WARGA SCP

Rabu, Mac 17, 2010

IKAN KEKEK MAK ILOI-ILOI

tengah musim ikan parang sekarang ni
masak asam pedas ni, sedap

geram tengok tenggirinya , besar2

towkey tgh buat catatan kat buku 3-5 hehehe
hutang cendol pun ada kat dlm buku ni

di sekelilingnya ialah penjual 2 ikan utk pelanggan yg datang

ikan dikumpulkan mengikut jenis dan saiz

udang dan sotong main longgok begitu je utk dilelong

tu dia , tenggiri

ikan pun kena beratur


Jika aku balik ke Muar menjenguk ibu ku, aku tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi 3 tempat yg macam dah wajib pula. Pertama kubur arwah bapa ku bersama nenda2 ku, kedua kedai jual sate perut dan ketiga Pasar Awam Parit Jawa.

Market ni terletak kira2 9 batu dari bandar Muar. Namun keistimewaan pasar ini ialah ia menjual ikan-ikan yang sungguh segar yang baru didaratkan di jeti berhampiran berhampiran pada setiap hari .

suasana tengah medan tempat lelongan

Suasana pagi memang sungguh meriah di tengah-tengah medan pasar ini apabila ikan yang baru sampaikan akan dilonggokkan di tengah-tengah. Peraih akan saling cuba mendapatkan longgokan ikan2 tersebut apabila acara lelong bermula.


Kedengaran suara pelelong yang agak kuat tanpa pembesar suara melaungkan jenis ikan yg dilelong . Memang "happening" sekali

Walaupun harga agak tinggi, namun kualiti ikannya tidak boleh dipertikaikan.Di sini cakap je nak cari ikan apa, mayung, sembilang, parang, beliung,tukul,kapak, spana , player , tenggeri , yu , semua ada.
Cuma ikan kekek mak iloi-iloi je takde

Pasar ini bukan saja dikunjungi oleh orang tempatan sahaja, tapi turut yg datang untuk mendapat ikan yang segar dan bermutu dari batu pahat dan ada juga yang datang dari Melaka.

Alhamdulillah, apa yang dihajati oleh ibu ku dapat ditunaikan dengan membeli beberapa jenis ikan serta ayam dan sayur-sayuran utk bekalan mereka berdua bersama pembantu rumah utk seminggu dua .

dulu towkey ni pakai sempoa, sekarang dah moden, pakai calculator
mungkin 5 tahun lagi dia pakai mesin bar code pula
scan je kat badan ikan tu

28 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    Ya Allah, rindunya kat pasar pt jawa nih. disinilah 20 tahun az menyoping ikan sogar.

    Pak Itam memang hebat ambil view, cantiknya panorama pasar ini. macam tak caya pulak.

    hari tih masa lepas bedah, az cari ikan haruan sampai kat sini tau? Baik betul penjual ikan tuh, tak sampai 15 minit dia dah dapat ikan haruan untuk az. Borong sekali sampai 12 ekor si haruan tuh

    BalasPadam
  2. Salam Pak Tam

    Dah masak ke ikan tu...?
    Tapiklah ambek gamba kat pasar tu..tak penah lagi tgk mcm tu...kat pasar borong selangor tak de mcm tu..seronokkan dpt bhn2 segar...
    Ikan pun glamour2..tak main Pak iTAM
    ikan kecik2..hi...hi..

    BalasPadam
  3. sorilah... tabikkk..

    BalasPadam
  4. salam pak itam,

    best yer dapat pilih ikan2 yang segar-bugar tuh!! eh eh..mak itam dah masak ke? nak mintak semangkuk asam pedas tu..;D

    BalasPadam
  5. Salam..CR...

    Alhamdulillah...tu dia hasil laut..

    Yang berkebun kena bercucuk tanam dapat rezeki..
    Yang nelayan turun kelaut, bergadai nyawa...dapat rezeki..
    Yang makan gaji pergi pagi balik petang ...kerja banyak..kerja sikit ada rezeki..syukur sangat...

    Smlm mr shami2 masak asam pedas ala utara...cayaq macam kuah laksa ikan kembung dari kuala kedah..fresh mari...ermm sedap heheh ..

    BalasPadam
  6. salam pak itam

    bestnya tgk ikan tu segar n banyak pilihan, parit jawa tu jauh tak dari batu pahat..rasa nak terbang ambik ikan tu.. akak n hubby memang suka cari ikan2 segar ni, samapi ke kuala selangor.

    BalasPadam
  7. Salam,

    salah eja lah pak itam ...sampai, ni nak cepat la tu, curi masa pej...tgk mah kawan2..jadi mcm ni laa..

    BalasPadam
  8. salam rezeki...

    alahai...teringat cl kat pasar PUDU lak...selalu beli ikan disitu dengan arwah ayah..

    psstt...semua ikan letak atas lantai ka..?

    waslam

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Pak Itam

    bestnya ikan segar
    selain buat asam pedas boleh ke
    kalau masak dgn tempoyak, sedap ke

    Wassalam

    BalasPadam
  10. Salam Pak Itam,
    Sedapnya ikan parang segar tu... buat asam pedas letak bunga kantan, sedapnyerr.... nak sikit. Pak itam tak jumpa ke ikan pisau? hehehe

    Penjual ikan tu masih tak guna tong berinsulasi yg diarahkan oleh kerajaan... tu oren sesaje.

    BalasPadam
  11. Salam pak itam

    CM nk pi pasau tu..CM ada kt kg sekarang ni..


    pssst...ku tujukan lagu ni untuk ciklie,,,hehehe

    ikan kekek mak iloi-iloi
    ikan gelama mak ilai-ilai
    dapat isteri cantiknya amboii
    tapi ketawa mengilai-gilaii..

    BalasPadam
  12. Salam,

    Semua ikan tu sesuai masak asam pedas. Sedap makan ikan segar..
    Sekor ikan parang tu boleh saya habiskan kalau masak asam pedas.

    Ikan yang tak akan habis makan ikan beliung,tukul,spanar,playar. Paus abangsulung memikirlan..masakan apa yang paling sesuai.. hehehe

    BalasPadam
  13. Salam.
    Minta maap..salah eja tadi "puas" jadi"paus". ..bukan silap abangsulong tp keyboard ni buat silap.. hehehe

    BalasPadam
  14. Salaam...

    Alo towkei, ikan luyung ala juai kaa? blapa sekelo?


    p/s wah, semua pengomen berhati-hati jer bila mengomen kat blog che'egu beso nih...hehe... spelling mistake kalu, terus buat pembetulan dalam next komen...hehe.. Bravo! :)

    BalasPadam
  15. salam az

    seronokkan tgk suasana kat pasar tu , penuh dgn ikan2 segar

    parit jawa - pontian tak jauh, kan mcm pegi kedai kat depan je hehehe

    BalasPadam
  16. salam mama ju

    saya semua jenis ikan saya belasah je hehehe janji tk banyak tulang

    semalam masa saya shoot kat pasar tu, mmg happening sekali, mesti dia org ingat wartawan tamil nesan hehehe

    BalasPadam
  17. salam mama ju

    aiks, mama ju pun terkena sindrom gigil juga hehehe

    BalasPadam
  18. salam kak nab

    hari ni mak itam masak ketam masak kari hihihi

    BalasPadam
  19. salam shami

    ikan kembung kalau fresh mmg manis masak asam pedas, goreng pun sodap

    BalasPadam
  20. salam kak sidah

    tak jauh bp dgn parit jawa , hanya sepelaung je hehehe tapi sepelaung jin lah hehehe

    BalasPadam
  21. salam kak sidah

    nampak gaya sindrom gigil ni semakin menular hehehe

    BalasPadam
  22. salam cl

    pasar pudu, lagi meriahkan, dulu pernah pegi sekali

    ikan tu letak kat ats lantai je utk dilihat dan kemudian dilelong kpd peraih dulu, kemudian baru dia letak atas batu utk dijual, org biasa tak boleh beli hehehe

    BalasPadam
  23. salam zie

    ikan pisau hehehe
    hari ni tak masak asam pedas, hari ni kami makan ketam masak kari

    nanti pak itam hantar semangkuk kat n3 baru hehehe

    BalasPadam
  24. salam atuk

    kalau masak dgn tempoyak selalunya ikan air tawar sesuai mcm patin, keli

    kalau ikan laut kurang sesuai

    BalasPadam
  25. salam cm

    cm kat melaka ye, mesti jumpa ali rustam hehehe

    kalau cm nyanyi kat cl, terus dia cari ... tut nanti hehehe

    BalasPadam
  26. salam abg sulong

    tu ikan ciptaan pak itam hasil kajian saintifik selama 25 tahun hehehe

    BalasPadam
  27. salam abg sulong

    kesian keyboard, keybord pun duk gigil juga ka hehehe

    BalasPadam
  28. salam u

    ala, mau luyung jantan ka betina hehehe

    itu tandanya sindrom gigil ni semakin teruk tapi ada penawarnya hehehe

    U tak kena sindrom gigil ni ka masa buat penterjemahan hehehe

    BalasPadam