WARGA SCP

Ahad, Mac 21, 2010

NASI LEMAK buah bidara

harga sebungkus ni RM 4.00
murah dan menyelerakan

Nasi lemak adalah salah satu makanan harian masyarakat kita tanpa mengira bangsa. Tempohari , masa aku pergi ke Kg. Baru, gerai yang menjual nasi lemak Antarabangsa tu dipenuhi oleh pelanggan tanpa mengira bangsa melayu, cina,india, benggali, pakistan .

Gerai yang menjual nasi lemak ni jika masakannya sedap , tentu akan sentiasa dikunjungi oleh pelanggan tanpa mengira masa dan waktu

Kalau terkena gerai yang tak sedap, nasi lemak dah bertukar menjadi menjadi nasi lemau

Di tempat ku ini , ada sebuah warung berdekatan sebelum jambatan yang saban hari dan waktu jika dibuka dipenuhi dengan pelanggan tanpa mengira kaum. Keistimewaannya ialah nasi lemak . Mengapa ia istimewa,

Jawapannya terletak pada keranggupan ayam gorengnya dan juga sambal. Ayam goreng berempahnya diperap dgn baik sekali dan digoreng dengan menggunakan dapur arang sahaja. Begitu juga dengan telur gorengnya dan sambalnya juga digoreng atas dapur arang dan sedap sangat serta boleh dimakan begitu sahaja .

Cerita pasal nasi lemak ni, dulu-dulu masa aku kecik-kecik, jika ibu ku memasak nasi lemak , sebelum tu pasti dia akan mengambil daun pisang dahulu dan kemudian akan dilayur di atas api. Kemudian nasi yang dimasak dalam periuk akan dibungkus berserta sambal dan lauknya didalam daun pisang tadi. Keharuman daun pisang tadi menyerap ke dalam nasi lemak itu nanti menambahkan perisa dan kesedapannya secara semula jadi.

lihatlah sambalnya , boleh dimakan begitu sahaja


Seminggu sekali aku tidak akan melepaskan peluang untuk membelinya. Tapi biasalah. Barisan yang menunggu untuk mendapatkannya seringkali terlalu panjang. Orang yang makan disitu juga sentiasa penuh sehingga kadang-kala terpaksa berdiri dan menunggu pelanggan lain selesai menjamu selera.

Pagi tadi , pukul 8.00 pagi aku dah terconggok kat situ, namun terpaksa menunggu hampir 30 minit kerana ayam sedang digoreng. Biasalah, lambat sikit kerana digoreng menggunakan dapur arang. Namun keranggupan dan kemanisan ayam tu tidak boleh disamakan dengan ayam yang digoreng dengan menggunakan dapur gas.

Itulah keistimewaannya.

Memang berbaloi menunggu .

memang ranggup dan sedap ayam ni

13 ulasan:

  1. Salam rezeki,

    tgk nasi lemak ni tengah malam pun saya rasa sedap dan terliur....sambal, ayam dan telur goreng tu mengancam betul

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    Wahhhh
    beselera nasi lemak tuuu
    kalau saya bertandang
    pak itam hidangkan yeee
    (heee, tak tahu malu kan)

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Salam CR,

    gambar2 yang hampa amik ni memang kelas. Terlioq sakan ni

    BalasPadam
  4. salam rezeki..

    sambal dark kler lah...tak berpa mengancam tengok..hehheheeh
    tapi sedap kira oklah..


    wslam

    BalasPadam
  5. saya yang kurang gemar nasi lemak...bila tengok masakan nasi lemak ni.....berselera pulak nak makan!!! ( ke selera orang lepas baik sakit....!)

    BalasPadam
  6. Sekali lagi jiwa tersiksa bila tengok nasi lemak di pagi ahad ni!

    BalasPadam
  7. salam CR...

    akak cuba men dietkan diri dr makan nasi lemak pagi2 nih , tp ada plak yg menghasut selera nih .. aduuuuh dah terlioq le plak ...
    " Hanannnnnnnnnn amik duit ni , gi beli nasi lemak jap "

    macam org ngidam le pula..

    pssst .... AZ , biaq pi la kt depa gambaq kelas ke tak kelas ... ada aku kisah .

    BalasPadam
  8. salam rosli

    rasanya mmg sodap , dia goreng pakai dapur arang , tu yg original

    BalasPadam
  9. salam atuk

    jom , apa salahnya hehehe

    BalasPadam
  10. salam az

    hehehe, mana cari memalam buta ni hehe tak dapet den nak nolongnya hehe

    BalasPadam
  11. salam cikgu SAK

    hehe, selera org lps baik sakit

    selagi sihat boleh makan, makan je cikgu hehe

    BalasPadam
  12. salam uncle

    jgn jiwa terseksa batin merana sudahlah hehehehe

    BalasPadam
  13. salam kak ummi

    hehehe

    tergoda juga rupenya hehehe

    saya mkn seminggu atau dua minggu sekali je kak

    BalasPadam