WARGA SCP

Isnin, Februari 27, 2012

TERSADAI DI PELABUHAN : PART 1

Senja Di Pelabuhan Kecil
oleh
Chairil Anwar

Ini kali tidak ada yang mencari cinta
di antara gudang, rumah tua,
pada cerita tiang serta temali.
Kapal, perahu tiada berlaut
menghembus diri dalam mempercaya mau berpaut

Gerimis mempercepat kelam.
Ada juga kelepak elang menyinggung muram,
desir hari lari berenang menemu bujuk pangkal akanan.
Tidak bergerak dan kini tanah dan air tidur hilang ombak.

Tiada lagi. Aku sendiri.
Berjalan menyisir semenanjung, masih pengap harap
sekali tiba di ujung dan sekalian selamat jalan
dari pantai keempat, sedu penghabisan bisa terdekap


ALHAMDULILLAH

Kalau berkesempatan menghala ke Kuala Trengganu, pasti aku takkan melepaskan kesempatan walau sedetik cuma untuk menikmati panorama di sebuah jeti atau pelabuhan kecil nelayan ini .

Rasanya ini kunjungan ku yang ke empat selang beberapa tahun namun aku masih tidak jemu untuk singgah ke sini.

Kelihatan bot-bot usang yang terdampar di sini akibat musim tengkujuh yang masih berlarutan sentiasa mengingatkan ku akan hakikat kehidupan ini yang hanya sementara di dunia yang fana' .

Aku bukan seorang sasterawan yang bisa menukil sebuah puisi indah , namun segalanya aku rakamkan dalam bentuk gambaran yang begitu menenangkan. Menikmati kesegaran tiupan bayu laut China Selatan .

Semuanya percuma yang dikurniakan oleh Allah S.W.T tanpa sebarang bayaran . Agak2nya kalau setiap nafas aku hela ini memerlukan bayaran, berapakah agaknya yang aku berhutang dengan Allah .


Segala nikmat di dunia ini yang dikurniakan dan dipinjamkan oleh Allah hanya bersifat sementara. Namun adakah setiap nikmat itu aku pergunakan sebaik mungkin seperti yang disyariatkan .

Kekadang aku merasa takut bila mengenangkan sepanjang 46 tahun aku dalam pelayaran .

Adakah telah cukup bekalan ku sebelum aku "tersadai di pelabuhan" .


6 ulasan:

  1. cantik gambarnya. warnanya hidup.
    betul kerana segalanya percuma, ramai yang take for granted and forgot to say thanks. beruntung mereka yang sentiasa ingat kerana hidup hatinya dan celik bila memandang alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. moga kita semua sentiasa menjadi insan yang selalu bersyukur dgn apa jua pemberian Allah

      insyallah

      Padam
  2. mmg cantik panoramanya...airnya yg jernih.
    klu lh ciptaan tuhan tu kena bayor mmg tak trhitung nilainya...maha suci Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah

      mmg tak terhitung kalau nak dikira

      subahanallah

      Padam
  3. Salam Rezeki.
    Gambar yang dipaparkan tidak begitu menimbulkan rasa berahi tapi ungkapan-ungkapan puitis mengalahkan Suhaimi Mior Hasan.....well done....blends well with the panoramic and scenic pictures....

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam uncle

      thanks,

      wah, uncle dah boleh berduet dgn sheila nanti kat konsert dia hehehe

      Padam