WARGA SCP

Rabu, Mac 17, 2010

BUSUK PUN BUSUKLAH labu hehehe

ada spesis D 14, D101,Durian kampung dll


AMARAN OLEH KERAJAAN KONGGOSTAN
SILA PAKAI PENUTUP HIDUNG
ATAU
MULUT
ATAU
TOPENG OKSIGEN BESERTA GOGGEL
SEBELUM MEMBACA N3 INI

PIHAK KERAJAAN KONGGOSTAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
ATAS SEGALA KEMUDHARATAN YANG BERLAKU
SEMASA ANDA SEMUA MEMBACA N3 INI


Raja segala buah , itulah durian, Ada memacam panggilannya, doyan , dorian ikut dialek . Tapi yang pasti dia dapat gelaran raja segala buah ni kerana dia berduri dan baunya yang "harum"

Dulu kat kampung aku, tanah yang dibina rumah oleh arwah ayah ku sekarang, disekelingnya penuh dengan pokok buah durian selain duku dan manggis. Yang paling aku seronok dulu, kalau nak makan durian , tak payah beli bila tiba musimnya. Makanlah seberapa banyak yang terdaya . Yang paling sedap sekali ialah terdapat sebatang pokok jenis durian tembaga. Selalunya buahnya tak banyak , tapi rasanya tidak dapat digambarkan. Dalam sebiji durian tembaga tu pun pangsanya tak banyak .

Teringat aku dulu, bila tiba musim durian tu, pagi2 lagi aku dh pakai helmet arwah ayah untuk mengumpul buah yang gugur pada waktu malam selalunya. Kalau malamnya hujan dan angin kuat, maka banyaklah buah yg gugur, penuh sebakul . Kadang-kala terpaksa dijual kepada peraih. Nak kasi jiran2 pun , hampir semua dari mereka mempunyai pokok durian sendiri di tanah masing-masing. Apabila tiba musim durian, maka banyaklah tupai yang berterbangan dari satu pokok ke satu pokok untuk menikmatinya. Sebagai langkah pencegahan, biasanya tong biskut kosong yang besar akan diletakkan dan diikat di atas dahan pokok . Setiapkali gerombolan tupai tu datang, aku akan menakutkan nya dengan mengoncangkan tali tersebut yang bersambung dalam tin tersebut dengan sebutir besi. Apabila digoncangkan tali itu, maka akan kedengaran seperti orang memukul gendang. Akan bertempiaranlah tupai2 itu. Tapi takkan 24 jam nak tunggu kat situ, tupai tu pun pandai dan jenis tupai sekolah punya. Malam hari bila orang dah tidur , maka mereka akan beroperasi hehehe

Masa tu juga arwah ayah ku cukup gemar makan durian dengan nasi beserta santan dan gula merah. Cukup berselera kami masa tu



Akhirnya durian yang berlebihan akan diambil isinya dan akhirnya dibuat tempoyak oleh ibu ku.
Cakap pasal tempoyak, dah meleleh air liur ku sekarang hehehe

Dulu kalau nak makan durian bukan macam sekarang kerana dulu buah-buahan ini biasanya akan berbuah mengikut turutan dan musimnya. Biasanyanya durian dulu, selepas tu manggis, lepas tu rambutan ,lepas tu duku , lepas tu epal, lepas tu anggur , lepas tu kiwi hehehe

Tapi sekarang , cakap je nak makan durian, sepanjang tahun boleh makan. Sekarang pun dah bermacam jenis ada D10, D14, D 101 dan memacam D lagi . Selalu yang gunakan pangkal D ni setahu pak itam polis ,

  • D1 - Bahagian Pentadbiran
  • D2 - Pendaftaran Rekod Jenayah
  • D3 - Bahagian Naziran
  • D4 - Bahagian Unit Rekod Perangkaan
  • D5 - Bahagian Pendakwaan/Undang-undang
  • D6 - Bahagian Bantuan Teknik
  • D7 - Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat
  • D8 - Bahagian Siasatan/Perancangan
  • D9 - Bahagian Siasatan Khas
  • D10 - Bahagian Makmal Forensik
  • D11 - Bahagian Siasatan Seksual
  • D12 - Bahagian NCB/Interpol
takde pulak unit dlm perkhidmatan polis D 101 - Bahagian perisikan durian hehehe



Kebetulan tempohari semasa aku balik dari Muar melalui pekan Jorak dan Bukit Pasir utk masuk ke highway plus melalui Pagoh, terjumpa pulak gerai menjual durian ni tepi jalan, Apa lagi, mak itam memang nak makan sangat , ajak makan kat situ dia tak mahu, nak bawak balik macam tu dalam kereta , mau baunya akan mengganggu hidung aku nanti. Akhirnya kami meminta penjualnya mengopek dan di bungkus sebaik mungkin untuk di bawa balik. Aku memili beberapa biji jenis D101 . Hasilnya dalam 5 pek juga .Katanya durian ni dari kebun di Lenga, Muar.

tengah dok sibuk belahkan durian tu

Tapi tiba kat area yong peng , hidung ku dah terbau hehehe
Berhenti tepi R&R sebelah Yong Peng dan mak itam pun balut pula 5 pek durian tu dengan tuala dan masukkan dalam plastik besar yang kedap udara. hehehe

packing bebaik tau

Alhamdulillah, bau dah hilang.
Tapi hari ni seluruh rumah ku berbau durian kerana tak habis lagi durian yang kami beli tu.

Mengikut sejarah,Pak itam pernah duduk makan lebih kurang sebakul besar durian dulu masa pergi ke dusun kawan mak itam di Ulu Langat, Kata orang makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang, tapi masalahnya masa tu pak itam belum kenyang lagi hehehe

Ada orang memang tak tahan bau ni , hidung aku ok, hidung aku dah kebal hehehe

Tu sebab kebanyakkan hotel akan meletakkan tanda "NO ENTRY FOR DURIAN"

Tapi kalau pak itam jadi towkey hotel tu , pak itam akan letak "DURIAN's ARE WELCOME"

Nasib baik zaman pengkomputeran hari belum secanggih yang aku sangkakan, kenapa ?????
pasal kalau biasanya kita boleh selitkan lagu dalam blog kita , jadi bila kita melayarinya , boleh membaca sambil mendengar lagu,

tapi takde teknologi ni lagi, siap boleh selitkan sekali bau durian atau bau apa2 pun yang kita gemari,

Kalau boleh, tentu sekarang rakan2 dan sahabat semua dah terbau bau durian ni semasa melayari n3 ni

SELAMAT MENJAMU MATA
TANPA ADA BAU

hehehehehehe

24 ulasan:

  1. Salam,

    Teng..teng..teng.. Chopppp

    BalasPadam
  2. Salam,

    Nak sekali lagi.. heh..heh..heh..

    BalasPadam
  3. Alang-alang 3 kali..

    Ala la la lala

    Lepas ni baru baca N3

    BalasPadam
  4. Wah..Pak Itam. Sedapnye makan durian. Durian kuning minta sebijik.. hehehe

    1,2,3 & 4 saya dah ambik. Yang kelima siapa yerr.. Kita tungguuuuuuuuuuu..

    BalasPadam
  5. Salam

    Pak Itam, az tak suka durian la ehheheh


    pssst: umangaiiiii,abangsulong kat sini jug gigil ke

    BalasPadam
  6. alamak AZ yang ke 5, ingatkan saya ni....

    durian oh durian...dulu2 saya suka makan durian.....beli tak seberapa, tapi masa ni lah orang kata menumpang tuah orang berkebun durian...ade je yang lebih2 di hantar ke rumah...la ni....bau durian pun dah tak tahan...makan apa lagi...sikit2 boleh la...

    hubby lagi best.........memang dia tak suka durian!!! tapi dia sanggup beli untuk bini dia makan!!! dengan syarat...kopek letak dalam tupperware / atau jika ade buah durian...cepat2 dia suruh perabih kan!!! kah3x

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Pak Itam

    buat saya terliur jeee
    kegemaran ku sejak kecil
    itu sebab n3 saya ada gambar durian jugak

    Wassalam

    BalasPadam
  8. salam rezeki..

    cl tak tahan bau durian..busuk..ada kebun pun tak pernah jenguk di kuang...


    for me DURIAN ARE NOT ALLOWED TO BRING IN THE ROOM..kindly take NOTE!!!!


    waslam

    BalasPadam
  9. Salam Pak Itam, saya memang tak tahan tenguk durian ni....cuma sekarang kena berjaga tak boleh makan banyak

    BalasPadam
  10. salam pak itam

    wahh dia hafal bhgian yg guna pangkal D.Polis ker pak itam ni..?Dukun senah dukun diraja telek pak itam ni kerja yer lain,napa pulak dok hafal fail polis tu..


    makin lama makin konpius CM ni..


    tuuuulll tu,bucuk,bucuk arrr..durian tetap durian...heheh

    CL kata...terbakar baca n3 ni..hahaha..dia kan speacia anti durian...

    BalasPadam
  11. Salam Pak itam,
    Tengok durian kuning tu teringin nak makan, tapi saya ni tak tahan bau/makan durian, muntah maa... dah takde nikmat durian.

    Amboiii abangsulung, kat sini pun raja pecut gak.. hehehe

    BalasPadam
  12. salam abg sulong

    hehehe kat umah pak itam traffic ok, takyah nak rebut2 hehehe

    nanti pak itam kasi hadiah kat ang sulong ya , gam... (tutttt sensored) sarawak hehehe

    tapi buat ubat sakit gigi je tau, bukan yg lain hehehe

    BalasPadam
  13. salam abg sulong

    tapi tak boleh lawan dgn durian kat balik pulau ,penang hari tu hehehe

    BalasPadam
  14. salam az

    az samalah dgn cl, hehehe

    BalasPadam
  15. salam cikgu SAK

    siapa tak sayang binikan hehehe
    bini punya psl hehehe

    harum satu rumah dgn bau durian ni hehehe

    BalasPadam
  16. salam atuk

    kita sama je, bab durian ni hehehe

    BalasPadam
  17. salam cl

    alaaaaa, hehehe
    tak jadi pak itam nak bukak hotel baru , ingat nak suruh cl jadi manager kat situ heheeh
    psl nama hotel tu pun The Durian's hehehe

    BalasPadam
  18. salam kamato

    ni mesti kena pantang hehehe

    lepas makan, telan ubat hehehe

    BalasPadam
  19. salam cm

    busuk pun busuk la hehehe

    pak itamkan polis pencen hehehe

    cl terbakar takpa, jgn pasal durian putus sahabat , udah le hehehe

    BalasPadam
  20. salam zie

    makanlah sebelum hilang nikmat durian tu hehehe

    pak itam pun makan bukan selalu, hanya tibe musim je

    BalasPadam
  21. haaaah! mana nak pi cari durian lepas nih...:((

    BalasPadam
  22. salam kak nab

    tadi last kopek, pek durian tu yang terakhir hehehe

    sekrg kat pagoh, muar tgh musim

    sian kak nab, nanti pak itam suruh jin tu hantarkan bang sebiji dua hehehe

    BalasPadam
  23. pak itam,

    tidak usah..akak takut jin tuh..:D

    BalasPadam
  24. salam kak nab

    hahahahaha

    BalasPadam