WARGA SCP

Rabu, Mac 31, 2010

DULU LAIN SEKARANG LAIN : PAK ITAM JUNIOR

pak itam junior
harap2 cl tak terliur dgn foto pak itam junior ni ye
hehehe


Zaman kanak2 tentu indah sekali jika dikenang-kenang . Dulu aku bersekolah di SK Larkin 1, JB dari darjah 1 - 6 . Pergi sekolah naik bas yg di"charted" berbekalkan duit saku 20 sen . Masa tu kalau tak salah aku sebelah petang. Dulu2 , tahap 1 darjah 1,2,3 kami pakai seluar pendek biru dengan baju putih je ,dah darjah 4,5,6 baru pakai seluar panjang , tak macam sekarang.

Matapelajaran dulu juga agak berbeza dari sekarang. Kalau dulu ada belajar sejarah dan alam dan manusia, tapi sekarang dah takde rasanya. semuanya telah di berubah mengikut peredaran zaman

Kalau dulu juga, bawak 20 sen sudah mencukupi sebagai belanja. 10 sen beli mee atau nasi lemak dan 5 sen boleh beli air dan 5 sen lagi boleh beli kuih.

Tapi sekarang seringgit pun aku rasa tak cukup .

Kalau dulu , walau dimarah atau dibantai sekali pun ,hatta dimaki hamun, semua nya akan tersimpan rapi dalam hati sehingga tidak diketahui oleh kedua ibu bapa, kalau tau, pasti bapa ku akan menambahlagi hukuman tersebut.

Tapi sekarang, rasanya guru2 menghadapi dilema , kalau terjentik sikit pun ada yang sampai kes saman menyaman.

Terkenang pula aku semasa di sekolah menengah , aku punya seorang guru sejarah , namanya kalau tak silap aku yahya puasa, tapi kami dah tukar namanya menjadi yahya puaka hahaha

Kenapa ???

Cikgu yahya ni mmg garang teramat sangat serta bengis. Di jarinya tersemat sebentuk cincin suasa dengan batu yg besar. Dia kalau naik angin, akan di pusingkan batu cincin kebahagian bawah lalu menyepak kepala kami , bayangkan lah . Mana tak benjol kepala kami.Tu sebab kami gelar dia yahya puaka kerana bila dia mengamuk, betul2 mcm ada puaka di dalam dirinya.

Setakat maki &*^%$# , **^@!~%^* biasalah bila moodnya tak baik hari tu.

Kemarahannya serta anginnya mmg tidak boleh dijangka. Macam puting beliung ikut moodnya hari tu. Kalau setakat pemadam kayu tu melayang, jangan cakaplah. Kadangkala, dia akan mengamuk tak tentu pasal.

Tapi kami semua tidak pernah berdendam dengannya .

Cuba sekarang, mau rasanya bebudak yg kena tu di gores kereta cikgunya mcm peraduan gores dan menang, selagi tak kena , selagi tu lah digores hehehe


Itulah perbezaan dulu masa aku jadi pak itam junior tentu tak sama macam pak itam junior zaman sekarang.

Tentu rakan2 sekalian punya cerita2 menarik utk dikongsi bersama semasa menjadi "junior" dulu

hahahahah


Selasa, Mac 30, 2010

ANNUAL SCRENNING

Alhamdulillah , temu janji ku untuk menjalankan annual screnning berjalan dgn begitu cepat sekali. Jam 8.00 pagi , aku dah terconggok kat klinik. Pemeriksaan ini hanya dijalan setahun sekali sahaja .5 minit kemudian, nama ku dipanggil,

"Pak Itam "

Alamak, bila tengok jarum je , aku dah mula takut. Kerana hari ni darah ku akan diambil untuk menlakukan beberapa ujian menguji kandungan kolestrol dalam darah dan sebagainya.

Nasib baik, jururawat yang bertugas begitu cekap menjalankan tugasnya, sakit juga bila dicucuk di urat di bahagian lengan. Sib baik darah ku berwarna merah, kalau darah ku berwarna "putih" mesti gempak 1 klinik , "anak raja manalah ni "

hahahaha

Sebenarnya , aku dikehendaki berpuasa dari pukul 10.00 malam tadi , tapi biasalah , org tua kan degil, aku tidak mengambil sarapan "quaker oat" seperti biasa ,pagi ni tapi air suam juga ku bedal sebagai mengalas perut.

Tekanan darah ku juga di ambil, alhamdulillah. Tekanan begitu baik dan normal 120/80
Mungkin juga kerana aku telah mula melakukan beberapa aktiviti sejak beberapa bulan yg lalu dalam mengekalkan gaya hidup sihat.Berat badan ku juga turun hampir 2 kg .

Setiap petang , rutin ku ialah berjogging hampir 8-10 pusingan di padang berhampiran. Di sebelah malam pula aku tidak mengambil makanan yg berat2. Balik je dari masjid , isteri ku akan menyiapkan segelas minuman sebagai mengalas perut. Kebetulan semalam, puding roti yang dimasak oleh mak itam masih ada lagi.

Semoga Allah sentiasa memelihara kesihatan ku dan juga kaum keluarga ku ,agar aku dapat terus menjalankan tugas2 yg diamanahkan kepada ku di dunia dan di akhirat juga.

Alhamdulillah.


psss : buat sahabat ku di Makkah, jaga kesihatan ya, nanti takut darah naik
tapi makan tetap makan tau, heheeh
yg semalam tu , kita kira masuk buku 3-5 ye hehehe



mak itam buatkan yang panas, aku je yg tambah ais tu
minum milo anda jadi sihat dan kuat
boleh pecut laju sikit

lawan pulak dengan puding roti

Isnin, Mac 29, 2010

ANGIN KUAT

penjual ikan di pasar tani HC

Cerita pasal angin kuat, mmg minggu ni angin agak kuat . Mungkin kerana penghujung angin monsun timur laut yg bertiup dari November - Mac dan permulaan angin monsun barat daya. dari Mei - September. Kesannya ialah pada minggu ni, ikan2 segar sangat berkurangan di Pasar Tani . Jadi ikan apa yang ada , itulah yg mak itam beli. Itulah dilema setiap tahun bagi nelayan di kawasan sebelah pantai timur berbanding sebelah pantai barat yang boleh ke laut tanpa mengira masa.

Nampak pula ikan kaci. Ikan ni pun sedap juga jika dimasak asam pedas. Apa lagi, mak itam pun membeli 2 kelar ikan kaci ni.

Kalau isteriku membeli ikan di pasar tani, bagi setiap jenis yang telah dipotong kecil, penjual ikan tu akan menyimpankan utk kami 2 potong atau 2 kelar bagi setiap jenisnya. Ialah, "regular customer" dia.

Bila datang , tak payah nak pilih2 lagi. Kenapa 2 kelar je bagi setiap jenis, kerana setiap hari kami hanya menikmati makan tengahari nanti hanya berdua dan pada sebelah malam kami tak makan nasi. Hanya menikmati hidangan ringan seperti roti dan buah-buahan.

Jadi inilah hasilnya ,
2 kelar ikan kaci yang telah siap dimasak asam pedas.

sekelar utk pak itam
sekelar untuk mak itam
kalau mak itam tak habis
terpaksalah pak itam jadi "majlis daerah"
tukang habiskan
hehehe



Ahad, Mac 28, 2010

HANYA KAIN PUTIH YG DIBAWA SELAIN AMALAN

Alhamdullillah, hari ni masih terasa sedikit keletihan akibat aktiviti seharian semalam. Semalam dlm menguruskan beberapa urusan seperti mendapatkan bekalan dan alatan untuk dibekalkan pada keesokkan hari.

Malam tadi aku mmg sukar utk melelapkan mata. Dah jadi rasmi ku, jika terlalu kepenatan, mata ku lelap tapi otak ku masih belum lelap. Lalu ku layan "NASIB DO RE MI" sorang2 .
Tu yg aku tergelak pasal terkenang si DO kat Makkah, si RE kat HC, si Mi tak tahu entah ke mana. Si DO siap boleh nyanyi2 lagi kat Makkah jual obat kuat hehehe

Sebelum tu sempat menonton sebuah drama "UTUSAN DARI JANNAH" yang penuh dengan mesej kesedaran dan ketuhanan yang boleh diambil dan sebagai peringatan , tiada yang kekal abadi .

Dalam pada tu, sempat menjenguk ke bilik CL, tgk2 n3 nasi lamb kabsah pula, tu yg terasa lapar sangat psl hanya air teh dan sebuku roti sebagai makan malam ku, Aku mmg tak makan malam.
Jam 12.30 aku kejutkan isteri ku, "jom kita pegi kedai mamak" hehehe
Tapi akhirnya kami tak pergi kerana malas nak salin baju
hehehe

esok2 nak kena pasangkan kat sebuah sekolah benda alah ni

Semalam juga, sempat juga aku mengambil "gadjet" terbaru ku. Pernah aku katakan, aku cukup gemar untuk merakamkan foto , tak kira apa foto pun sebagai koleksi ku. (bukan naked punya tau) Jadi ni yg terbaru sebagai koleksi ku dalam memperkembangkan lagi minat ku itu.
Nanti senang aku nak pegi memburu dan menmbak di Afrika Selatan nanti.

Gadjet ni siapkan dengan memori kad 8GB serta aksesori lain seperti 1 unit bateri tambahan dan tripod. Ia menjadi pilihan ku kerana cirinya yg terkini disamping 12.3 megapixel .

Bukak buku panduan manualnya sebentar dan aku dah boleh terus menggunakannya. Semalam aku jadikan isteri ku sebagai model sambilan untuk mengujinya hehehe

Itu semua harta dunia, esok mati semua akan ditinggalkan.










Pagi ni sebelum menunaikan solat sunat dhuha, sempat ku membelek2 kain ihram ku yang aku gunakan semasa menunaikan umrah dan haji dulu. Kalau esok2 aku nak pergi ke Makkah, dah tak payah beli lagi. Kain ihram tu masih ku simpan dengan baik dan kemas.

Hanya 2 pasang yang tinggal kerana sepasang telah ku tinggalkan sebagai sedekah dan hadiah di atas katil di hotel penginapan dulu sebelum keberangkatan pulang ke tanah air selepas menunaikan haji .


Apa yang pasti , esok bila aku pergi mengadap ilahi,
semua harta dunia akan ku tinggalkan.
HANYA KAIN PUTIH YANG DIBAWA SELAIN AMALAN"

Sabtu, Mac 27, 2010

HARI BERDUA-DUAAN



Alhamdulillah, hari ni selepas menguruskan sedikit pekerjaan di kilang percetakan di JB utk projek poket file dan beberapa urusan lagi, aku dgn mak itam pun menghabiskan masa kami berdua-duaan .

Jam menunjukkan pukul 11.30 pg.Ingat nak terus lunch di Manhanttan , tapi mereka hanya memulakan perniagaan pukul 12.00 tgh. Alamak, perut dah lapar ni psl kami memang belum sarapan lagi. Akhirnya, kami lepak di Starbucks kena Capuchino dan Ais Blend serta kek dan croissant .



Sambil duk minum2 tulah, kami dah berbincang mengenai tarikh yg sesuai utk kami mengunjungi Baitullah nanti dan melakukan umrah kelak. Dah rasa rindu sebenarnya nak ke sana. Akhirnya tarikh yang kami pilih kalau tak pada hari raya puasa nanti atau selewat2nya pada bulan Mac 2011. semoga Allah perkenankan dan menjemput kami menjadi tetamunya nanti

Lepas tu apa lagi, puaslah kami tawaf dari tingkat 1 hingga 3 Jaya Jusco tu mencari sedikit barangan. Kami menikmati hidangan tgh dalam jam 2 ptg jugadi Manhanttan. Aku memilih Salmon Grilled dan isteri ku Fish & Chips. Alhamdulillah.



air kelapa pandan ni sedap dan manis, beli bawak balik rumah
ni kalau dukun senah nampak , mesti dia marah
habis susuk hilang hehehehehehehehe

Jumaat, Mac 26, 2010

UWEKKKKKKKKKKKK

Uwekkkkkkk,
apa hal lah pulak loya tekak ni
takkan loya psl pregnant pulak
his,his,his

...

...

...

...

...

...

...

#@&*%%&%#@@


nak kata pembawakkan budak,
tak mungkin,
mustahil,mustahil

ni kalau loya-loya pekena asam ka,jeruk ka
sedap juga
hilang sikit loya
dah macam orang mengandung pulak
mengidam nak makan jeruk


wahai jin mata 3,
bawakkan aku asam
toingggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

akhirnya asam2 pun sampailah

"mana kau dapat asam ni , wahai si jin"

"cheq bawak dari pulau pinang, tuanku"

"RM 50 hinggit je tuanku, masuk buku 3-5 dulu"

heheheheheheheh

ni cukup stok utk 3-4 bulan,
makan bebanyak tak boleh
tak baik untuk perut
sekali-sekala takpe

Alhamdulillah

"udah , jangan rebut2
singa, baca doa makan"

ada kedondong

ada salak

ada pelam

ada pala







watak2 binatang tu ,
pak itam latih dia pagi tadi untuk berlakon,
dalam sketsa ni
itulah binatang kepunyaan kak ngah yang pak itam bela
hehehe

GANJARAN BERWUDUK DENGAN SEMPURNA BERSERTA DOA & NIAT


Rasulullah s.a.w bersabda
"Barang siapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya"
(HR : Muslim)

Wuduk yang sempurna disertakan niat yang jelas pasti dirahmati Allah.Insyallah kita akan dapat melakukan solat dgn khusyuk dan diterima Allah. Banyak hikmahnya berwuduk disertakan dgn niat kerana ia sangat berguna didunia dan diakhirat juga

KETIKA BERKUMUR
berniatlah,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"
kenapa
Kerana setiap hari tanpa kita sedari, kita kadangkala bercakap perkara yg tidak berfaedah dan dengan niat sedemikian , kita tidak lagi memperkatakan sesuatu yg tidak membawa kebaikan.

KETIKA MEMBASUH MUKA
berniatlah,
"Ya Allah, putih dan serikanlah wajah ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini"
kenapa
Ahli syurga, wajah mereka berseri2 dan semoga kita tergolong di kalangan mereka

KETIKA MEMBASUH TANGAN KANAN
berniatlah,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kanan ku ini"
kenapa
Ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan, semoga kita tergolong dlm golongan ahli syurga.

KETIKA MEMBASUH TANGAN KIRI
berniatlah,
"Ya Allah, janganlah kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku"
kenapa
Ahli neraka akan diberi hisab melalui tangan kirinya nanti, semoga kita terhindar dari menjadi golongan ahli neraka.

KETIKA MEMBASAHKAN KEPALA DENGAN AIR
berniatlah,
"Ya Allah, lindungilah aku dari panas terik pancaran matahari di Padang Masyar dengan Arasy Mu"
kenapa
Panas di Padang Mahsyar nanti , matahari hanya sejengkal dari atas kepala

KETIKA MEMBASUH TELINGA
berniatlah,
"Ya Allah, ampunilah dosa2 telinga ku ini"
kenapa
Setiap hari kita ada mendengar dan terdengar org mengumpat, mengkeji dan memfitnah dan juga perkataan2 buruk dan tidak elok didengar.

KETIKA MEMBASUH KAKI KANAN
berniatlah,
"Ya Allah, permudahkanlah aku ketika meniti titian Siratul Mustaqim nanti"
kenapa
Kalangan ahli syurga akan menitinya sepantas kilat nanti

KETIKA MEMBASUH KAKI KIRI
berniatlah
"Ya Allah, bawalah aku pergi ke tempat2 yg mulia seperti masjid dan majlis ilmu, bukan ditempat2 maksiat"
kenapa
kerana semua ketentuan qada dan qadar ditentukan oleh Allah jua

Marilah kita sama2 mengamalkannya semasa kita berwuduk,
hanya perlu niatkan sahaja dlm hati semasa kita berwuduk
nanti kita akan dapat rasa kepuasannya semasa berwuduk
kerana pak itam dah merasai nikmat ketika melakukannya
semoga wuduk kita sempurna seperti yg disarankan dan doa2 kita itu nanti dimakbulkan Allah swt .

Insyallah

Khamis, Mac 25, 2010

WAK TEMPE

TEMPE

Bahan-bahan:

200 g kacang soya
40 g tempe

Cara-cara utk buat ragi:

Tempe dihiris nipis-nipis kemudian jemur sehingga kering. Guna oven pd suhu 20'C-30'C (ala2 suhu cam panas matahari gitu)
Bila kering blend halus.
Simpan didalam botol dan ditempat yg gelap jika belum digunakan lagi.


Proses fermentasi tempe:

Kacang soya dibasuh kemudian direndam selama 12 jam

Lepas tu ramas-ramas supaya tanggal kulitnya dan kacang terbelah dua.

Bilas kemudian rebus selama 1 jam

Toskan kacang soya kemudian keringkan samada jemur atau lap dgn kitchen towel atau keringkan dlm oven pd suhu 20-30'C

Biarkan sejuk kemudian gaulkan dgn ragi sehingga sekata

Masukkan dlm plastik, 'seal'kan dgn lipat plastik tersbt dan layur dgn api lilin (nak senang guna plastik sandwich yg ada seal tu)

Ratakan kacang soya supaya tebalnya dlm 3 cm

Buat lubang2 dgn menyucukkan jarum/lidi dikedua2 belah plastik tu dlm 2 cm jarak setiap lubang

Simpan soya tadi dlm bekas tertutup di tempat yg suam 30'C

Simpan selama 2-3 hari, baru boleh dimakan.


Penting:

Pastikan soya betul2 kering sebelum bubuh ragi krn proses fermentasi microorganisma Rhizopus (dr ragi) hanya berlaku dlm keadaan kering.

Membuat lubang pd plastik supaya microorganisma dpt oksigen utk jlnkan proses fermentasi

Suhu yg optimum utk proses fermentasi adalah 25-30 'C- kalau terlebih panas dikhuatiri mati microoragnisma trsbt.
(credit utk : maratussolehah.fotopages.com/)



ALAMAK

rumitnya nak buat tempe ni, Banyak prosesnya , sedangkan harganya dipasar2 pulak antara 10 sen hingga 20 sen je.

Namun, itulah pengorbanan si pembuat tempe ,

Demi tempe, segala rintangan mereka tempuhi . Kalau tak, akan berkubur riwayat tempe ni.

Sesiapa yang kaki tempe, silalah ambik tempe yang mak itam gorengkan ni bersama sayurannya

semua ada,
tempe , soon, pucuk tahu,kacang panjang, tahu,ikan bilis,udang

Jangan berebut, ambik sorang sikit tau

Sikit, sama-sama kita rasa

siapa ada penyakit gaout, jgn ambik udang tu

hehehe







cl suka makan tempe
ambik lebih sikit
hehehe

ni, sendiri buat n3, sendiri masukkan gambar, sendiri terliur
hehehe
lapar , belum makan tengahari masa n3 ni dibuat
hehehe

Rabu, Mac 24, 2010

KALAU ROBOH KOTA MELAKA



Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa hamba berikan

Kiri jalan kanan pun jalan

sama tengah pokok mengkudu

Kirim jangan pesan pun jangan

Sama-sama menanggung rindu

Surat ku layang untuk berkata
Penyampai hasrat kata di hati
Kalau sungguh kasihkan saya
Jangan dibuang sampai ke mati

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan Tuan



kerana pantun nilah, seringkali kita terbaca di dada akhbar , ramai gadis2 kita yang lari keluar dari rumah utk mengikut pasangan hati mereka tanpa memperdulikan hukum hakam dan adat resam, semata2 menurut kata hati

Cuba amati rangkap pertama , baris kedua

Papan di Jawa hamba dirikan

mungkin sumpahannya itulah, ramai anak gadis lari ke lombok kerana Lombok terletak di tanah Jawa. Patut kena tukar sikit supaya mereka tak lari ke tanah jawa
Tanah jawa jauh , susah nak balik nanti
Kita tukar ......
Papan di KL hamba dirikan


Tapi kenapa Kota Melaka
Kenapa tak kota tinggi ke , kota lama ke hehehe

Aku pun tak ada jawapannya

Cerita pasal kota melaka, tempohari dalam perjalanan pulang, aku sempat melencong ke bandar Melaka. Tujuannya nak membawa anak bongsu ku mengenali dan memahami sejarah yang pernah berlaku beratus tahun dahulu dalam membina jatidirinya .

Setibanya di sana, puas juga kami berpusing2 utk ke kawasan Kota Melaka tu, manakan tidak.
Semua jalan dan jadi "sehala" dan kalau dulu boleh lalu kereta kat depannya, sekarang telah berubah sama sekali.


Akhirnya, sampai juga kami ke destinasi yang dituju, tapi masalah "parking" kereta pula timbul.
Sebagai jalan penyelesaian, aku hanya menunggu sahaja didalam kereta di tepi pinggirannya jalan sementara anak ku berserta isteri pergi meninjau didalamnya berbekalkan kamera yang aku berikan kepadanya. Mereka berlumba berdua menaiki bukit St Paul (bukit senpul) dan dan anak ku yang kalah terpaksa menemankan ibunya nanti menonton wayang "Alice in Wonderland" nanti