tu masih menggunakan cara lama dan setiap acuannya perlu direndamkan ke dalam bekas susu getah sebanyak 30 kali bagi setiap pusingan sebelum di masukkan ke dalam oven pemanas. Acuannya pula sangat berat kerana dibuat dari seramik untuk bentuk puting tu . Setiap acuan mengandungi hampir 50 unit bentuk puting.
Manakala pembuatan kondom pula 100 % menggunakan mesin yang hanya perlu diawasi sahaja.
Supervisor ku berbangsa india . Ia hanya menggunakan motosikal lama mcm MGR pakai tu. Biasalah , kami masa tu masih muda . Satu hari kami dah pedajalkan dia. Habis ku ikat kondom disetiap lidi motosikalnya tanpa dia sedari . Selepas dia pulang dari makan tengahari, dia bertanya siapa punya kerja . Manakan tidak , meriah betul motosikalnya , kalah "eyes of london" bila ia berputar he he he
Apa yang nak aku kongsikan di sini ialah, buat permulaan , janganlah terlalu memilih pekerjaan kerana persaingan sekarang begitu sengit sedangkan jumlah pekerjaan yang ditawarkan sedikit.
Yang penting kerja yang kita lakukan itu halal di sisi agama. Dalam pada itu, kita boleh mempersiapkan diri kita utk melangkah jauh lagi selepas mengutip seberapa banyak pengalaman .
Yang penting kerja yang kita lakukan itu halal di sisi agama. Dalam pada itu, kita boleh mempersiapkan diri kita utk melangkah jauh lagi selepas mengutip seberapa banyak pengalaman .
Pepatah ada mengatakan bahawa ulat dalam batu boleh hidup. Bagaimana ia boleh hidup. Ulat tersebut boleh hidup kerana ia mempunyai kemahiran untuk mencari makan dalam batu dan jika kita menjadi ulat dalam batu dalam erti kata sebenar InsyaAllah kita juga boleh mendapat apa jua yang kita hajati.
Kita cuba buang perasaan ego yang ada dalam diri kita kerana sifat keegoan itu ditakuti akan menjadi batu penghalang untuk muhasabbah dan melihat ke dalam diri dan menjadi penghalang untuk kita dalam menuju perubahan.
Hidup bukanlah hanya berbekalkan sekeping sijil atau ijazah namun ia lebih dari itu.
Tapi ingatlah, bila sudah berjaya kelak, jangan lupakan asal usul kita dan golongan yang dibawah . Kerana rumput dan tanah yang kita pijak sama walaupun tak serupa .
Asal dari tanah dan ke tanah jua kita kembali akhirnya
Asal dari tanah dan ke tanah jua kita kembali akhirnya
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamSaya pd mula dtg KL
kerja kilang orang Jepun
gaji 50 sen sejam
suasana ini lah yg membuat seadanya pd hari ini
Alhamdulillah
Wassalam
Tahun brapa cerita tu?
Padamsalam rezeki
BalasPadamPerkerjaan PERTAMA cl masa menunngu keputusan SPM ia lah di kilang biksut lemak kat jalan chow show lin...heheheheh terukkk sehari rm5 jer (1983)..
waslaam
Tahun 83 sya jd krani d Hsbc. Gaji 450 sebulan x campur ot. Tinggal d kawasan setinggan Pantai Dalam. Perjalanan hidup. Subhanallah.
Padamsalam atuk
BalasPadambila dikenang2 kembali masa dedulu tu, rasa nak menitik airmata, keja berhempas pulas hanya utk mencari rezeki
salam cl
BalasPadamhehehe kilang biskut mesti seronokkan, sambil keja sambil mengunyap biskut, aweksss pun ramai hehehe
Salam Pak Itam,
BalasPadamsekarang negara kita ni dah jadi macam surga pendatang asing cari rezeki
Salam CR...
BalasPadamSaya mula kerja bila tamat belajar dari UITM SA..gaji mula RM900..alhamdulillah..tahun 1994..
Salam CR..
BalasPadamAdik beradik saya 6 perempuan 1 lelaki..semua ayah tanggung...ayah anak tunggal...jadi kami duduk sekali dengan atuk nenek, semua dalam jagaan mereka..hinggalah kami tamat belajar....semuanya serba sederhana....alhamdulillah
pesan atuk dan nenek..tiada harta yang dapat dibahagi melainkan pelajaran untuk kamu semua, semoga kamu semua berjaya...didunia dan diakhirat. Atuk dan nenek dah kembali kerahmatullah.
Salam Pak Rejeki...
BalasPadamentry yang bagus.. terima kasih kerana berkongsi..
kalau ada keje kosong.. bagi tau lah.. bila cuti2 malaysia boleh cari ongkos sedikit hehehe
Wassalam
Ah..asalamualaikum pak rejeki..
BalasPadamapa kabar..lama tak menjenguk ni.
Cerita pasal keja ni..saya dulu sebaik abis je peksa SPM dua ari lepas tu terus jadi petani. Tolong bapak menanam koko. Bapak gaji kecik, untuk tambah pendapatan berkebun koko. Masa tu koko sekilo RM6/. Harga kira agak tinggi gak masa tu.. Dapat kutip biji koko yang bersepah dalam 3-4 kg dah cukup buat belanja hujung minggu..tengok wayang..
salam shami
BalasPadamalhamdulillah masa tu rm900 dah besar , pak itam cuma 300 je tu pun termasuk ot
salam shami
BalasPadamharta yg paling bernilai ialah ilmu dunia dan akhirat utk anak2
salam abg sulong
BalasPadamkita dah merasa mcmmana susahnya mencari rezeki , syukur walaupun ia hanya sedikit, tapi keberkatannya yg dipinta
salam kamato
BalasPadambetul tu, negara mesia dah mcm negara asing je terutama di bandar