WARGA SCP

Khamis, Februari 09, 2012

TJR : MERAYAP CARI SUBJEK YG BAKAL DITEMBAK

banyak pangkin tersedia sepanjang pantai

ALHAMDULILLAH

Mak Itam kepenatan lalu bobok seketika kerana perjalanan yang jauh , aku masih gagah lagi lalu tukar kain pelikat gombang dan menyandang beg dslr aku seorang diri lalu turun ke bawah .

Tujuan aku untuk melihat kawasan persekitaran TJR untuk cari spot yang baik dan mencari subjek2 yang akan ku rakamkan nanti buat koleksi ku . Kelihatan susunan chalet2 kayu terdapat di sepanjang menghadap pantai Tg Jara hingga lebih kurang 2-3 km juga .


Anjung Room

Serambi Room dan Bumbung Room

Macam aku katakan sebelum ni, semua penginapannya dibuat dari kayu yang keras dan bermutu , jadi takdalah bunyi "kriuk kriuk " bila kita berjalan . Jika penginapan yang 2 tingkat tu, di sebelah bawah dipanggil Serambi Room yang punya balkoni di hadapannya dan akses terus ke laman manakala di bahagian tingkat atas pula dipanggil Bumbung Room yang permandangan lautnya lebih jelas . Kalau tak jelas juga, naik atas Atap Room hehehe

Setiapnya mempunyai keluasan 55 meter persegi dan boleh dalam 3-4 orang juga kerana ruangnya yang luas

Anjung Room pula dengan keluasan 88 meter persegi berkonsep single storey manakala paling besar ialah Anjung Suite dengan keluasan 176 meter persegi yang dibina di atas anak sungai .


banyak anak2 sungai di TJR


Kedudukannya yang dilindungi rimbunan pokok2 hutan , namun tiada kelibat nyamuk2 hutan yang biasa memang aku tak suka , kena pulak jenis yang main hinggap2 tu dan gigit .

Ini bererti kawasan TJR ni diselenggara dengan baik berbanding semasa aku berkunjung ke LB&GR Kuala Rompin . Nyamuk kat LB&GR nampak aku mcm pontianak nampak mangsa hehehe

Kalau dari jalan besar , memang tak perasan langsung TJR ni kerana terlindung dengan pokok-pokok besar dan tumbuhan semulajadi .Kali pertama aku singgah ke sini dalam 2 tahun lepas rasanya semasa pulang dari bercuti di Kuala Trengganu. Kami sempat meninjau seketika luarannya dan pada masa tu hati aku dah terpaut untuk menginap di TJR dan dengan izin Allah akhirnya kami dapat merasai sendiri keunikkan TJR ni .

Alhamdulillah

restorannya dikenali "DI ATAS SUNGEI"


bendera merah
maknanya tak boleh mandi
jepun sedang memerintah
hehehe

Anjung Room

kerusi malas bersepah di mana2
tempat rilex sambil hirup bayu laut


2-3 km juga laluan dari hujung sini ke hujung sana

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan,
    Baru sedar bila tengok gambar2 TJR, berbading di sini tidak banyak tempat yang boleh dipanggil resort berbintang2 dengan kemudahan2 yand ada di TJR dan lain2 tempat peranginan di Malaysia. Melainkan di beberapa tempat seperti Queenstown, Lake Tekapo, Dunedin etc.

    Namun begitu boleh dikatakan hampir semua holiday parks, motels, hotel, Bed and Breakfast houses akan menepati holiday quallmark hospitality standard yang ditetapkan oleh kerajaan NZ.

    Singkat kata, semuanya terpulang kepada pilihan dan kemampuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      alhamdulillah

      semua dari Allah jua

      Padam
  2. jalan² ambik gambor tak pakai helmet ke? takut kena hempap buah kelapa... (komen macam budak darjah 3, hihi)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe

      bapak baru masuk kelas tadika

      Padam
  3. Subhanallah, indah sungguh alam ciptaanNya. Suka tengok foto2 di sini, cantik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah

      ciptaanNYA tiada tandingan

      Padam
  4. Keinginan utk pergi makin membuak2.. Cantik gileeeeeeeeeeeee!~ Help2..
    Nnti husband balik nak kne tunjuk gmbr2 ni ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. cantik, tenang dan mendamaikan di TJR

      menghargai keindahan alam ciptaan Allah

      Padam