ALHAMDULILLAH
2012 KALAU ditolakkan dengan 1967, bermaksud usia ku kini telah menjangkau 45 tahun dan nak masuk 46 tahun . Usia perkahwinan ku pula memasuki tahun ke 23 .
46 kalau ditolak 23 bermaksud 23 tahun aku hidup membujang dan 23 tahun pula hidup berpasangan. Maksudnya aku menikah dengan mak itam masa usia ku muda lagi . Kalau zaman mak ayah aku dulu , umur 14, 15,16 tahun mereka dah menikah .
Perkahwinan dalam usia semuda itu banyak cabarannya terutamanya keadaan pendapatan kami yang tak seberapa dan pula selepas setahun berkahwin dikurniakan pula cahaya mata . Tapi prinsip ku ketika itu mudah sahaja, cukup atau tak cukup, aku takkan menyusahkan orang lain . Pasti Allah akan mencukupinya nanti .

Jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki semua Allah yang tentukan. Insyallah, kalau kita berpegang kepada konsep tersebut , pasti ada sinar kebahagiaan menanti kita kalau tidak didunia, pasti di akhirat kelak.
Jodoh , rezeki, ajal dan maut kita telah ditentukan sejak azali lagi. Tapi kita tidak pernah tahu apa yang telah ditakdir oleh Allah untuk kita. Dengan berpegang pada hakikat tersebut, Allah meinta kita berusaha dahulu..
Berusaha mencari jodoh atau pasangan yang baik, berusahalah mencari rezeki yang baik dengan jalan yang diredhai juga.
Siapakah jodoh atau pasangan kita nanti ?
Berapa banyak rezeki kita nanti ?
Bila ia akan datang nanti ?
Bukan kerja dan urusan kita. Itu ketentuan dan milik mutlak Allah S.W.T . Kerja kita hanya berusaha diikuti dengan doa dan tawakkal.

Keperitan hidup ketika baru berumahtangga tidak pernah aku kesali . Makan pakai kami ketika itu cukup2 je. Nak kata senang tidak, nak kata susah sangat jugak tidak. Kira senang cakap "cukup makan, cukup pakai je". Hanya sesekali sahaja dalam beberapa bulan , kami akan ke pekan terdekat . Kebanyakkan kehidupan kami dihabiskan di pinggir hutan.
Masa tu kalau beli ikan , pasti ikan kisi menjadi pilihan dan dalam sehari tak lebih 7-8 ringgit kami berbelanja untuk keperluan dapur. Namun makan tetap makan dan kami tak pernah kebuluran . Alhamdulillah, Allah Maha mengetahui dan Dia mencukupi keperluan kami ketika itu.
Kalau aku pergi noreh pagi, mak itam di rumah mengelolakan anak kecil kami , manakala bila aku pulang tengahari nanti , aku pula menjaga si kecil pabila mak itam pula ke kebun.
Dalam kepenatan , keperluan si kecil aku siapkan. Masa tu pakai lampin kain tu kerana sebagai langkah penjimatan berbanding nak beli pampers . Jadi serba sedikit tahulah aku melipat kain lampin dan menukarkan lampin anak .Kami menjadi ibu bapa dalam usia yang muda ketika itu.
Lepas zohor dan makan tengahari , badan yang kepenatan dan mata dah mula kelat . Si kecil dalam buaian sambil aku berbaring pula di atas lantai beralaskan tikar getah. Tangan membuai dan mata ku terpejam . Kekadang aku tak tahu samada aku yang lelap dulu atau si kecil yang lelap dulu hehehe
Kekadang rasa geram juga bila dah macam2 lagu aku nyanyikan sampai habis semua yang aku tahu masa mendodoikannya,
Cok Cok Kendong dah 2 kali aku ulang,
Bang Selebu Kuala Sawa dah masuk 14 kali ,
namun dia masih tak lelap lagi
Pengabis aku sendiri yang nyanyi,aku sendiri yang lelap hahaha
Kami masa tu tinggal menyewa di rumah teres kayu empat pintu berdinding plywood dengan rumah bersebelahan . Kalau kentot terkuat, orang sebelah pun boleh dengar .Kalau nak cakap malam2 pun kena bisik2 hehehe
Kadar sewaan pula 25 ringgit sebulan dan api air masa tu hanya 20-30 ringgit je sebulan. Letrik masa tu hanya 12 jam sahaja menggunakan generator. Tapi hidup tetap diteruskan .
OK, kalau aku rajin , aku sambung ceritanya lagi nanti
Berkongsi cerita suka duka kehidupan sebagai motivasi buat diri ku dan juga peringatan agar aku selalu ingat asal usul ku.
Allah telah merubah segala-galanya dengan izinnya juga.

Assalamualaikum bapak,
BalasPadamterima kasih entry ini, saya terkesan..ajal maut dan jodoh pertemuan itu..hidup harus diteruskan dan kalau berasa tidak cukup itu...teruskan saja melangkah kerana Dia akan mencukupkan tanpa kita ketahui bagaimana caranya...
Ok semoga terus berbahagia bapak sefamily..
waalaikumsalam
Padamhidup harus diteruskan walau apa sekali pun yg berlaku hingga saat kita kembali kepadaNYA
semua ketentuan Allah
murah ya sewa rumah zaman dulu. nak terus dengar sambungannya, terutama pasal panjat tangga kayu. permulaan sangat serupa, tapi sekarang ketinggalan jauh.
BalasPadammurah , 25 ringgit dulu sekarang mcm 250 ringgit nilainya
PadamSalam Pak
BalasPadamentry ni memang kelakar sampai terpaksa keme tutup pintu nak gelak baca kali kedua, kang ada yg kata keme tak betoi dok gelak sesorang. Santapan minda di pagi yg ceria.
waalaikumsalam
Padamadoiiiii hehehe
tu sebab jangan baca n3 bapak memalam, lagi bahaya
krg org cakap sapa pulak mengilai tetengah malam hehehe
Sambung...tak sabar nak baca ni...
BalasPadamhehehe
Padamhikayat 1001 malam
singgah rumah uncle , nampak uncle makin muda hehehe
Terima kasih...di atas peringatan :)
BalasPadamsaling ingat mengingati
Padamalhamdulillah
Salam bapak. Mak saya pun selalu cerita tentang kehidupan susah zaman dulu2 sebab nak ingatkan saya yg katanya tak pernah merasa hidup susah. Insaf jugak saya bila dengar kisah hidup dia, kisah arwah bapak saya & kehidupan dema berdua dulu..
BalasPadamwaalaikumsalam
Padamkita ambil yang baik sebagai iktibar dan motivasi buat diri sendiri