WARGA SCP

Sabtu, Mac 06, 2010

TELUR AYAM KAMPUNG

sebiji utk aku, sebiji utk CL dan sebiji lagi kongsi reramai
utk kekawan hehe

perbezaan telur ayam kampung dgn ayam bandar
kalau telur ayam hutan kepunyaan kak ngah,lagi kecil saiznya


CL, inilah teh ais tarik ku yang berbuih

Semalam aku berkata kepada isteriku, lama tak makan jemput-jemput udang. Mak itam berkata, "ok, esok i siapkan bancuhannya , tapi u gorengkan , boleh tak?" Aku hanya tersenyum je he he

Tetiba , malamnya mak itam suruh aku pegi kedai kerana ada bahannya yang takde. Aku pun sarung baju dgn kain pelikat gombang je , pegi kedai lebih kurang kul 9.30 mlm juga.

Balik je, laparlah pulak. Aku dengan mak itam mmg pada hari-hari biasa jenis tak makan malam . Bukak peti sejuk , ada pulak 4-5 biji telur ayam kampung bersama telur ayam bandar hehe

Cerita pasal telur ayam kampung ni, aku kat sini senang dapat. Tak payah beli. Ramai betul ayam kampung sekeliling rumah aku kat hutan ni. Jadi bila dia bertelur , aku ambik dan kumpul je . Free, tak payah beli.

Telur ayam kampung ni banyak khasiat berbanding telur ayam bandar ni kerana pemakanannya . Kuningnya telurnya tengoklah.

Maka, 3 biji menjadi habuan ku malam tadi bersama teh ais tarik . Kalau kat bandar , rasanya susah nak cari telur ayam kampung ni, kalau ada pun mahal

Lepas makan, aku pun merayau2 lah ke rumah kekawan di alam maya.Malam tadi agak lewat juga aku tidur kerana menyiapkan beberapa logo yang perlu di kemaskini sebelum kerja2 percetakan .

Pagi tadi lepas solat subuh, mak itam dah siapkan jemput2 udang seperti yang dihajati.
Terima kasih isteri ku .

jom kekawan, jemput makan jejemput ni


33 ulasan:

  1. alamak lapar le pulak tgk jemput2 udang tu, pagi2 ni..

    nak buat x reti, nak kuar, malas lak sbb hujan kat sini, huhu..

    BalasPadam
  2. Salam cr

    Wah bestnya.Mama pun berdua ni,anak pegi lawan ragbi...
    Ptg ni nak jumpa dato imran kat rumah Hanis...join join...

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,
    Teringin juga tengok jemput-jemput udang tu. Makan dengan sos cili, alamak sedapnya. Satu pinggan boleh abis sorang.. hehehe

    Tapi apakan daya, masa demam ni tekak terasa pahit je.. makanan yang sedap jadi tak sedap.

    BalasPadam
  4. salam CR...

    seronoknya , teringat gak zaman masa dok dikampong , pagi2 keliling rumah , masuk LAU (reban ayam) kutip telor ayam kampong .

    sedap jer nampak cucuq udang tuuu CR , selit ler sekali resepinya untuk versi mak itam , boleh ler akak mencuba buat plak,nk antar kat adik baju pink tu...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Pak Itam

    Terima kasih Mak Itam, kerana menghidangkan Pak Itam cucuq udang tu

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam

    minta laluan

    Salam abangsulung
    kesian demam pulak
    dah makan ubat

    Wassalam

    BalasPadam
  7. Salam CR,

    Cantik gambar yang CR ambil ni. Tapi ada sikit kelakau bila tunjukan telor ayan kampong ngan bandar tuh. heheh

    BalasPadam
  8. salam pak itam,

    eh! kebetulan pulak..kak nab pun buat jemput2 semalam. makan dgn anak2..suami tak gemar, dia hanya suka jemput2 pisang!

    BalasPadam
  9. salam rezeki..

    takpa..cl kurengggg minun teh ais...suka teh o ais...heheheh


    waslam

    BalasPadam
  10. salam,
    CR,
    wah menu yg tak sesuai untuk HPT.

    menggerunkan!!!

    BalasPadam
  11. alamak pak itam & mak itam nih...dengan telur ayam , cekodok udang(org kg kite panggil) ..ABC lagi... Pak arab sini tak reti (tak kreativ)buat ABC kalau tak mesti laku tgh padang pasir nih. ais cream pun mat salleh punye yo! Sos cili pun tadak...jual sini lerh pak itam..

    BalasPadam
  12. salam CP

    laaa org bujang ni, kacau je tepung dgn air panas , bawang, daun kuchai, taugeh sikit dan udang serta garam sikit he he he

    panaskan kuali he he he

    ni pak itam nak jadi chef la pulok ngeh ngeh

    BalasPadam
  13. salam abg sulong

    pak iatam kalau demam , pak itam belasah je he he

    alhamdulillah, jarang demam, tapi sesekali demam, teruk juga

    BalasPadam
  14. salam mama ju

    tentu tadi mama ju dan gpk lain seronok makan2 kat sana , makankan utk pak itam tak ?

    BalasPadam
  15. salam kak ummi

    sekrg kat bandar dah takde tu semuakan, silap2 bebudak sekrg telur ayam kg pun dah tak kenal

    untung pak itam masih merasai suasana tu

    BalasPadam
  16. salam atuk rozali

    alhamdulillah, tk pada mak itam yg lepas subuh terus gorengakn jejemput tu

    BalasPadam
  17. salam az

    he he pak itam dapat bayangkan apa yg az bayangkan hehehe

    BalasPadam
  18. Salam Pak Itam,

    Saje je saya buat komen lewat-lewat ni, pasal telur ayam kampung. Malu sikitlah bab ni..

    Telur ayam kampung + madu + serbuk lada sikit.. fuh..bagus untuk lelaki. Sunnah juga tu, demi kebahagiaan rumah tangga. Eh..kalau rumah teres cam mana ye, tak de tangga. keh.keh.keh

    BalasPadam
  19. salam kak nab

    saya ni apa jenis jemput2 pun suka, belasah je hehehe kena pulak dgn teh o earl grey

    BalasPadam
  20. salam cl

    kalau teh o ais earl grey letak lemon aikssssss jap lagi nak pi bawah buat segelas laa hehehe

    BalasPadam
  21. salam kak S

    hehe pak itam di HPT jenis tahap rendah je hehehe tu yg boleh belasah semua

    BalasPadam
  22. salam lynn

    ya tak ya, kalau pak itam duduk kat sana, mau pak itam jual ABC tu, laku punya hehe he

    BalasPadam
  23. salam abg sulong

    dulu selalu juga makan telur ayam kampung tu dgn madu lebah yaman yg beli kat mekah dulu, madu tu dah habis la hehehe

    madu lebah takpe, jangan madu 4 hehehe

    BalasPadam
  24. Salam Pak itam..

    yes yes.. kali nie N3 pak itam tidak menggangu gugat lansung selera kak ngah.. sebabbbbb.. kak ngah dah kenyang..

    blurpppp.. alamak! bau kambing bakar lah.. la la la

    BalasPadam
  25. salam kak ngah

    he he he tu dia jamah sikit ye
    panjang dia punya sendawa hehehe

    BalasPadam
  26. telur ayam kampung kalau amal makan dgn madu, memang sihat badan

    BalasPadam
  27. Salam pak itam,

    tgk lah kak ngah awak tu sana sini dok kacau pak itam, nanti bila jumpa malu hehehe...sebenarnya kak ngah tu pemalu sangat..kan kak ngah kan...

    Pak itam, akak pun kegemaran ..cokodok udang, kat rumah selalu je buat untuk sarapan tak kira pagi atau ptg...kalau ada rezeki dtg kl singgah mah akak boleh akak buatkan...ajak kak ngah sekali.

    BalasPadam
  28. Lupalah nak makan utk CR...tapi jgn bimbang CP dan afeez ada bagi pihak...!

    BalasPadam
  29. salam kamato

    betul tu, telur ayam kg ni banyak khasiat krn faktor pemakanan ayam tu sendiri

    BalasPadam
  30. salam kak sidah

    anak manakan pak itam ni mmg

    nak kena rotan hehehe

    kalau kecik2 nakal, ikat kat pokok jambu hehehe

    BalasPadam
  31. salam mama ju

    seronokkan makan2 reramai begitu sambil mengeratkan silaturahim

    BalasPadam
  32. Salaam Pak Itam,

    Antara 'jemput-jemput' udang dan 'ajak-ajak' ayam, yang mana satu lebih ikhlas? ;)


    VpeaceV

    BalasPadam
  33. salam kak chik

    yang lebih ikhlas adalah hati hehehe

    BalasPadam