WARGA SCP

Khamis, Februari 16, 2012

TJR : MELUNJUR, MELUNJUR,MELUNJUR

ALHAMDULILLAH

Keistimewaan TJR adalah suasana kekampungannya dengan menghadap pantai Tg Jara disamping layanan mesra mereka dari semua staff . Satu lagi keistimewaannya ialah tempat melunjur yang banyak terdapat di mana-mana dalam kawasannya . Pilih je lah mana kita berkenan.

Pantainya juga aman kerana rasanya "private beach" tempat ni .

Aku bab duduk melunjur ni kena pulak bayu laut sepoi2 bahasa urdu menyepak pipi aku yang gebu ni, mau terlelap hehehe


tuala bersih disediakan kat pangkin2


Tenang, aman, damai
itulah yang aku boleh gambar bila melunjur sambil mengadap pantai . Lupa sikit masalah kebun gotah yang dah bersemak tak sempat meracun, lupa sikit masalah pokok getah yang dah tua yang perlu ditebang .

Aku rasa ini bukan kunjungan terakhir ku ke TJR ,
insyallah pasti aku datang lagi lagi jika dizinkan Allah untuk melunjur,melunjur dan melunjur lagi .

Cerita pasal melunjur ni, masa aku mengalami kecederaan yang serius akibat anterior cruciate ligament (ACL) dulu dalam satu pertandingan hingga menyebabkan aku hampir 6 bulan Allah bagi kaki sebelah kiri ni melunjur je dan tak boleh bengkok lansung .Masa tu kemudahan pembedahan macam sekarang ni belum meluas lagi . Maka tetiap hari laki dukun Senah kena datang rumah aku melakukan proses urutan.

Hampir setengah tahun solat pun aku duduk melunjur je, nak "qada' hajat" pun kena duduk melunjur juga kat toilet. Punya lah azab . Memang Allah bagi peluang sepuas-puasnya untuk aku melunjur .

Tapi semuanya ada hikmah disebaliknya kerana akibat kecederaan serius tu menyebabkan aku terpaksa melupakan sukan kegemaran aku tu , aku mula pula berjinak2 dalam dunia perniagaan sebagai peniaga dan pembancuh air profesional dan dari titik tolak hasil berniaga air selama beberapa tahun tu lah menyuluh jalan untuk berniaga getah beku pula hingga sekarang hehehe

Ok , aku nak melunjur ni

Tapi melunjur melunjur jugak, angin bertiup tetiba agak kuat,
takut tersingkap kain pelikat tu , maka aku ikat simpul buku sila kat bawah pelikat tu mcm bebudak pengakap tu buat ikatan .

Barulah aku dapat melunjur dengan aman sambil melelapkan mata.

Alhamdulillah

Good Night All My Friends
Moga dibuai mimpi2 indah dan jangan lupa selain baca doa sebelum bobok ,jangan lupa baca 3 kali surah Al Ikhlas sebagaimana seperti pesan Rasulullah kepada Aisyah R.A :

"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an
2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti
3. Sebelum para muslim meredai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara sekali?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

"Sebelum engkau hendak tidur bacalah surah Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

"Membaca selawat untuk ku, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak"

"Beristighfarlah dengan maksudnya "Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati", maka mereka akan meredhai kamu."

"Perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"











6 ulasan:

  1. Assalam Bapak, nak tanya depa ada pasang pelita banyak2 lagi ke kat bawah pokok otw nak g tempat makan tu?

    Ok terima kasih tazkirah doa tidur, wassalam...fiamanillah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      sebelum magrib depa pasang pelita di merata2 tempat , mcm malam 17 likur pulak hehehe

      Padam
  2. Salam Pak

    Kono kombangkan lagi bisnes Apak tu...daripada penjual gotah boku ke pengeluar gotah kajai. Up stream to down stream bisnes kato loghat den. Bilo nak mulo tu....den suko bona nengok bangso den ni meniago..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      karang perut dan pipi yang kombang pulak hehehe

      alhamdulillah

      Padam
  3. Teringin sangat cek nak melunjoq kat TJR tu bapak tapi cek kena kumpoi duit dulu dalam tabung ayam, cek keja gomen ja, bajet kecik, kehkeh..

    Kain pelikat lagi, hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah cikgu , cakap tabung ayam, teringat bapak cite dulu2 bapak simpan dalam tabung buluh yg buat sendiri tu, tak cukup nak makan bapak korek tabung tu hehehe

      Padam