WARGA SCP

Isnin, Februari 20, 2012

TJR : SANTAPAN PAGI "DI ATAS SUNGEI"

ALHAMDULILLAH

Subuh yang indah dengan kiblat menghadap jendela kayu ke arah Laut China Selatan. Tidur ku agak nyenyak semalam dengan katil yang begitu empok serta bantal peluknya setelah segala ceruk rantau TJR ku jelajahi.

Semalam pulang ke bilik agak lewat dalam jam 11 malam setelah menghirup bayu segar malam di tepi pantai . Masuk sahaja ke bilik, katil kami telah disediakan oleh housekeeping untuk beradu. Comforter telah terlipat , hanya nak labuhkan badan je ke dalamnya.

Itulah keistimewaan layanan kelas pertama di TJR. Bantal2 kecil telah dialihkan serta ubat nyamuk "moden" telah dihidupkan. Macam kisah dulu2 masa aku kecik2 di kampung apabila pulang ke rumah kayu atuk nenek ku di mana apabila nak bobok malam sahaja, pasti nenek dah sediakan tempatnya dan dan pasang ubat nyamuk cap ikan.

Nasib baik kat TJR takda orang dodoikan aku lagu pok amai-amai macam masa aku kecik2 dulu masa nak tidur malam .


Pagi ini kami diberi pilihan samada untuk bersarapan "Di Atas Sungei" atau "Nelayan Restoran" yang terletak di pool besar. Kami ambil kesempatan hanya bersarapan "Di Atas Sungei" . Pilihan makanan pagi yang banyak dengan pilihan nasinya, meenya, buburnya , pelbagai jenis bijirinnya serta macam2 lagi . Aku menjamah sedikit nasi lemak yang ku kawinkan dengan nasi goreng. Namun tekak ku tekak org johor agak keberaratan menerima sambalnya yang agak manis sinonim dengan selera orang pantai timur.

Semua jus minumannya diperah semulajadi dan bukan dari botol . Pilihan "semi buffet" ala card juga tersedia , hanya perlu memesan apa yang kita hajati dan disediakan terus oleh chef "panas-panas" lagi .



Kalau dulu muda2 , pasti habis aku mengadap semua hidangan yang tersedia, tapi kini cukup sekadar mengalas perut kerana makan untuk hidup , bukan hidup untuk makan hahaha

Tapi nanti biasanya tengahari, pasti hidangan ku agak berat dan banyak sikit kerana nikmat makan antara nikmat yang tak terhingga yang Allah bagi dan kurniakan, kalau dah tak boleh makan, maka hilanglah salah satu dari nikmat kehidupan.

Sambil pekena kopi, sambil menikmati permandangan dan suasana pagi yang begitu indah dengan kicauan beburung memecah kesunyian. Indah sungguh suasana pagi ni dan aku sangat bersyukur kepada Allah yang masih meminjamkan lagi sehari kenikmatan dunia bagi ku .

Terima kasih Allah.


12 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan dan keluarga,

    Alhamdullilah nikmat Allah tak terhingga.

    Tuan, kalau tidak keberatan boleh tak saya dapatkan alamat tuan (postal address)? Ini special request sempena projek mini Mail box Postcode 7647. Kalau tidak, it is ok. Email saya mieza71@gmail.com.

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      alhamdulillah

      insyallah, akan ditimbang-timbangkan hehehe

      saya dah tgk koleksi tong surat kat blog mieza, mcm2 bentuk dan warna . Satu siri yang pasti menarik

      Padam
  2. Assalam bapak,
    Owh nikmatnya menghadap hidangan di atas sungei, dengan angin bertiup menyapa, melihat lukisan alam yang tidak terperi perinciannya..semoga hari bapak dan mak itam makin ceria...insyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      alhamdulillah

      usia perkahwinan kami masuk tahun ke 23 dah hehehe
      moga LW pun ceria selalu , insyallah

      Padam
  3. our malay architecture is really beautiful dan berlatarkan alam semulajadi, sungei, pantai, hijauan. impian saya nak hidup cara orang dulu.
    nak tanya, adakah bila kita di tempat nyaman seperti di TGR, putaran masa terasa lambat?
    kalau saya ke larkin, belum pernah lagi, nak jugak cari pak itam dan mak itam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang susah nak ketemu semacam begitu, kalau ada hanya pada rohnya sahaja, namun jasad suasana perkampungan melayu sebegitu dah hampir hilang ditelan arus

      entahlah, nak rasa lambat kena duduk mcm mat salleh tu dalam sebulan dua hehehe

      Padam
  4. tengok sungai, air, pokok², daun²... terbayang satu je- tak banyak nyamuk ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah pasal , bapak tak jumpa pulak nyamuk dan agas di situ kerana walaupun diliputi pokok dan belukar , namun semuanya terjaga . dan rasanya setiap seminggu sekali depa sembur dgn asap kot

      Padam
  5. Balasan
    1. alhamdulillah dr
      doa saya agar perancangan dr utk projek masjid tu berjalan lancar krn saya tak lepas mengikutinya setiap hari di blog tuan, begitu juga dgn KHM

      insyallah

      Padam
  6. Saya err...saya selalu hidup untuk makan, kihkihkih! Sabaq jalah. Nak kena berubah nih. Bila nak berubahnya, tak tau lagi :D

    Amboi syok la makan "Di Atas Sungei" gitu. The food is feast for the palate while the ambience is feast for the soul :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok lah tu , standard org muda hehehe
      bapak dulu pun begitu jugak hehehe

      menikmati alam ciptaan Allah buat seketika selagi hayat dikandung badan

      Padam