ALHAMDULILLAH
Selain aktiviti minum kelapa muda terus dari pokok, satu lagi ialah main bola sepakraga bulatan di sini. Kaki aku pun gatal nak join sama . Walaupun dah hampir belas tahun jugak aku tak pegang bola takraw ni, tapi skill lama yang dah berkarat masih ada lagi mengalir dalam darah aku.
Kerana bola takraw nilah segala ceruk kampung dan negara aku jelajahi . Aku mula main takraw masa aku tingkatan satu lagi . Teringat aku masa dulu aku "akalkan" mak aku kata nak kedai malam2 hari dengan kayuh basikal jantan aku yg ada palang tu dan perewel mati dengan pakai kain pelikat je siap baju kurung telok belangah lagi , tapi dengan kasut bata putih tu dan dalam kain pelikat aku dah ada seluar pendek . Aku join bebudak muda kampung main kat gelanggang malam2 hari.

Sejarah paling lama aku bertarung dalam gelanggang ialah hampir 3 1/2 jam . Masa tu aku baru 18 tahun++ dan baru pulang dari menyertai pertandingan peringkat Remaja Asean di negara Brunei Darulsalam. Jadi badan memang tengah "fit" lagi dan balik ke tanah air,letak baju kotor dan dan ambil baju bersih pula terus lapor diri untuk mewakili negeri Johor pulak ke Piala Menteri Besar Peringkat Zon Selatan dan Melaka sebagai tuan rumah. 4 buah negeri ambil bahagian iaitu Johor, Melaka , Negeri Sembilan dan Selangor.
Ku Halim Ku Musa yg sama2 pegi Brunei dengan aku mewakili Selangor masa tu dan Melaka pula masa tu penuh juga dengan "star" yang sedang top gila mewakili Malaysia seperti Ramlan Yusof, Mubarak Kassim dan Omar Kassim.

Kami berjaya masuk final acara pasukan bertemu Melaka. Aku mcm biasa sebagai "killer bees" dengan feeder aku Ipin dan tekong aku arwah Ramli Ayob (adik Fauzee Ayob feeder Malaysia masa tu) jumpa pulak dengan regu Ramlan Yusof . Kami mula main pukul 10 malam dan tamat pukul 1.30 pagi kerana berentap macam nak gila malam tu hingga rubber set. Aku kalah rubber set semata je dengan dius .
Sebelum tu regu pertama kami dah menang manakala regu kedua yang diwakili oleh killernya arwah Samad tewas pula . Kalau kalian nak tahu , Arwah Samad ni ialah gitaris Lefthanded yang terkenal tu dan masa tu arwah ni kerja dengan Lembaga Pelabuhan Johor dan kumpulan Lefthanded ni baru je terkenal.
Pertandingan semakin sengit.Kedudukan 1-1. Penonton macam nak gila pulak malam tu . Aku sebelum turun buat bodoh je dengan gelagat penonton yang kekadang "menganjing"
Regu aku pulak turun last sekali untuk tentukan kejuaraan.
Manakan tidak sampai 3 jam lebih. Masa tu kiraan tak macam sekarang ni. depa servis , aku lipat dah tukar servis. Ramli servis, depa lipat bocor masa aku blocking dah tukar servis lagi. Aku terbang , killer sebelah pun terbang juga .
Macam tu jelah kerjanya sampai punyalah susah nak cari walau satu mata pun. Dapat mata sebijik macam dapat emas seketul masa tu. Nak elakkan kena blocking , habis semua ilmu terpaksa keluarkan , yang tak keluar cuma ilmu alam dan ilmu hitam je hahaha
Walaupun kalah aku puas hati kerana regu yang aku lawan malam tu tengah top form mewakili Malaysia , tapi semangat juang aku tak kenal kau star ke atau aku star ke, lawan tetap lawan .

Habis game , berpapah semua kami dan terlentang kepenatan yang teramat sangat . Majlis penyampaian hadiah malam tu jugak kerana esok acara antara regu pula bermula.
Seluar baju , stokin dan apa yang aku pakai jangan cakap la dia punya lencun. Jersey aku pakai tu boleh perah pakai tangan . Rasa mau 3-4 baldi peluh mengalir.
Penonton malam tu memang rasa puas hati dan terhibur . Aku pulak rasa macam nak mati kepenatan hehehe
Tu semua tinggal sejarah je dan sampai sekarang plak hadiah naib johan tu masih aku simpan kat dalam almari kayu buruk di kampung .
Sesekali aku lihat hadiah2 kemenangan aku semasa aku berkecimpung dalam dunia takraw ni yang melambak kat dalam almari tu, aku tersenyum puas kerana aku pernah berada di puncak kegemilangan dalam dunia takraw suatu masa dulu.
Pada sesiapa yang pernah menjadi lawan aku suatu masa dulu , aku mintak maaf bebanyak kerana pasti telinga mereka serta tangan dan keting mereka pernah rabit terluka akibat lipatan maut aku suatu masa dulu.
Manakan tidak , untuk mengelakkan bola kena blocking , memang aku terpaksa arahkan bola tu ke muka atau telinga mereka . Adat pertandingan tapi aku takda niatkan nak cederakan mereka . Itu semua strategi permainan.
Sampai sekarang , pada rakan2 aku yang masih kenal aku, pasti mereka tak dapat melupakan bagaimana cara aku bermain dan macammana ganasnya aku dulu dalam gelanggang sedangkan aku kat luar sebenarnya pemalu orangnya hehehe
Ahhhh, tu semua dah jadi kenangan ....
Al Fatehah buat dua orang sahabat aku Allahyarham Ramli Ayub dan Samad.
OK, good night everybody
Aku nak bobok dulu , penat hari ni menoreh
Jangan lupa baca doanya sebelum bobok
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati
Doa ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W:
عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ : بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ
ertinya :
Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr berkata :
Adalah Rasulullah S.A.W . jika akan tidur membaca :
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
(Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati),
dan apabila bangun tidur membaca
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
(Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit).
(Hadis riwayat Bukhari)

Jadikan amalan harian insyallah, jangan hanya tahu baca niat "sahaja aku ...." je hehehehehe
Waaaahhh hebat in takraw rupenye.. Baik2 jgn tergeliat..
BalasPadamalfatihah buat 2 rakan bapak..
hehehe mmg dah injured teruk dah tahun 2005 sampai kena pencen
Padamkalau main juga kira kategori OKU hehehe
Salam bapak,
BalasPadamI wish I boleh masuk dalam scene yg ada libas2 tu..mesti sangat hebat tu dan nama2 yg disebut juga adalah hebat2 belaka dan bapak pun hebat sebagai killer bees kan...sekarang killer bees di arena fotografi pulak kan...
Ok thanks doa dan huraiannya...kalau boleh dikatakan...blog ini adalah antara blog yang bercahaya- cahaya..hehe!
waalaikumsalam
Padamhehehe takmo lah krn kalau masuk dlm scene tu, tentu LW terebang bak ponianak harum .... hehehe
alhamdulillah
mana2 yg baik ambil sebagai teladan, yg tak baik jadikan sempadan
ni kepala bapak bersinar bercahaya ni pasal potong rambut pakai mesin no. 0 hehehe
Assalamualaikum Tuan,
BalasPadamSeni dan ilmu sepak takraw sehebat seni dan ilmu fotografi, alhamdullilah.
waalaikumsalam
Padamalhamdulillah
semua tinggal kenangan je
saya ni suka meneroka sesuatu ilmu yg baru dan saya takkan putus asa hingga saya dapat menguasainya , insyallah
Salam CR
BalasPadamCantik sgt gambar tu.
Tak sangka ya CR ni hebat tang macam2.
Terus berkarya!
waalaikumsalam mamaju
Padamalhamdulillah
sekadar insan biasa je saya ni menumpang hidup di bumi Allah
Allah dan tulis perjalanan hidup saya sebegitu
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamwaaaaa
dulu hebat takraw...sekarang hebat menembak pula
Al Fatihah untuk 2 sahabat pak itam tu....
waalaikumsalam atuk
Padamlepas ni entah apa pula bidang baru yg saya nak teroka hehehe
Al-Fatihah buat kawan2 bapak tu..
BalasPadamIlmu hitam & ilmu alam naa, kihkih!
Jauh bapak merantau dengan permainan ini kan, pengalaman hidup yg sangat berharga tu. Apapun, kain pelekat adalah teman setia bapak ke mana2 nampaknya, heheheh..
hehehe
Padamingat dulu sebelum game , apa yg kami amalkan ialah berselawat ke atas junjungan Nabi kita dan mohon pada Allah, lepas tu redah je lawan dalam gelanggang
menang kalah cite lain
bapak org kampung yg tak lepas dgn kain pelikat gombang hehehe
ouh ingatkan terbang macam superman tu..hehe..
BalasPadamwah, best nya terbang denga kebolehan takraw dulu..:D
alfatihah untuk keduanya...
hehehe
BalasPadamkalau nak terbang mcm superman, tak sanggup bapak nak pakai suit merah tu hehehe