WARGA SCP

Selasa, Mac 23, 2010

SAMBAL PARU UNTUK KEKAWAN

sementara nak goreng sambal, aku dah kerjakan dulu hehe


yang ni aku belum makan dan rasa lagi
nanti balik makan tengahari, baru merasa





Alhamdulillah, sambal paru untuk kekawan yg dimasak oleh isteri ku dah siap. Kesian juga lihat isteriku menyiapkannya dari sebelah petang lagi . Menyediakan cili keringnya dan bahan2nya. Kemudian mula mengoreng paru tu dari selepas asar lagi , berhenti magrib dan selepas isyak sambung lagi mengoreng .

Selesai bahagian pertama hampir pukul 10.00 malam juga.

Sebelum subuh , isteri ku mula memasak sambal paru goreng pula .

Inilah hasilnya , untuk disedekahkan kepada kekawannya nanti.

Kawan2 ku di alam maya pula jauh, kalau tak boleh juga ku hantarkan

Namun , untuk tak menghampakan aku hantarkan juga di sini

untuk CL, AZ ,CATZ SERTA KAK NAB
silalah

untuk CL lagi kerana dia suka makan sambal

utk Khairyn krn kat Glasgow susah nak cari paru ni

yang ni utk kak ngah, CM, kak chik, Kak Ummi,tikah,hanis,IP,Syima
atuk, rosli , CP, Mama ju , Abg Sulong serta Nazir yg jauh kat Menado tu
dan kekawan lain yang kalau nak sebut nama
ramai tu
kita kongsi sorang sikit ye

yang ni utk aku
tak boleh kongsi
hari tu tgk kat rumah CL, terus teringin nak makan
alhamdulillah, Allah mendengar permintaan ku
rupe2nya, ada orang kasi aku tumpi ni

dah nak habis aku kerjakan

28 ulasan:

  1. salam pak itam,

    patutlah kak nab rasa nak ziarah umah pepagi nih...rupanyer ada sambal peparu dihidangkan untuk akak...auwww!!

    BalasPadam
  2. salam CR...

    sambal paru!!!! .... kak nab jom kita pi terjah umah pak itam , kot2 ada lagi paru tu .. aduh tak leh tahan nih...

    tumpi , CR peminat tumpi ek , nanti akak kasi yer , Wak kat belakang umah akak ni pembuat bbagaijenis tumpi juga , sedap , tak caya tanya geng . AZ , hanis n cm , he he he

    BalasPadam
  3. Salam..

    makacihhh pak itam atas ingatan...tapi tak aci CL n Khairyn dapat banyak,CM kn share ghamai2 dgn kak ngah lak tu...


    pssst",,jiran CM kt KL dulu sorang makcik india namanya PARUVASARY..kami panggilnyer kak Paru...setiap kali nak makan paru ..alahaiii teringatt dia...kesian!!!!!!!!

    BalasPadam
  4. Salam pak itam, jamu kawan2 makan paru je ke...nasik tak de ke?

    Mak pesan tak boleh makan paru, nanti cepat lupe..bukan paru je..tp semua organ dlm binatang.

    Ruginya...

    BalasPadam
  5. thanks..kalau bagi betul2 kan best.
    by the way, dah ada sambal paru ni..beli tadi dan tergerak nak amik sambal paru..rupanya ada org bagi..
    tengkiu.
    sama2 berparu-paru lah kengkawan semua hari ni.
    :)

    BalasPadam
  6. Salaam Pak Itam,

    tu diaaa... masak cabai kelempung!!! opps silap...teruja sangat sampai keluaq cakap utara...heh..

    sambal paru...bestnyer! mekasih pak itam & mak itam. Sib baik datang awal, ada lagi 'belen' sambal tu... phew! Kalau tidak melepas ler...

    chop, nak tanya... tumpi dengan rempeyek tu benda yang sama ke? Atau... rempeyek tu salah satu jenis tumpi? Nak mintak sample kat Pak Itam, dah abih ler pulak...hmm ;)

    VpeaceV

    BalasPadam
  7. salam from makkah...


    Notiiii arrrrrr




    wslam

    BalasPadam
  8. Salam CR,

    ma kasih, ingat juga kat AZ.

    paru ni memang my feveret. memang pun semasa nak menunggu disambalkan dah abis separuh az kerjakan. heheheh

    BalasPadam
  9. x suka beli paru2 yg lum masak sbb x lalu dgn rupa dan darahnya.

    sedap klu goreng berempah mkn dgn nasi lemak kukus.

    pak itam...itu bukan tumpi lah..tempeyek klu tumpi pkai kacang hijau/dal.

    BalasPadam
  10. salam rezeki

    cissss!!!!! ngences kata orang jawa tau!
    Lepas ni kena gak ler cari paru ngan segala organ dalaman setiap lembu @ kambing yg ada kat sini :p huhuhu
    Psstttt... tu kami panggil rempeyek la sebab kacang tanah. Tumpi tu kalau kacang ijou. Mak memang sangat terer buat peyek dan tumpi. Rangup dan tak keras. Anak dia? Memang terer dan juara makan! huhuhuhu

    BalasPadam
  11. Salam Pak Itam,

    Cadang kat Mak Itam buat blog kongsi resepi plak.

    Tumpang lalu..Khairyn
    Kacang ijou dipanggil tumpi, kacang tanah disebut rempeyek, ada satu lagi kacang dal...panggil apa nyek?

    BalasPadam
  12. Salam CR

    Terimakasih masih ingatkan mama.Mama dan anak2 prm memang suka sambal paru ni.oo mama dah rasa ni.sedapnya..cukup masam manisnya..

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Pak Itam

    saya lambat datang ni, ada lagi ke
    kalau dah abih, nak merajuk ni
    pi batu belah batu bertangkup

    toing toing

    Wassalam

    BalasPadam
  14. Salam Tn Ismet..

    aiseyyy.. dah memalam baru sampai HC.. jauh bonar.. naik turun bas dekat 15 kali tak sampai2.. kak ngah lapaq nie.. ada lagi ke balen2 kelempung goreng cabai tu.. apa!!! udah abis.. uwaaaaaaa..

    tn hj rozali.. bawaklah kak ngah skali.. kak ngah pun nak majuk jugak .. 'batu belah batu bertangkup.. telanlah hamba yang comey ini..' ahiksss

    BalasPadam
  15. salam kak nab

    nak hantar jauh, hantar kat n3 je lah yg boleh hehe

    BalasPadam
  16. salam kak ummi

    saya suka mkn tumpi , tempeyek ni
    tu yg ngap,ngrut sesadar habis dah hehehe

    BalasPadam
  17. salam cm

    cm kongsi dgn kak ngah , kak ngah tak kuat makan, dia diet katanya hehe

    cl ngan khairyn dpt banyak sikit psl kat sana susah nak cari peparu ni hehehe

    BalasPadam
  18. salam MI

    nasi bawak sendiri hehe

    MI tak boleh mkn ,psl MI tgh belajar nanti lupa hehe

    pak itam dh tua, lupe pun takpe, jgn lupe agama dan nabi sudahlah le hehe

    BalasPadam
  19. salam catz

    berparu2lah kita gamaknya hehehe

    BalasPadam
  20. salam kak chik

    tumpi ke, tempeyek ke saya belasah je, janji sedap hehehe

    kelempung tu peparu ye

    BalasPadam
  21. salam cl

    hehehe

    nak hantar makkah, bangsi ajaib ku si re pinjam hehehe

    nak suruh jin hantar, jin hari off day hehe

    jadi , htr kat N3 jelah hehe

    BalasPadam
  22. salam az

    samalah kita. belum smpt disambalkan, kita dah sambalkan sendiri dlm mulut kita hehe

    BalasPadam
  23. salam zue

    pak itam main makan je hehehe
    tumpi atau tempeyek mmg sedap makan dgn air teh ka, atau kopi

    BalasPadam
  24. salam khairyn

    tu sebab CR hantar lebih sikit utk khairyn kat sana, sanakan susah nak cari

    khayryn juara makan ye hehehe

    BalasPadam
  25. salam kak ina

    hehe mak itam ku tak berblog hehe

    BalasPadam
  26. salam mama ju

    sekadar ingatan buat kekawan sekalian hehehe kat n3 pun jadilah

    BalasPadam
  27. salam atuk

    ada lagi, tapi nak kena panaskan dlm microvave lah hehe

    BalasPadam
  28. salam kak ngah


    hahaha

    mau kalau batu belah batu bertangkup yg nak makan kak ngah tu mesti jenis batu yg besar saiz xxl, kalau tak , tak tertelan kak ngah nanti hehehe

    BalasPadam