WARGA SCP

Sabtu, Februari 18, 2012

UPDATED : MEE KARI



ALHAMDULILLAH

Pertama-tamanya bapak nak minta maaf pasal tak melawa kalian rakan2 bapak untuk sama2 menikmati mee kari ni. Kalau dekat, pasti bapak ajak hehehe

Macam bapak katakan tadi , hari ni bapak takmo makan nasi pasal semalam dua kali bapak makan nasi, tengahari dan malam yang selalunya bapak tak ambik "heavy meal". Selera makan semalam meracau semacam je, nak kata pembawakkan budak dan mengidam , mustahil hehehe



Jadi hari ni bapak cadangkan kat mak itam masak mee kari. Semua bahan tadi dibeli kat pasar tani . Dalam kul 2 petang tadi, tgh bapak rehat2 manjakan diri kat atas katil, mak itamnya suruh pulak bapak beli asam jawa dengan halia pasal bahan tu tadi terlupa beli.

Bapak malas nak salin2 pasal bapak kalau kat rumah dengan pelikat gombang je mcm kebiasaan lalu dgn pelikat gombang jugak bapak start motor , selak kain sikit dan ke kedai runcit mamak islam tu kat belakang .

Lantak pi lah org nak tengok bapak macam bangla ke hehehe

Tapi mesti depa ramai2 kat kedai motor sebelah tu ingat mexico mana pakai kain pelikat hahaha

terung bakar goreng ni sedap dengan mee kari ni


semua ada kat dalam termasuk lembu, kerang , fish ball dan entah apa kebendanya

Cerita pakai pelikat gombang ni, teringat beberapa tahun yang lalu di sebuah hotel di Bercy, Paris . Perut lapar tetengah malam, maklumlah winter masa tu. Nak keluar cari makanan halal nak kena salin pakaian lagi pasal winter bukan boleh pakai pelikat gombang je jalan mcm tu, karang terkena "frosbite", menyesal seumur hidup hahaha

Cerek letrik pula takda dalam bilik, maka dengan selambanya berpelikat gombang, bapak turun bawak kole ke dapur restoran mereka minta air panas nak bancuh maggi. Staff kat kitchen tu tengok bapak kehairanan , mesti dia cakap orang mexico mana tu dengan kain pelikat musim sejuk ni hahaha

Dah lah dia sepatah haram tak tahu bahasa inggeris, pengabis bapak pakai bahasa isyarat je hehehe




OK, selagi lagi minta maap pasal hanya mengajak kekawan semua kat alam maya je menjamah mee kari ni dengan mata.

Opssss, hari ni bapak punya rajin sampai ada 2 entry hehehe

Bukan apa, pasal hari ni bapak tak ada keja sangat berbanding hari2 biasa yang penuh dengan kotmitmen menoreh hehehe

Burppppppp ,
Alhamdulillah.

14 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan dan Chef Mak Itam,

    Alhamdullilah...terbaik! Garu kepala pasal nak cari bahan2 yang macam dalam gambartu, terutamanya terung dan bendi, ke kedai Fiji atau frozen di kedai Thailand.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      mesti kat kedai asean ada , kalau tak kenalah gantikan dengan bahan lain sebagai pilihan

      Padam
  2. Salam bapak
    Arghhhh pengsan!!! Dah lah saat ini hujan lebat nampak pulak mee kari mak Itam, 2 x pengsan ok!
    Alhamdulillah itu rezeki bapak n mak Itam, saya tumpang kenyang dari kejauhan...burp!!
    Berpelikat kat Paris?? Harus lah kalau frosbyte...hahahaha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      pengsan takpa, jangan kena rasuk pulak hehehe

      kalau tidak, mau ada cerita "frosbite in paris" hehehe

      Padam
  3. assalamualaikum - sungguh menyelerakan masakan mak itam ni...sungguh saya tergoda tapi apakan daya jauh di selatan tanahair - bohong kalau saya kata saya tak suka mee kari ni - lagi satu tapi pak itam - saya dah mula "takut" nak makan seperti ini!!! arghhhhh.....
    lemak / kolestrol banyak !

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam cikgu

      saya makan 2 pinggan hehehe

      ala cikgu, nasi lemak tu lagi banyak kolestrol tau hehehe

      Padam
  4. Sampai hati bapak tayang gambaq mi kari ni. Saya teringin la pulak malam2 ni mana nak cari, tolooooonnnnggg!

    Cerita kain pelikat bapak ni selalu buat saya gelak sakan. Memang konpem la menyesal kalau frostbite, kahkahkah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala , cari je kat kedai mamak hehehe

      mamak , mee kari satu, siappppppp hahaha

      tu kisah benar tau hahaha

      Padam
  5. kami kalau diajak makan mee kari tu sekejap aje dah boleh sampai. kan kami kan selalu cari makan kat tempat pak itam. hari ni pun nak ke sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe

      sekarang ramai singaporean masuk setiap hujung minggu

      kalau kat pasar tani tu tadi mmg ramai , sempat berbual dgn sorang makcik tu yg dia berniaga makan kat sana

      Padam
  6. wah mee kari!
    baru minggu lepas makan mee kari huhu

    BalasPadam
  7. terliuq sunnguh aih tengok mee kari ni bapak..
    rasa macam paling sedap antara mee kari yang pernah saya nampak... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sian norh hehe

      kalau dekat dah ajak dah

      Padam