WARGA SCP

Rabu, Mac 03, 2010

IHSAN

renungan matanya yang ayu

"pak, nak susu"

Ihsan ialah sifat hati yang mempunyai daya penggerak untuk berkorban melakukan kebaikan zahir dan batin semata-mata untuk mendapat keredaan Allah.

Ihsan terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranya

Pertama : Ihsan dalam ibadah,

Ibadah yang terkandung di dalam rukun Islam adalah merupakan asas kepada kehidupan seseorang muslim dan aktiviti sehariannya yang mengandungi pelbagai pengertian dan pengajaran. Ibadah mengajak kita tunduk dan menurut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah bagi setiap muslim. Ibadah melatih kita supaya menunaikan kewajipan tepat pada waktunya, sentiasa berhati-hati dan melakukan sesuatu kerja dengan penuh kesedaran dan penghayatan. Banyak lagi pengajaran-pengajaran yang dapat diambil dari ibadah yang kita tunaikan seharian.

Kedua : Ihsan dalam muamalat

Ihsan dalam muamalat adalah merangkumi perkara-perkara seperti berbuat baik kepada ibu bapa, keluarga, kaum kerabat, jiran, orang fakir miskin dan juga kepada makhluk-makhluk lain. Berbuat baik kepada ibu-bapa ialah dengan tidak menyakiti hati mereka, mengikut segala suruhan dan permintaan mereka selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam, disamping menyempurnakan segala keperluan mereka terutama ketika mereka lanjut usia serta tidak berupaya melakukan kerja.

Allah berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 23

Maksudnya : " Dan hendaklah engkau berbuat baik (ihsan) kepada ibu-bapa, jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan "ah' dan jangan engkau menengking, menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang bersopan santun '.

Sebenarnya kalau nak kupas sifat ihsan ni dengan lebih mendalam, terlalu luas dan panjang lebar.

pekedai yg bermurah hati di HC yang akan memberikan makanan
kepada merpati liar ini setiap pagi
Sebagai contoh, pak itam ambil sifat ihsan kepada makhluk-makhluk Allah yang lain yang hidup di muka bumi ini. Kalau kita tak suka sekali pun, janganlah kita menyakitinya kerana dia juga makhluk Allah yang punya tempat dibumi ini .

Mungkin kerena itulah , Allah ingin menguji ku dengan mengurniakan kepada ku kucing sebagai binatang peliharaan ku yang semakin bertambah dari hari ke sehari . Aku punya anak sendiri 2 orang yang tidak lagi tinggal dengan ku dan 22 ekor pula anak kucing .

Kekadang, aku sering juga berbicara dengan mereka walaupun bahasa kami tidak sama, tapi kami cukup memahami antara satu sama lain apa yang kami bicarakan.


Asalnya kucing ku hanya seekor dari keturunan Parsi kini telah berjumlah seramai 22 ekor dan dah tak dapat lagi ku tentukan keturunannya he he he



Jumlah 22 ekor ini termasuk 2 ekor ibu yang baru melahirkan anak . CC melahirkan 4 ekor anak dan Grey melahirkan 5 ekor anak pada 2 hari lepas. Sekarang aku kekeringan idea untuk menamakan kucing2 ku yang 9 ekor yang baru lahir . Jantinanya pun belum sempat aku tengok lagi bagi memberikan namanya.

Nampak gaya, jika kesemua anaknya ini hidup dan membesar, maka jumlah bungkusan makanannya pasti bertambah dari 4 beg seberat 3.5 kg setiap satu sebulan kepada 6 beg rasanya.

"bapak sapa la ni" katanya

Allah mengurniakan ku rezeki ditempat lain dan akan ku kongsikan juga rezeki ku ini buat kucing-kucing ku .

Insyallah, aku cuma melakukan apa yang disarankan dalam islam agar berbuat baik (Ihsan) kepada makhluk-makhluk Allah yang lain.

Sesungguhnya setiap rezeki yang aku perolehi, ada bahagian utk orang atau makhluk lain .

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui .

22 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    Sunah Nabi tu Pak Itam

    Nabi kan sayangkan kucing

    moga Allah membalas jasa Pak Itam n Mak Itam

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Salam CR...

    Comelnya.... geram saya tengok... sya nie suka kucing... kalau kt kg... sy suka tido sambil peluk kucing... hehehe tapi dok rumah kotak nie tak tak dpt nak bela... Kalau dok umah teres, dh mintak ngan pak itam barang seeko dua... hehehe

    menyayangi dan memberi makan kucing pun dah dikira amal soleh dan mendapat ganjaran pahala... InsyaAllah

    BalasPadam
  3. salam rezeki..


    aminnn......

    waslam

    BalasPadam
  4. Asalamualaikum Pak Itam,

    Tuan ni berhati mulia, penyanyang kepada semua mahluk. Boleh buat contoh kepada orang lain ni..

    Teringat kisah Nabi Ayub, ulat terjatuh dia letak balik kebadan dia..

    Mertabat dan kesedaran yang istimewa yang Allah Taala bagi kepada hamba yang taat & takwa.

    Wah..atikah tido sambil saya peluk rimau. Saya tido peluk rimau.. heh.heh..rimau(anak patung)mainan anak saya je..

    BalasPadam
  5. waaaaaaa..
    comelnyaaaaaaa...
    alahai bucuk-bucuk-bucukkkkkk...
    errr..rasa cam nak pinjam...
    kalau dah tataw nak buh nama apa,
    buh le nama team bola sepak yg pak tam suka..bubuh semua nama pemain.. ke ke ke.
    org yg suka binatang, biasanya penyayang...dan mmg akan murah rezeki kalau kita share rezeki kita dgn org/mahluk lain.
    miow...meowww...meowww

    BalasPadam
  6. Salam pak itam

    CM ni selalu terpikir,dalam kumpulan binatang takde manusia,kalau ada org tu tarzan,tapi dalam kumpulan manusia banyak yg bersifat binatang..

    Cm lum jumpa lg binatang yg pas beranak lempar dan flush bayinyer dalam pam tandas...man pi sifat ehsan????

    BalasPadam
  7. salam pak itam,

    wow! 22 ekor...fuuuuh! tabik spring pada pak itam & mak itam.
    suke tengok kucing2 tu...

    setuju dgn pak itam...rezeki yang Allah kurniakan itu kita kongsikan juga dgn orang / makhluk Allah yg lain, kelak kita akan diberkati dan rezeki bertambah lagi.
    sejak memelihara kucing2...rezeki kami digandakan Allah.Alhamdulillah!! nanti pak itam tunjukkanlah kucing2 pak itam yang lain2 tu...

    BalasPadam
  8. Salam Rezeki

    Rasanya yang tu jantan.. ye ke?

    Saya pun sayang kucing, suka anjing, geram kat rimau, tabik kat singa err... segala mamalia asalkan bukan mamalia perosak hehehe

    p/s semua kucing saya namanya Auk. Panggil Auk jer semua datang miahahaha... ayam2 arwah abah dulu semua namanya toyol. Panggil toyol semua datang hihihihi

    BalasPadam
  9. salam CR..khairyn pun ada...hai..., bestnya! bole antar kat akk...2 ekor...tompok ada tak...?itam putih ekor bersimpul...belang cicak tu bole gak...ala bukan jauh pun...Insyaallah...dapt kasih sayang n jagaan yg smpurna...CR kira jd bapak meow!tahniah yer...

    BalasPadam
  10. salam rozali

    alhamdulillah, insyallah

    hanya menjalankan kewajipan

    BalasPadam
  11. Salam CRWah hebatnya..

    mama tak ada pengalaman bela kucing atau apa2.Kira tabik springlah kat CR..Mama tak ada binatang peliharaan kecualilah monyet2 yg sekali2 dtg berkunjung..

    termakasih atas tazkirah.Kena ingat kata2 CR sentiasa berhati2 dan melakukan sesuatu kerja dng penuh kesedaran.

    BalasPadam
  12. salam tikah

    samalah dgn anak pompuan saya, habis kucing tu dibawa tidur satu selimut dgnnya, adiknya juga dulu selalu sembunyi2 bawak masuk bilik tidur sekali

    BalasPadam
  13. salam CL

    semoga diterima Allah

    BalasPadam
  14. salam abg sulong

    pak itam hanya menjalankan tugas , serta tanggungjawab dan amanah Allah atas kurnian kucing ni pada kami

    BalasPadam
  15. salam catz

    tulah catz, tak dpt idea lagi, mungkin boleh letak nama ikut pemain bola kot he he

    catz tentu byk idea psl catz kan miow miow he he

    BalasPadam
  16. salam cm

    sifat2 ehsan telah mula luput dari hati sekarang ni bila perkara2 yg wajib dan haram pun tidak diambil endah

    semoga kita dan ahli keluarga kita serta sahabt handai kita terus dipelihara oleh Allah dgn sifat2 yg baik

    BalasPadam
  17. salam kak nab

    hari ni dlm surat kabor kebetulan cerita tentang kucing, seorg wanita tu ada 50 ekor , wow

    nti saya tunjukkan bapak kucing tu, besar sangat he he

    BalasPadam
  18. salam khairyn

    ha ha tak tengok lagi

    senang mcm tu , 1 nama je he he

    jgn panggil toyol, toyol bebetul yg dtg sudahlah he he

    BalasPadam
  19. salam kak ana

    bapak kucing takpe, jgn bapak ayam he he he

    BalasPadam
  20. salam mama ju

    sekadar berkongsi , semoga kita semua mendapat ikhtibar dr nya

    ni sambil buat keja sikit , sambil blogging

    esok pagi nak kena hantar final draf buku ni kat pengilang

    BalasPadam
  21. Salam Pak Itam...

    Harap suatu hari nanti saya berpelung shoot gambar kucing2 pak itam yang comel2 dan gebu2 tu....

    BalasPadam
  22. salam tikah

    he he he jgn kata dgn kucing pak itam, dgn pak itam dan mak itam sekali pun boleh la la la la

    BalasPadam