WARGA SCP

Selasa, Februari 14, 2012

TGR : KALAU BUKAN HAK KITA



depan tu pintu masuk ke spa

ALHAMDULILLAH

Seluar renang aku kali terakhir aku beli di KL entah bila kurun aku tak ingat . Masa tu aku nak bercebor kat Hotel Concorde yang tak kasi aku pakai kain pelikat kat pool dia.

Jadi brand Arena pilihan ku warna biru terang tapi masih menutup aurat kerana dia panjang melepasi paras lutut .


Tapi seluar tu dah lama betul . Kekadang tu lah seluar masa aku mengecat rumah, tu lah seluar masa cuci motor roda tiga aku dan tulah seluar buat noreh di kebun kerana dia seluar getah dan fleksibel.



Jadi penghujung tahun lepas semasa aku ke JJ Bukit Indah , kebetulan ada 50% discount untuk suit renang , aku pun beli sepasang, anak aku sepasang dan mak itam sepasang.

Balik je rumah masa tu , aku belek2 bil, rupanya seluar aku juruwang kat JJ tu tak kira . Jadi kira ia bukan hak aku selagi aku tak bayar .


Rasa tak sedap dalam hati mula timbul kerana walaupun kesilapan mereka, tapi ia tetap bukan hak aku . Nak pegi sana jauh jugak tu dan tak berbaloi.

Si tanduk dah bisik2 kat cuping telinga aku,
"tak payah lah, kira halal je pasal bukan silap kau, bukan banyak mana pun "

Aku tak layan bisikan "si tanduk dua " tu

Lalu aku "stapler" semua sekali bukti pembayaran dan "tag" kat seluar tu supaya aku tak lupa dan bila2 ada kelapangan ke sana, aku akan bayar .




2 bulan selepas tu , baru aku berkesempatan ke JJ Bukit Indah tu . Aku bawak bilnya dan tunjukkan pada staff di kiosk Arena tu , terangkan bijik butirnya lalu kami ke kaunter juruwang .

Staf perempuan tu terpinga2 lalu aku kena terang semula kronologinya , baru dia faham. Aku bayar tunai RM 95.00 dari harga asal dalam RM145.00 juga tapi ada discount sikit.

Takda pun ucapan terima kasih darinya .

Mesti dalam hati dia berkata,


"apalah punya bodoh orang tua ni ,
ambik jelah dan tak payah bayar pasal dah tersilap"





Tapi kalau bukan hak aku, tetap bukan hak aku kerana aku takut Allah ambil semula hak2 lain yg aku punya yang Allah berikan aku pinjam sementara di dunia ni.

Jadi lepas tu barulah aku tak terbeban dengan rasa tak sedap hati dan bersalah kerana ia sekarang memang hak mutlak aku , tapi masih hak yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T.

Barulah sedap aku nak berkuak lentang dalam kolam ,

Begitulah juga dengan kehidupan kita hari ini yang ,

"hak tetap hak, bukan hak kita tetap bukan hak kita"

Semua yang berlaku tu adalah hanya ujian kecil dari Allah sebenarnya.


Sekadar berkongsi cerita dan jom kekawan ,
aku nak terejun dah ni dalam air yang sejuk lagi dingin ni berkuak lentang hehehe

yang lain kalau nak terejun pakai pelikat gombang atau kain batik,
pastikan dulu dah ikat kat bawah tu, karang terejun sekali terangkat sama , payahhhhhhhhhhhhh hehehe


15 ulasan:

  1. 1st eh!

    Salam bapak,
    Wahhh mentanjung jarakan diri sekuarga yek..best! Best! Nak bilang sama bapak, saya jeles siyes melihat pic header yang mengaum itu...uhhh bila lah saya nak jadi bijak mengcapture pic lagu tu...hehe! Setiap kali up entry, setiap itu juga pic bertukar...awesome!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam LW

      merehat2 badan lps penat menoreh hehehe

      nak ilmu tu nanti jgn lupa bawakkan pulut kuning 12 talam dengan ayam KFC 12 barrel hehehe

      Padam
  2. Ctknye pangkin kt swmingpool tuh. Kalau kami sll ddk situ borak2, mmbace, makan. X bangun2. Smpi tgk sun set.. Moment yg sgt2 dihargai. Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. FM

      mmg cantik tapi pantai sebelah sini hanya boleh lihat sunrise je , no sunset hehehe

      apakata FM nanti ajak hubby pi TJR utk bulan madu lagi
      insyallah

      Padam
    2. Yohooo bapak! Ini yang dtg menempel kembali di blog bapak ni duk baca pasal TJR. InsyaAllah dlm 2 mggu kami akan ke sana. Tapi utk 5hari di Pantai batu buruk ada kerja sket. Dan selepas tuh baru ke TJR utk 3hari. Nak tnya bapak ni.. Since kt bt buruk dah pnh pegi, nk tanya TJR plak. Ada makan2 best tak kat luar2 TJR? Seafood celup tepung ke.. ape2 je la selain food dlm resort? Kami pg naik public transport. Tulun2!

      Padam
  3. bt indah jauh ke? bila dunia sekarang dah biasa dengan ketidak jujuran, mereka yang jujur dianggap pelik. 10sen kurang pun wajib dikembalikan dan pekedai pun selalu terpinga, eh itu pun sanggup.
    cara hidup yg tulus sekarang dipandang sangat aneh kerana penipuan dah jadi raja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dari teratak tepi hutan jauh bukit indah tu dalam 100 km jugak

      moga kita semua tak tergoda bisikan2 tanduk dua tu

      insyallah

      Padam
  4. Oh maiiii! Subhanallah...cantiknya Tanjung Jara Resort! Rugi plak hari tu abg ipar ajak kami pergi, tapi kami tak pergi sbb ada urusan lain. Ni yg kena bodek En.Hubby.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. laaaaa rugi tak pegi psl TJR tu mmg cantik dan menenangkan

      insyallah , sampai la tu nanti

      Padam
  5. Betoi tu, saya sangat percaya dengan prinsip hak itu. Kalau udah bukan kita punya, saya percaya Dia akan ambik balik walau dengan apa cara sekalipun. Kalau dah memang hak atau rezeki kita, ia akan datang pada kita dengan mudahnya tanpa perlu kelupoq atau histeria :)

    Sekali lagi saya gelak sampai tercekik pasal hal kain pelikat tu :D

    Cantik sungguh TJR ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah

      kekadang kita sebagai manusia yg lemah terleka seketika akan prinsip2 hak ni

      kat sini kalau pakai kain pelikat keluar siang hari, mau org kata kita bangla hehehe
      kat tanah suci, itulah pakaian resmi bapak psl rasa selesa sungguh sampai kat sini pun kekadang bapak pi McD hantam pakai kain pelikat je

      Padam
  6. Salam Pak Itam
    Gambor2nye....ngange tengok....
    Anugerah Yg tak ternilai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      ngange karang masuk lalat hehehe

      mmg betul tu, anugerah ygg tak ternilai dari Allah

      Padam
  7. Salam bapak,

    Aaa pulut kuning tu ok lagi, tapi part KFC tu tak mo wehh...ngeri karang kena bantai dgn staff KFC..hahahaha!
    Ok kidding!

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam

    kita ganti dengan pan pizza super supreme large hehehe

    BalasPadam